KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 4, 2013

Bonus Kakitangan Awam pada 2 Januari 2014

Alhamdulillah... Imbuhan Tahunan dan Byaran Khas bagi Kakitangan awam setengah bulan gaji atau minimum RM500 akan dibyar pada 2 Januari 2014. Bagi pesara pula akan mendapat RM250. Bersyukurlah dengan seadanya...

Thursday, August 1, 2013

Malam Lailatul Qadar




Sayunya hati ini adakah malam ni malam lailatul qadar.?..sesama kita belajar menambah amal..ya..solat taubat..solat hajat...dll..semoga Allah mengampuni dosa...mintak hidayah agar selamat di dunia dan akhirat....

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadis Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan: “Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)







Tuesday, July 30, 2013

Trend Baju Kurung Raya 2013




Salam semua...hari ni da 21 Ramadhan maknanya dah 21 hari kita berpuasa.......macamana dengan persiapan raya korang semua??? dah beli baju raya ke??saya tahun ni baju raya beli online je...tapi balik2 baju peplum je....badan macam saya ni x sesuai la peplum...huhu..lagi satu trend sekarang baju dari vietnam yang ada border lace.....dah merata2 jual...silap2 pakai baju nnt masa raya sepesen je...hehehe..cer tengok baju2 ni...yang mana satu pilihan korang???


ni ala2 peplum...tengoklah kaler dia...mmg meriah la..cantik juga


baju kurung border lace...baju ni memang dapat sambutan hangat tahun ni...


x kira lah macamana baju pilihan korang....kalau boleh janganlah berlebihan ye....berbelanja pun biar ikut kemampuan ok...













Sudah Bayar Zakat Fitrah ke Belum??




Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita??




Thursday, July 25, 2013

Syukur Alhamdulillah...dapat juga bantuan Hari Raya RM500


Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. - Bernama


P/S- Ada ramai yang kata orang gomen (CUEPACS) ni xde keje lain sikit2 asyik minta kenaikan gaji la...minta bonus la...tapi kalau xde CUEPACS ni susah juga org gomen kan??

Wednesday, June 19, 2013

Jerebu.....sesak nafasku dibuatnya...





Salam semua...tempat korang semua jerebu teruk tak....rasanya jerebu tahun ni paling teruk la....sesak nafas dibuatnya.....rasa malas nak kluar rumah tapi masalahnya dalam rumah pun asap masuk dan ada bau-bauan hangit juga....sekarang ni dah start batuk2...so kepada semua jangan banyakkan aktiviti luar yek dan banyakkan minum air masak...


ini gambar jerebu dari opis saya :-/



Monday, June 10, 2013

Cendol bawah pokok Fasa 4 Bangi



Hari minggu ni turn saya jumpa hubby di rumah kakak ipar di Kajang....macam tu  la adat org pjj ni...so dis week ada masa untuk jalan2 sebab hubby minta cuti aritu...kami pun plan nak ke Putrajaya dan Klang....otw nak ke Putrajaya hubby lalu jln reko dan ikut jalan fasa 4, lalu sebelah kiri nampak ramai keta parking tepi jalan sebab ada gerai cendol kat situ........ dia ajak singgah makan cendol la pulak....not bad la cendol kat sini....saya first time makan sini...tapi hubby byk kali dah...sebab dia mmg suka cendol...








  kami order cendol 2, bakso dan laksa......rasa bakso dan laksa pun ok....sape nak try boleh la try kat sini...rupa2nya da femes juga cendol bawah pokok ni....saya je ketinggalan...hihi




Wednesday, June 5, 2013

Salam Israk & Mikraj




Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

*sumber wikipedia




Wednesday, April 3, 2013

Kita Jumpa Lagi


Assalamualaikum semua :-)

Dah lama x update blog....nak kongsikan disini saya sekarang tidak menetap di KL lagi........doa saya untuk menetap di kampung sudah di makbulkan...Syukur Alhamdulillah....sekarang sudah 4 bulan di muar ni....

Walaupun berjauhan dengan suami buat masa ni, sedih pun ada....tapi saya anggap ini sebagai satu pengorbanan untuk jaga mak abah di sini.....suami pun memberikan sokongan dan dia pun InsyaAllah akan ikut saya balik sini....Alhamdulillah sepanjang duduk berjauhan ni belum ada masalah lagi....semoga berjauhan ni mengeratkan lagi hubungan kami....saya sentiasa berdoa supaya suami saya mendapat peluang kerja di sini supaya dia cepat-cepat dapat duduk dengan saya semula....susah juga suami jauh ni....rindu lagi....heheh....bosan pun ye....xde kawan gaduh...hahaha...

Oklah cukup la buat masa ni...nanti saya update lagi....