KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Dividen ASB 2011 sebanyak 8.8%



Ni dah nak hujung tahun...wah, masing-masing yang banyak menyimpan dalam ASB dah sibuk kira-kira berapa dapat dividen tahun tahun....kalau banyak menyimpan banyaklah dividennya....boleh keluar dividen aje la....tapi saya tahun ni ASB dah kureng :'( asyik keluar aje....bila dah keluar nak simpan balik susah....harapkan potongan ASB yang dalam gaji bape sangatlah yang saya potong....jom tengok berita yang dikeluarkan PNB pada 19 Disember 2011 pasal Dividen ASB....oklah untuk tahun ini...








KUALA LUMPUR 19 Dis. –Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.

''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia