KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 19, 2010

Jangan Lupa Zakat Fitrah





Kadar fitrah ialah satu gantang beras bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri
Negeri.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri:

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis RM6.00
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.50
Johor RM5.00 / 7.50 *
Pahang RM7.00
Terengganu RM5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM5.20
Sabah RM6.80
Wilayah Persekutuan RM7.00

*Mengikut jenis beras

Waktu membayar zakat

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim