*suka lagu ni ..........
....there is only one happiness in life..to be love and be loved... ....love is a never ending feeling...
Tuesday, December 13, 2011
ASUS ZENBOOK
Perasan x ada advertisement nuffnang pasal ASUS Ultrabook ni....
cantikkan??
Do you believe in love at the first sight??? :')
dekat New York baru launch ASUS ZENBOOK ni...
7 Tip Turunkan Berat Badan
Berikut beberapa cara membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1) Kunyah makanan lebih lama daripada biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas mengurangkan pengambilan makanan. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri menyuruh kita mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur sebelum menelannya.
2) Ramai yang gemar makan makanan yang tidak perlu......Jadi, kurangkan pengambilan makanan tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih dan makanan ringan.
3) Makan sedikit sahaja nasi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4) Dengan minum lebih banyak air juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadang kala tubuh anda sebenarnya lapar air, bukannya makanan.
5) Jangan makan lewat malam. Kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum masuk tidur.
6) Jika anda terbangun daripada tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah epal atau pisang.
7) Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan dengan tujuan menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik ialah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
Prosperity Burger
x taulah kenapalah suka sangat prosperity ni.....kalau boleh hari2 nak makan....mungkin sebab beef dia kot...agaknya sebab tu jugalah kepala aku sakit 2-3 hari ni...dahlah makan daging banyak plus black pepper pulak tu....perrgh.....bila makan memang x hengat dunia, lepas kena macam2 penyakit baru tau....kebetulan tadi pergi Hospital Selayang sebab continue treatment for getting baby tu....last month pergi memang doc dah bagi pesan kalau boleh reduce weight....but pagi ni timbang tengok2 put on weight pulak...adoi....salahkan diri sendirilah!!!nasib baik harini jumpa doc lain....kalau jumpa Dr.Farah tu memangla kena bebel....
apa lagi ditunggu....jom lunch hour pegi McD...Prosperity Meal memang berbaloi la... :)
Wishlist 2012
Lagi beberapa hari nak masuk 2012, tetiba terasa nak senaraikan wishlist untuk 2012, untuk 2011, Alhamdulillah dapat dipenuhi kecuali satu je...getting baby :'( tapi usaha masih diteruskan,...masih berulang alik hospital selayang lagi ni.......tunggu aje hasilnya...x nak mengalah!!!chaiyok2..wishlist ni pun bukan bertujuan apa2 pun cuma sebagai pendorong bila nak dapatkan sesuatu kenalah diri sendiri and hubs usaha lebih sikit untuk dapatkan.....@ reward untuk diri sendiri la kan!!!
1) Samsung Galaxy Tab 7.0 wifi ajer....x nak yang 10", yang ni pun ok la....masih bengang lagi ni selepas beri hitam ku jatuh terus screen blank....lepas repair terus merajok xnak pakai boleh mcm tu??so sekarang pakai hp "cokia" aje.... huhu :)
2) Jam GUESS baru ~ tetap setia dengan brand ini..... jam guess yang kupakai sekarang adalah hantaran kahwin 4 tahun lepas x tukar2 lagi....diamond 2 biji dah tercabut....
3) New Fridge~ Fridge sekarang ni kecik...dah x muat nak menampung barang2 dalam tupperware tu....sebab semua benda kalau boleh nak simpan dalam Fridge.
Subscribe to:
Posts (Atom)