KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

PENYAKIT TIBI


APAKAH PENYAKIT TIBI?

* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.

* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.

* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.


Organ serangan

BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?

* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.

* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.

* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.


TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI

*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu

*Kahak berdarah

*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

*Hilang selera makan

*Susut berat badan

*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk

*Mudah Ietih.

BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI

*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-

*Pemeriksaan doktor

*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi

*Pemeriksaan X-ray dada.



Pemeriksaan doktor

RAWATAN PENYAKIT TIBI

*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-

*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari

*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir

*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu

*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan

*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna

*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.

*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

*Mendapatkan rehat yang cukup.

*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit


KEMUDAHAN KESIHATAN

*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara

percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.



Kemudahan Kesihatan

FAKTA PENTING

*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.

*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan

*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.

*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.



Tidak berjangkit melalui makanan






Doakan semuanya selamat...INSYAALLAH

Rasa sedih bila dengar abah yang baru je nak sihat selepas jatuh bilik air aritu disuspek kena penyakit tibi pulak..mungkin ini dugaan dari ALLAH S.W.T

Mulai minggu lepas abah setiap hari kena pergi hospital dgn mak sebab kena makan ubat dekat sana selama 2 bulan..mak kata abah baru dijangkit..kalau tidak mesti dah kena tahan wad..nasib baik abah sihat nak drive kereta ke hospital hari2..klu x susah juga abah nk ke hospital sbb anak2 semua jauh2..ubat tibi mmg x blh mkn dkt rumah ke?kesian abah

Doakanlah semoga abah saya cepat sembuh..Insyallah..Amen



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone