Esok kita akan menyambut Aidiladha...ada sesapa yang buat korban esok? mesti ramai juga yang balik kampung kan walaupun dapat cuti Aidiladha 1 hari je kita boleh sambung cuti rehat kan...tapi saya sedih tahun ni x dapat balik kampung padahal dah apply cuti untuk khamis dan jumaat ni...plan mula2 ingat nak balik kampung tapi tetiba hubby kena kerja, x pelah berkorban tahun ni untuk x balik raya...maknanya tahun ni 1st time x balik raya haji...kalau hari raya puasa agaknya macam manalah perasaan...x sanggup rasanya kalau x balik raya puasa kat kampung.....so, di kesempatan ini saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan blogger saya...dan yang pulang ke kampung tu, semoga berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.....