KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 19, 2010

Aidilfitri dan Hari Kebangsaan sambut serentak tahun 2011

Hari raya puasa dan Hari Kebangsaan tahun depan serentak
19/07/2010 7:33pm

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember).

Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.

Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.

Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan telah ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos.

Selain itu sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. – Bernama


Sumber : Utusan malaysia Online





Makan-makan di Bagan Lalang


Sorryla, ni nak citer pasal citer yang dah basi...lama dah simpan..baru ni ada masa nak post kat sini...actually pegi bagan lalang masa pas balik dpd Port Dickson aritu...First time pegi sini berdua aje....hehe...pergi pun saje je nak makan seafood dan tapi dapat gak bermalam 1 hari di Hotel Seri Malaysia kt sana...sambil2 tu nak tengok gak best ke Goldcoast sepang yang seperti di gembar gemburkan tu....owh kat situ ada resort yang best kalau x silap namanya Golden Palm Tree...after this nak try tido kat resort tu pulak... best la makan kat sana..pulak tu terover order...makan 2 org je tp macam 5 orang....nasib baik boleh habiskan juga semua lauk tu....malam tu tido kekenyangan yang amat sangat.....


suasana bagan lalang diwaktu senja



family room hotel Seri Malaysia



me



ketam bercili --->>my favourite



sambal udang...best!!!



siakap masak 3 rasa...


lauk yang kitorang order malam tu...Alhamdulillah habis makan semua