KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Program paling menjijikkan di tv~makan daging manusia!!!! Program macam ni pun ada????


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.


Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.


Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit. Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.





STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi



Sumber : HarianMetro

Pink Day at Baskin Robbins



jom terjah baskin robbins...mentang2 hari ni pakai ala2 pink......cedapnya dah lama x makan ais krim baskin robbins.....wah...makin gemok la.....




Check up ~Day 9



Semalam pergi check up untuk hari ke-9 period, walaupun masa hari ke 3 sudah "bersih"....kali ni doc nak scan tummy and gynae untuk tengok kesan daripada makan ubat clomid tu....tapi kan semalam doc kata "telur" masih kecik lagi.....tapi dia x cakap pulak kecik berapa cm dan sepatutunya kena tunggu bape cm.....so, kena datang lagi untuk scan hari jumaat ni iaitu day~12....ermm, minta2lah "telur" dah besar sebab x sabar nak tunggu next and next step.... :)





tengok ni macam tulah semalam tengok masa scan...nampak macam 3 biji "telur"...tapi kecik2 aje...



tapi kan, doc memang advise saya turunkan berat badan...berat skrg memang naik melampau2...memang salahkan diri sendiri!!!sapa suh makan banyak2....adakah betul saya ni kategori gemuk sebab tu susah nak pregnant??? :'( ??? sebab memang bila badan saya dah "besar" ni, macam ada perubahan hormon berlaku. Badan yang besar biasanya mempunyai masalah hormon.

Bagi wanita, kalau hormon ni tak stabil biasanyer akan effect kat kitaran period kita, betul tak?Jadi, Kitar haid yang tidak seimbang inilah yang akan mengakibatkan masalah wanita yang gemuk tidak boleh mengandung. Ada juga yang gemuk tetapi boleh mengandung, itu terjadi mungkin hormonnya stabil. Bestnya jadi orang macam tu kan? :)


Wanita gemuk juga dikhuatiri >  50% risiko untuk mengalami sindrom PCOS :)





PCOS atau pun dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome merupakan sindrom kesan daripada masalah kegemukan. Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi.










adakah saya tergolong dalam wanita yang mengalami syndrom PCOS???