KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya


Akhirnya semua kelengkapan untuk raya sudah dibeli...betul la kata orang...kalau kita pikir nak beli barang  lain,nanti mesti ada juga barang2yang x termasuk senarai pun akan kita beli...bajet kalau kira dah cukup2 dah tapi bila sampai tpt shopping dah terbeli lain pulak...hurm..xpelah rasa2nya apa yang saya beli pun mmg patut kena beli dan dipersetujui oleh hubby juga...kalau dia kata ok, barulah boleh bayar kalau x barang tu letak ajelah balik kat tempat dia ataupun tinggal aje kat kaunter...hehe, tapikan saya pun bkn beli yg mahal2 pun..shopping pun kat JUSCO aje....itupun nasib baik dapat rebate voucher rm50, dah jimat kat situ...

nampak x bantal byk2 tu...x beli pun...FREE aje tu...beli comfoter set dapat free 2 biji bantal...saya beli 2 set comforter dapatlah 4 biji bantal... :)

mari pergi JUSCO :)


Wednesday, August 25, 2010

Dapat bonus RM500


(kalau dapat bonus duit banyak macam ni kan best!!!)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA


* dapat gak bantuan tahun ni, tapi x dibagitau pulak bape hb msk rm500 tu...xpelah janji masuk sblm raya...dah congak2..bolehla lepas duit minyak+tol balik raya nanti KL-PASIR MAS-KL-MUAR-KL pun jadilah...tapi tengoklah pas ni mesti harga barang pun naik...benci betul la...





Cadangan Menu Yang Simple Untuk Hari Ini


Hari ini orang gomen termasuk saya dah dapat gaji...wah mesti ramai yang nak berbuka kat luar @shopping mulai hari ni...walaupun xde bonus, aktiviti shopping mesti diteruskan juga kan?saya dah xde nak shopping sangat,cuma igt nak beli wedges aje..yg lain2 semua dah siap...opps..sebenarnya nak citer pasal menu berbuka untuk hari ni...ni plan aje..entah jadi entah tidak...saya ingat nak buat bihun goreng singapore+sambal kicap ngan ayam goreng berempah ajelah...simple kan??bukan apa, sepanjang bulan puasa ni belum pernah makan mee/bihun lagi...asyik2 makan nasi aje...rasa cam jemu aje...lauk pun x tau nak masak @beli apa dah...xpe hubby mesti suka goreng bihun tu,sebab ni favourite dia..lagipun bihun singapore x pedas, yang sambal kicap tu mesti untuk saya je...hubby mesti cuit sikit je sebab dia x tahan pedas... pic kat bwh dr google image...nengok je dh nampak menyelerakan...cukuplah untuk berbuka puasa harini...

bihun singapore


bihun + sambal kicap ni mesti sedap!


ayam goreng berempah


x lupa air cendol cool blog..org lain teringin minum air starbuck..tapi saya cool blog pun dh cukup...





Tuesday, August 24, 2010

Sleepy



Kenapa hari ni rasa ngantuk sesangat, memang kat ofis xde keje nak buat..daily report pun dah buat....apa lagi nak buat??nak buat statistik tunggu hujang bulan ajelah..tapikan selalu bila ada kes dok dalam court pun ngantuk gak...sapa tau?ada x ubat hilang ngantuk??arini pulak menguap macam orang x tido malam..padahal dah tido awal dah....ni tengah taip entry ni pun rasa mata macam kelabu je...hurmmm..tolongggg........x sukalah macam ni....



Sudah Sah Tak Halal


Mesti ramai yang suka air dan buah laici yang dalam tin kan?selalu kat supermaket atau kedai runcit mmg slalu jual laici dalam tin kuning ni...adoi..saya la penggemar air laici....bulan puasa ni dah bape kali buat air laici...memang selalu beli laici yang tin kuning ni...kat luar tin mmg ada tanda halal, tapi mmg bukan daripada JAKIM la....rupa2nya x halal dan mengandungi lemak........JAKIM dah sahkan...hurmm...camne dah terminum...pas ni xdelah nak beli lagi...alamak yang mushroom tu pun saya pernah beli juga...



KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my




Monday, August 23, 2010

Berbuka 12 Ramadhan



Semalam berbuka di rumah kakak di Precint 14..kitorang buat grill & steamboat, ni idea sayalah...ada macam2, ikan bakar,sotong, udang, lala dan tomyam...kenyang makan Alhamdulillah....nampaknya every weekend mesti ada berbuka kat rumah family....seronoknya...walaupun kali ini x ramai yang ada...lepas berbuka ingatkan nak singgah Kompleks Kejiranan Precint 16 sbb ada terbaca kat Harian Metro, ada buat jualan gudang kat situ...tapi penat pusing2 x jumpa...cari banner pasal jualan tu pun xde..yg ada banner sale Metrojaya kat PICC aje...tapi yang tu xnak pergi..orang kata x best...nasib baik jugalah x jumpa...boleh save duit...hehehe


nurul, me, hubby n 2 org anak buah (jasni n Nazim)yang aktif...


lately suka sgt nk mkn n msk mcm ni :)


Ikan Susu Bakar yang sedap..rasa mcm ikan terubuk


udang dan sotong yg siap di grill..nyum..nyum..




Friday, August 20, 2010

Cadangan Menu Berbuka Hari Ini


Semalam saya berbuka puasa di rumah kakak ipar di kajang...adik bradik ipar yang lain pun ada sama...best bila berbuka ramai2..masing2 tapau lauk kat PARAM..sebab last minute planned...akhirnya sampai juga kerumah akak ipar yang baru aje pindah kajang minggu lepas....sesat cari rumah dia..nasib baik lagi 10 minit nak berbuka sampai juga akhirnya...macam2 lauk ada..best..tapi paling best rasanya dah berbulan x makan sebab ada BUDU...wlupun saya orang johor tapi saya suka makan budu tau malah sblm kenal hubby lagi dah pandai makan dah...tapikan saya ni malas nak hidang BUDU kat rumah sendiri...tapi klu kat rumah orang@adik beradik ipar yang hidang budu mesti saya lagi bertambah selera... xtau napa kat rumah malas nak hidang budu..maybe sbb hubby pun x minta kot....so hari ni igt nak berbuka dengan lauk mcm ni la...makan nasi panas2...ikan goreng ngan budu+mangga muda dan petai mesti sedap!!!...

budu

ikan goreng

petai

gulai ikan

*pic from google image..tq





Thursday, August 19, 2010

Jangan Lupa Zakat Fitrah





Kadar fitrah ialah satu gantang beras bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri
Negeri.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri:

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis RM6.00
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.50
Johor RM5.00 / 7.50 *
Pahang RM7.00
Terengganu RM5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM5.20
Sabah RM6.80
Wilayah Persekutuan RM7.00

*Mengikut jenis beras

Waktu membayar zakat

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim





Wednesday, August 18, 2010

6 Ramadhan (BBQ& Steamboat)


Baru sempat nak update pasal menu berbuka masa 6 Ramadhan...kali ni lain daripada yang lain,x pernah bebuka mcm ni tau...nasi pun x masak :) actually me n hubby nak test gajet dapur yg kami baru beli tu,hehehe...berkobar2 balik keje pegi Giant nak beli bahan untuk BBQ & Steamboat tu...hubby terlebih excited ok, nak makannya kami je tapi mengalahkan 5 orang nak makan...hubby kata bahan2 x abis xpe...blh simpan dlm fridge,boleh berBBQ lagi esoknya...hurmmm...saya ikut aje :))

Bahan-bahan yang sempat dibeli untuk BBQ & Steamboat


lagi 10 minit nak bebuka puasa kami dah start masak-masak :)

saya buat steamboat tom yam

dah separuh masak...nyum..nyum..


*first time buat macam ni..hasilnya amat memuaskan!





Nak Siput Sedut


Hari Sabtu Ahad haritu balik kampung....2 hari makan berbuka ada lauk siput sedut....lauk ni memang feberet masa bulan puasa..tapi sebenarnya kalau bukan bulan puasa pun feberet gak..uolls suka  x??kalau dapat yg masak lemak cili api atau yg masak asam +keladi pun sodap!!!hehehe...memang cair lah kalau tengok lauk ni kat PARAM..mesti nak beli...hajat dihati nak cari lauk ni kat PARAM petang ni...minta2 ada...hurmmm...sedap!






*benci betul la tetiba aje x blh upload pic :(

Tuesday, August 17, 2010

Nak Berbuka ngan Air Cool Blog


Mesti ramai yang dah pernah minum air drpd Cool Blog kan?sedap kan?kan?....hurmm...minta2 petang ni hubby senang diajak ke Selayang Mall sbb saya nak beli CENDOL Cool Blog pastu letak jelly apple sedapnya.......mak ai...terliur tetiba pulak.... :-))

untuk mengetahui menu air dan stores cool blog ni sila layari http://www.coolblog.com.my








Tak Sabar Nak Dapat Biskut Raya


Dah 7 hari kita berpuasa...rasa sekejap je dah nak raya....uolls dah buat ke persiapan untuk raya??bagi saya semua dalam persiapan....biskut raya dah order n dgr2 dapat next week...ermm bestnya...tahun ni saya beraya dikelantan rumah mertua dahulu, pastu raya ketiga baru balik ke kampung saya di Muar....tahun ni ada rezeki lebih sikit, so saya pun ada beli banyak biskut raya untuk diberi kpd mak mertua n mak saya....actually, biskut raya mmg saya beli aje...x pernah buat pun sbb x reti la nak buat...nak cuba buat, tapi takut beli bahan2 dia mahal2 pastu x jadi....membazir pulak...x pelah bagi rezeki kat kawan2 yg jual biskut ni...lagipun sblm order biskut blh try...rasa sedap barulah order..kat bawah ni la antara pic yg digoogle mcm biskut yg saya order...



Biskut Snow Almond

Biskut Makmur

Tart Nenas

Biskut Almond London

Biskut Coklat Rice

<< x lupa juga order kek dan rempeyek>>

Kek Buah

Banji Roll

Rempeyek





Monday, August 16, 2010

New Gadget '4' my Kitchen


Dalam entri sblm ni saya citer kan yg my hubby suka sgt makan steamboat n grill...akhirnya.........dapat gak pan grill n steamboat drpd cornells ni....beli hari tu masa sesaje jenjalan kat Perfect Livin kat PWTC hari jumaat lepas...nak survey benda lain..last2 dapat ini ha...owh dpt ini x pyh tanya banyak2 ek nak beli...terus je hubby kata ok and bayar aje....x taulah kalau dah bli ni maybe hubby pikir x payah lah dia nak ajak pergi seoul garden atau flamming nak makan steamboat..buat kat rumah je......(macam rajin je bini dia ni nak buat bahan2 tu semua..huhuhu)

(pic digoogle...pic sebenar ada dlm hp tp lupa bawa usb)

Tapi kan tgh pikir2 ni bila nak masak/guna nak letak atas apa ek??dahlah meja makan tu dpd glass...blh ke letak atas tu??alamatnya kena masak kat bawahlah..ini yg buat nak bli meja jepun nih...hurmm...tadi  hubby call dia kata dia nak cari bahan2 utk grill n steamboat semua ptg ni..nak berbuka mkn mcm tu....sempat ke saya nak perap semua bahan2 ptg ni....layankan ajelah hubby saya ni....kang x ikut merajuk pulak...hehe..



Wednesday, August 11, 2010

Amalan Sunat ketika Berpuasa



1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim

“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.

Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Merperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”




JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1431 H/2010 M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua...so ini jadual berbuka puasa bagi yg tinggal di kl and Putrajaya :-D