KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Jumaat terakhir Tahun 2011











                Selamat berjumpa lagi pada TAHUN 2012 !!!!








Wednesday, December 28, 2011

Dividen ASB 2011 sebanyak 8.8%



Ni dah nak hujung tahun...wah, masing-masing yang banyak menyimpan dalam ASB dah sibuk kira-kira berapa dapat dividen tahun tahun....kalau banyak menyimpan banyaklah dividennya....boleh keluar dividen aje la....tapi saya tahun ni ASB dah kureng :'( asyik keluar aje....bila dah keluar nak simpan balik susah....harapkan potongan ASB yang dalam gaji bape sangatlah yang saya potong....jom tengok berita yang dikeluarkan PNB pada 19 Disember 2011 pasal Dividen ASB....oklah untuk tahun ini...








KUALA LUMPUR 19 Dis. –Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.

''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia




Sunday, December 25, 2011

Sajak Dari Hati Seorang Isteri




Rasa sayu baca sajak ni....


DARI HATI SEORANG ISTERI

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...



Dari Nukilan Faizah Idris

Saturday, December 24, 2011

Terpikat dengan Samsung Galaxy W Wonder



 nak yang ni ke sebab murah sikit harga RM999







samsung galaxy W




atau





Samsung galaxy tab









Friday, December 23, 2011

Berita Terkini untuk Kakitangan Kerajaan : Opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari


2011/12/23

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

"Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.
"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk 'exit policy' yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya. - BERNAMA

Sumber :Harian Metro



* saya salah seorang yang dah sign opsyen bersara 60 tahun....InsyaAllah :)





Check up ~ Day 12










Baru balik daripada appointment dengan Doc dekat Hospital Selayang....x sabar nak tau perkembangan "telur" setelah makan clomid.....tapi sangat hampa sebab "telur" masih kecik lagi.....baru je 10mm, kenapa ni?? Doc kata mungkin this cycle tak jadi :'(  adakah mungkin sebab saya ada skip makan Duphaston tu.....ishh.....so, kena datang lagi selasa depan.....x pelah, hubby kata...kita cuba lagi......don't give up :'(




Tahniah sebab dapat 8A 1B buat anak saudaraku



Entry khas ditujukan kepada anak saudara ku Mohamad Yusof bin Hj.Mohd Dani, sebenarnya cik na x sangka Ucop dah Form 3 la....sebab ingatkan macam kecik lagi baru nak masuk Form2 ke....walaupun Ucop tinggi macam galah....dah boleh kalahkan ketinggian abang Ucop,  3 orang lagi tu...tapi result exam memang x nak kalahkan?? sama macam abang-abang Ucop sebelum ni kan???memang respect la kat korang adik beradik....bangga dapat anak buah macam korang la.... :)

Semoga dapat teruskan usaha dengan gigih lagi sehingga dapat mencapai cita-cita yang di impikan ye....Amin




Ni gambar sebahagian anak saudara saya, Ucop yang pakai kopiah tu...cita-cita nak jadi Imam. InsyaAllah








Thursday, December 22, 2011

Comelnya!!! Anak Marion Counter & SM Nasaruddin






alalala....comeynya Leia Rose Caunter Nasarudin ni....geramnya....bilalah nak dapat sorang macam ni...


Sumber :OHBULAN














Berita Terkini : Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman






22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN








Pilih yang mana satu???nak ganti CROCS yang kena curi tu :'(



Saya ada satu je kasut CROCS tau... sedih kan??? itu pun memang minta hubby beli setelah merengek2 dengan hubby kalau nak pegi jalan2 jauh/lasak ke....x kan nak pakai wedges atau sandals je....sebenarnya dulu2 memang x berkenan dengan design CROCS ni sebab nampak macam kaki jadi demok....tapi bila dah beli pakai macam selesa pulak....

Tapi kan, setelah saya rasa macam selesa je pakai....tetiba suatu hari kasut yang saya letak atas rak kasut telah hilang dicuri orang pulak...apa pasal la nak curi ek....dah buruk pun...heheh....agaknya kalau pencuri tu jual ada harga ke??? adalah kot...sebab tu dia curi...x pun dia pakai sendiri....hahaha

So, ada fb friend saya jual pre order CROCS, yang saya dah survey macam x banyak  ada dekat CROCS outlet sini....harga pun murah sikit daripada outlet....pastu kasutnya memang colourful la....sampai x tau nak pilih colour apa....semua sweet jek...



cuba korang tolong pilih yang mana????cantik kan??





Crocs Carlie Flat




x tau nak pilih yang mana.......




Lavender/Ultraviolet




Aqua/Buttercup






Buttercup/Oyster





Celery/Aqua





Dahlia/Fuchia




Oyster/Mango




Khaki/Espresso



Fuchia/Ultraviolet







Black



yang mana satu idaman kalbu??? rasa2nya nak pilih yang Khaki/Expresso lah....cantik kan??





Duit Kertas Baru 2012....ada RM20 warna kuning yang menawan...








Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

Harian Metro melaporkan wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.






Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan. Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.
Pada masa yang sama, dikhabarkan rekabentuk not RM50 juga akan dilancarkan dalam masa terdekat.




Sumber :Harian Metro

Wednesday, December 21, 2011

Program paling menjijikkan di tv~makan daging manusia!!!! Program macam ni pun ada????


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.


Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.


Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit. Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.





STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi



Sumber : HarianMetro

Pink Day at Baskin Robbins



jom terjah baskin robbins...mentang2 hari ni pakai ala2 pink......cedapnya dah lama x makan ais krim baskin robbins.....wah...makin gemok la.....




Check up ~Day 9



Semalam pergi check up untuk hari ke-9 period, walaupun masa hari ke 3 sudah "bersih"....kali ni doc nak scan tummy and gynae untuk tengok kesan daripada makan ubat clomid tu....tapi kan semalam doc kata "telur" masih kecik lagi.....tapi dia x cakap pulak kecik berapa cm dan sepatutunya kena tunggu bape cm.....so, kena datang lagi untuk scan hari jumaat ni iaitu day~12....ermm, minta2lah "telur" dah besar sebab x sabar nak tunggu next and next step.... :)





tengok ni macam tulah semalam tengok masa scan...nampak macam 3 biji "telur"...tapi kecik2 aje...



tapi kan, doc memang advise saya turunkan berat badan...berat skrg memang naik melampau2...memang salahkan diri sendiri!!!sapa suh makan banyak2....adakah betul saya ni kategori gemuk sebab tu susah nak pregnant??? :'( ??? sebab memang bila badan saya dah "besar" ni, macam ada perubahan hormon berlaku. Badan yang besar biasanya mempunyai masalah hormon.

Bagi wanita, kalau hormon ni tak stabil biasanyer akan effect kat kitaran period kita, betul tak?Jadi, Kitar haid yang tidak seimbang inilah yang akan mengakibatkan masalah wanita yang gemuk tidak boleh mengandung. Ada juga yang gemuk tetapi boleh mengandung, itu terjadi mungkin hormonnya stabil. Bestnya jadi orang macam tu kan? :)


Wanita gemuk juga dikhuatiri >  50% risiko untuk mengalami sindrom PCOS :)





PCOS atau pun dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome merupakan sindrom kesan daripada masalah kegemukan. Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi.










adakah saya tergolong dalam wanita yang mengalami syndrom PCOS???

Monday, December 19, 2011

JJCM ~ Black Canyon Jusco Au2


Semalam pegi makan dekat Black Canyon, ini kali keberapa entah...sebab sebelum ni selalu pegi dengan ofismate, hubby je baru first time. Dekat Jusco Au2 ni banyaka juga kedai makan......pilih je mana2....tapikan selalu masuk Black Canyon ni sebab x ramai orang...heheh. Makanan nyer pulak boleh tahan la....harga pun x mahal sangat lar...

Tapi kan kalau pegi sini mesti makan 1 jenis makanan ni....tapi nama boleh lupa pulak.....dia macam seafood with curry la.....ada ikan, sotong dan udang dimasak campur telur dengan rempah kari.....x tau la, tekak ni rasa sedap pulak....nak tryla buat dekat rumah nanti.....tengok macam senang je...tapi takut2 x menjadi pulak....huhuhu



inilah dia....simple je kan...tapi boleh tahan sedap la... :)



ni set untuk hubby :)




~Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan teman lelaki~Apa Nak Jadi dengan Manusia Zaman Sekarang








Mengucap panjang tengok gambar ni......ishh...x taulah kenapalah si Ariff Alfian Rosli ni yang cerdik pandai boleh jadi macam ni.....org mcm ni dah x nampak dosa, hati dh gelap kerana cinta. apa yg boleh kita buat cuma doakan dia kembali ke pangkal jln lerr, semoga hati nyer menerima kembali hidayah Allah..paling malang mak ayah dia. Pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff....kesian betul....





Mission Impossible :The Ghost Protocol











Ok, Hari minggu lepas memang bosan....balik2 nak menghadap kain baju yang perlu dibasuh dan dilipat aj....so bila semua dah siap ajak hubby keluar tengok wayang dekat wangsa walk, then pegi makan2....jom tengok sinospis ghost protocol ni.....memang x nak terlepas tengok movie kalau ada si handsome Tom Cruise berlakon....


Ethan Hunt (Tom Cruise)yang ditugaskan  untuk menjalankan tugasan yang mustahil. Namun agen rahsia ini selalu berjaya menyelesaikannya dengan baik. Ethan bekerja seorang sendiri, tanpa perlindungan dan bantuan apa pun dari Impossible Mission Force. Status Ethan sekarang adalah buruan. Kalau tertangkap, akan diadili sebagai seorang terorist.

Semuanya dari pengeboman yang terjadi di Kremlin. Ethan hanya menjadi kambing hitam namun semua bukti berkait pengeboman ini seolah-olah selalu berkait pada Ethan dan teamnya. Pemerintah Amerika Syarikat tak punya pilihan lain dengan menuduh Ethan. Team Impossible Mission Force dianggap tidak pernah ada dan Ethan harus bekerja sendiri untuk membersihkan nama baiknya.

Tugas Ethan dan kawan-kawan kali ini memang  berat dari tugas biasanya. Selain harus mencari tahu dalang di balik peristiwa pengeboman di Kremlin, mereka juga harus menghindar dari petugas keamanan. Bukan hanya itu, ternyata salah satu agen yang ada di team Ethan Hunt yang menjadi dalangnya....siapakah dia sebenarnya dengan Ethan??? hehehe....



Friday, December 16, 2011

P1 Wiggy 39 Plan RM19 for 1st and 2nd bill only....





Baru perasan dalam Harian Metro pasal iklan P1 4G, tengok ada promotion Wiggy 39, RM19 aje until 31.12.2011. tapi kelajuan 1Mbps Kuota 2GB aje....tp ok la kan dengan harga tu.... kalau macam saya ni, buka internet pun cuma hari minggu...tu pun nak tgk resepi atau bermuka muka....download2 movie pun x pernah....tapi ingatkan bayaran RM19 sampai bila2...rupa2nya cuma untuk bayaran bulan pertama dan ke2 ajer....bulan ke3 dan ke4 RM29 dan seterusnya RM39.....sebab tulah namanya Wiggy 39 yerk....huhu. tapi kan untuk sapa2 yang berminat  nak cari broadband baru boleh la try plan ni....














  • The WIGGY 39 Plan offers speeds of 1Mbps and a quota of 2GB.
  • The monthly fee is RM39.
  • For a limited time only, subscribers will pay RM19/month for the first two months, and RM29 for months three and four. This means RM60 off the bill over four months.
  • Subscribers can either choose the UT or UH mobile dongle device.
  • Depending on the P1 mobile dongle device that subscribers choose, they will pay either RM100 for the UT or RM150 for the higher performance UH, for the one-time activation fee.
  • A 2GB quota will allow a mix of any of the following:  Browsing the internet for 60 hours, send out 1300 emails, download 120 music tracks and watch 60 short movies.
  • Subscribers who need more quota can use the easy top-up option available online – RM10 for 2GB.
  • The WIGGY device has a lifetime warranty during the subscription period and there are no rental charges.





 

Betul Ke? Jangan Sign SBPA dulu???? SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011 Oleh G Manimaran December 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya meng...adakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Thursday, December 15, 2011

9 Tanda Mengandung Anak Kembar



Seronokkan kalau dapat tau mengandung, nak2 itu sememangnya yang kita harapkan (tapi saya belum dapat merasai lagi keseronokan tu :'(  )...lagi best kalau mengandung kembar....sekarang ni saya suka baca pasal hal2 kehamilan pulak......seronoknyalah kalau dah lama tunggu nak dapat anak....sekali dapat kembar....alangkah bahagianya.....sama-sama doakan saya ye.....









1. Biasanya akan terasa sejak awal bahwa Anda mengandung lebih dari satu bayi. Jangan mengabaikan perasaan hati atau intuisi tersebut. Banyak ibu dari si kembar mengatakan, mereka telah mengetahui sejak awal bahwa mereka mengandung bayi lebih dari satu.

2. Umumnya bila seorang wanita mengandung mempunyai tanda-tanda seperti kepala pusing, perut sebah/tidak enak nyaman, bahkan hingga muntah-muntah di pagi hari. Tapi jika mengandung lebih dari satu bayi, umumnya Anda akan lebih menderita, yaitu di pagi hari sampai malam. Bahkan sepanjang hari.

3.Gejala kehamilan lebih terasa dan dianggap terlalu dibesar-besarkan.
Banyak di antara calon ibu bayi kembar yang mengatakan, mereka merasa lebih tak nyaman, muntah-mual berlebihan, dan amat cepat lelah. Pokoknya, gejala kehamilannya "dahsyat" sehingga kerap dianggap terlalu mengada-ada oleh orang sekitar.

Padahal, semua itu disebabkan sirkulasi ekstra dari hormon dalam tubuh. Payudara menjadi sangat sensitif, lebih sering buang air kecil, merasa lapar sepanjang hari, dan merasa sangat lelah. Ketika usia kandungan mulai 6 bulan, mungkin akan mengalami sulit bernapas, perut terasa sangat berat, bengkak di tangan juga di kaki, berat badan naik sangat banyak (tidak normal), perut sangat besar, dan janin bergerak berlebihan. Umumya, ibu bayi kembar ini menderita anemia atau kadar zat besinya rendah.

4. Berat badan naik pesat di tiga bulan pertama kehamilan. Kenaikannya lebih tinggi dari rata-rata berat ibu hamil satu bayi. Gejala ini dapat disebut sebagai tanda pertama mengandung lebih dari satu bayi. Jika napsu makan baik, berarti tidak ada masalah, karena gizi yang baik sangat diperlukan janin dalam usia tiga bulan pertama kehamilan.

5. Ukuran kandungan besar untuk umurnya. Pada pemeriksaan pertama, dapat dikatakan bahwa perut lebih besar dibanding usia kandungan. Dokter mengatakan Anda hamil 8 minggu (dihitung dari saat terakhir mendapat haid) tapi jika dilihat dengan kasat mata, besar perut/kandungan seperti kehamilan berumur 10-12 minggu.

Jika keadaan seperti ini, biasanya dianjurkan untuk mengecek dengan alat USG untuk melihat ada berapa janin di dalam kandungan. Jika ternyata mengandung lebih dari satu bayi, ukuran kandungan akan terus berkembang lebih besar. Ibu yang mengandung satu bayi bisa mencapai 38-40 cm besar ketinggiannya, dimulai dari tulang pinggang, sedangkan untuk bayi kembar bisa mencapai 48 cm.

6. Kata dokter, AFP Anda tinggi. AFP adalah alpha fetoprotein protein yang dikeluarkan bayi pada waktu pertumbuhannya dan juga terdapat di dalam darah ibu. Protein ini dapat menjadi tinggi karena bayi lebih dari satu. Normal tes darah AFP dilakukan 16-18 minggu sesudah masa terakhir menstruasi . Tes ini kerap dipakai untuk mengetahui kehamilan kembar atau bukan.

7. Kata dokter, tingkat HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) naik dengan sangat cepat. HCG adalah hormon yang menghasilkan telur yang dibuahi. Hormon ini dibutuhkan untuk menjaga kehamilan sampai plasenta berkembang. Hormon dapat dideteksi di dalam darah atau air seni walaupun sebelum Anda berhenti menstruasi.

Dalam kehamilan normal ( satu bayi), pemusatan darah HCG naik dengan cepat dalam 1 minggu kehamilan, berlipat ganda setiap 2 atau 3 hari. Tingkat HCG dapat menjadi lebih tinggi dengan adanya si bayi kembar.

8.Dari alat "pendengar", terdeteksi dua denyutan jantung . Dua denyut jantung dapat dibedakan dengan alat khusus yang dipakai dokter setelah kira-kira 12 minggu masa kehamilan. Sekitar kehamilan 28 minggu, sudah dapat dibedakan bila memang terdapat dua janin.

9.Dengan menggunakan USG, kehamilan kembar dapat lebih dipastikan. Alat ini akan menunjukkan/memperlihatkan adanya dua kantung kehamilan, dua janin, dan dua denyut jantung yang dapat dilihat 6 minggu sesudah hari pertama masa haid berakhir. Bahkan banyak bayi kembar bisa didiagnosa lebih cepat, sekitar 1-5 minggu setelah berhenti mendapat haid.








Resepi hari ini ~Sup Tulang






 gambar ~sumber google :)

Bahan-bahan

500g tulang lembu

  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


 


Wednesday, December 14, 2011

Clomiphene Citrate



Semalam pergi Hospital Selayang sebab 2nd day menstrual....bulan lepas sepatutnya dah pegi tapi terkena pulak tarikh raya haji, so Hospital pun tutup...saya pun bersabarlah untuk tunggu for next mens....baru semalam dapat pegi jumpa doc...then, doc dah bagi ubat clomiphene citrate yang saya tunggu2 tu untuk makan selama 5 hari...hopefully masa scan on 10th day ada good news....


(gambar~sumber google)



1. Terdapat dua jenis ubat kesuburan, sama ada pil atau suntikan.
Pil kesuburan mengandungi bahan clomiphene citrate, lazimnya sebanyak 50 mg setiap biji. Cuma, ia diberikan nama glamer berlainan oleh syarikat pengedar masing2 eg Clomid, Clostibergyt, Serophene dll.


2. Clomiphene citrate (yang mengandungi kesan anti-estrogenik)bertindak secara memberi signal negatif kepada otak kita bahawa tubuh kita kekurangan estrogen.

Maka, tubuh (kelenjar pituitari di dalam otak) mula mengeluarkan hormon FSH dalam kuantiti yang lebih banyak.

(Hormon FSH pula akan merangsang kantung-kantung telur di dalam ovari kanan dan kiri. Dah namanya pun FSH ie Follicular Stimulating Hormone)


3. Apabila kantung-kantung (lazimnya lebih daripada 1) berjaya dirangsang dan membesar, kantung-kantung aktif ini sendirinya akan menghasilkan hormon estrogen pula. Hormon estrogen pula bertindak menebalkan lapisan endometrium dalam rahim sebagai persediaan implantasi embrio jika berlaku kehamilan. Jika tiada persenyawaan, lapisan endometrium ini gugur sebagai darah/tisu haid.


4. Pemantauan menggunakan ultrabunyi trans-vaginal (TVS) lazimnya dilakukan mulai sekitar hari ke 12 bagi melihat bilangan dan saiz kantung-kantung (seeloknya di antara 18-22mm) serta ketebalan lapisan endometrium (10mm atau sekurang2nya 8mm).

Ada yang memberi respon sederhana (2-3 kantung besar), ada pula yang berlebihan (lebih banyak kantung), ada pula yang tidak memberi respon memberangsangkan (1 sahaj atau tiada kantung besar).


5. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesan negatif (ie sifat anti-esttrogenik Clomiphene citrate) ini melebihi penghasilan hormon estrogen oleh kantung. Ini menyebabkan sesetengah mendapat kesan samping sedemikian iaitu lapisan endometrium (tempat berlakunya implantasi embrio di dalam rahim) tidak tumbuh menebal, sebaliknya hanya nipis sahaja iaitu di bawah 10mm.


6. Tanpa pemantauan ini, anda tidak mengetahui adakah ubat Clomiphene citrate itu sesuai dengan anda. Lazimnya ia diberi dalam dos 50mg atau 100mg selama 5 hari sahaja (hari ubat dimulakan bergantung kepada kitaran haid seseorang sama ada hari ke-3 dsb). Jika masih tidak berjaya, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan mengandungi hormon gonadotrophin pula.

7. Selain itu, perlu difahami bahawa ubat ini hanya bertujuan membesarkan kantung-kantung telur. Terdapat beberapa punca masalah kesuburan yang lain eg sperma, tiub falopian, kehadiran polip endometrium, penyakit tertentu dll yang juga boleh mengganggu kesuburan.




 * sumber daripada http://dradilah.blogspot.com

Bila KL hujan, jadi takut sebabnya............






HUJAN lebat menyebabkan banjir kilat dan keadaan jalanraya sesak di Jalan Tun Razak. (13/12/2011)
 
 
 
Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat di kawasan takungan Sungai Bonus di Lorong Gurney, tinjauan foto dari tingkat 15 Wisma Bernama di sini hari ini. Air takungan itu juga melimpah kawasan berhampiran termasuk Pusat Latihan Polis (Pulapol). - fotoBERNAMA (13/12/11)


*Sumber ~ Harian Metro







Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi



اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø­َبِّبْ عَبْدَÙƒَ Ù‡َØ°َا Ø¥ِÙ„َÙ‰ عِبَادِÙƒَ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ ÙˆَØ­َبِّبْ Ø¥ِÙ„َÙŠَّ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ



Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.






Tuesday, December 13, 2011

Najwa Mahiaddin - Got To Go













*suka lagu ni ..........

ASUS ZENBOOK



Perasan x ada advertisement nuffnang pasal ASUS Ultrabook ni....

cantikkan??



Do you believe in love at the first sight??? :')





 
dekat New York baru launch ASUS ZENBOOK ni...

7 Tip Turunkan Berat Badan








Berikut beberapa cara membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


1)  Kunyah makanan lebih lama daripada biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas mengurangkan pengambilan makanan.  Bahkan Rasulullah s.a.w  sendiri menyuruh kita mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur sebelum menelannya.


2)  Ramai yang gemar makan makanan yang tidak perlu......Jadi, kurangkan pengambilan makanan tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih dan makanan ringan.



3)  Makan sedikit sahaja nasi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.



4)  Dengan minum lebih banyak air juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadang kala tubuh anda sebenarnya lapar air, bukannya makanan.


5)  Jangan makan lewat malam.  Kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum masuk tidur.



6) Jika anda terbangun daripada tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah epal atau pisang.


7)  Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan dengan tujuan menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini.  Langkah terbaik ialah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.


Prosperity Burger



 

x taulah kenapalah suka sangat prosperity ni.....kalau boleh hari2 nak makan....mungkin sebab beef dia kot...agaknya sebab tu jugalah kepala aku sakit 2-3 hari ni...dahlah makan daging banyak plus black pepper pulak tu....perrgh.....bila makan memang x hengat dunia, lepas kena macam2 penyakit baru tau....kebetulan tadi pergi Hospital Selayang sebab continue treatment for getting baby tu....last month pergi memang doc dah bagi pesan kalau boleh reduce weight....but pagi ni timbang tengok2 put on weight pulak...adoi....salahkan diri sendirilah!!!nasib baik harini jumpa doc lain....kalau jumpa Dr.Farah tu memangla kena bebel....




apa lagi ditunggu....jom lunch hour pegi McD...Prosperity Meal memang berbaloi la... :)



Wishlist 2012





Lagi beberapa hari nak masuk 2012, tetiba terasa nak senaraikan wishlist untuk 2012, untuk 2011, Alhamdulillah dapat dipenuhi kecuali satu je...getting baby :'(   tapi usaha masih diteruskan,...masih berulang alik hospital selayang lagi ni.......tunggu aje hasilnya...x nak mengalah!!!chaiyok2..wishlist ni pun bukan bertujuan apa2 pun cuma sebagai pendorong bila nak dapatkan sesuatu kenalah diri sendiri and hubs usaha lebih sikit untuk dapatkan.....@ reward untuk diri sendiri la kan!!!








1) Samsung Galaxy Tab 7.0 wifi  ajer....x nak yang 10", yang ni pun ok la....masih bengang lagi ni selepas beri hitam ku jatuh terus screen blank....lepas repair terus merajok xnak pakai boleh mcm tu??so sekarang pakai hp "cokia" aje.... huhu :)







2) Jam GUESS baru ~ tetap setia dengan brand ini..... jam guess yang kupakai sekarang adalah hantaran kahwin 4 tahun lepas x tukar2 lagi....diamond 2 biji dah tercabut....







3) New Fridge~ Fridge sekarang ni kecik...dah x muat nak menampung barang2 dalam tupperware tu....sebab semua benda kalau boleh nak simpan dalam Fridge.



Dahlah.....ini aje buat masa sekarang.....kang senarai banyak2 x terbeli pulak.....sebenarnya semua dah ada cuma nak upgrade aje....kalau nak jimat x payah tukar sebenarnya selagi x rosak.....anyway, ini cuma wishlist....heheh



Friday, December 9, 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)





Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku







Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :



Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan








Thursday, December 8, 2011

Life Is....



life is confusing
for all of us
no matter how small or how big
we all have rough times.

Life is expressed.
expressed in different ways
for all people
that give us different emotions.

life is stupid
cause when things get tough
we blame and take out anger
on the ones we love most.

Most of all life makes you regret.
you make the people who love you most
hate you.

But life is also amazing.
you meet life long friends and enemies who become friends.
don't be hate'n on your self
cause the more you hate your self
the more people hate you.



by Cassidy Blythe






Jom Cuti-Cuti 2012


Lets check it out!!!





but i'm still in waiting room......huh...