KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 13, 2010

Bila Kena Balik Kerja Sendiri


Rasa malu nak bagitau...saya seorang yang x pandai bawa kereta...kesian kan?harap je badan besar tapi penakut....dah berbuih hubby n family saya suruh belajar bawa kereta tapi saya buat tak tau je...paling tidak saya akan jawab.."nantilah ina gi register kat driving school"..itupun sebab nak suruh dorang diam,jgn tanya2 lagi...tapi sebenarnya dalam hati memang nak sangat belajar drive kereta...sebab jealous kat kwn2 dan orang lain yang pergi mana2 tak payah mengharapkan sesiapa nak hantar..selama ni mana2 saya pergi pun harapkan driver peribadi(hubby) la...mana nak pergi dia hantar termasuklah pergi kerja hari2...owh saya sayang sangat hubby saya(ayat nak membodek)

Alkisahnya pukul 4petang tadi hubby ada call saya yang buat saya gelisah sangat...

hubby : yang, petang ni abg x blh ambik ayglah blh x?ayg kena balik sendiri la,naik bas yea...
Me : ala..kenapa bang, lecehlah kena naik bas..abg nak gi mana?nape xblh ambik petang ni..
hubby : ala, hari ni je..kwn abg drpd kampung...yang nama dia Yol tu...dia nak gi survey enjin keta kat  Puchong....dia x tau jln..dia minta abg tlg tunjukkan tempat tu balik keje nanti...
Me : yela...ayg cuba naik bas lah...
hubby : k, take care...kalau x jumpa cari bas nanti,..call abg... nanti abg gi jemput..tapi kena tunggulah lambat sikit la...

Kesian kan saya..tulah x pandai bawa kereta...bila kena naik bas nak merungut...kesian hubby saya sampai nak keluar ngan kawan dia pun kena pikir byk2 kali pasal saya nak balik keje macam mana....fyi..kalau nak blk kerumah saya drpd ofis kena naik 2 bas,mula2 kena naik bas sampai CM pastu kena tunggu bas lagi satu dekat bangkok bank...So, petang tadi saya pun naik bas lah ke CM....tapi sampai CM, dalam kepala saya pikir malas nak balik dulu...dan terus je saya masuk ke Uda Ocean kat Bus Stand Klang tu nak survey baju untuk bagi present kat anak buah saya...pas masuk Uda Ocean saya call hubby cakap belum balik lagi sebab nak makan McD pulak nanti balik rumah malas nak pikir nak mkn apa...hubby pun mesti dh mkn ngan kwn dia juga...lama betul saya x jln sorang2...buat2 berani je...

 rasa cam dah lama x mkn McD....kali ni makan fries letak Spicy McShaker...fuhh..best..tapi mcm byk ajinomoto lar..


Lebih kurang pukul 7.30 malam tengah syok2 saya makan McD sorang2.....hubby pulak call tanya saya kat mana...

hubby : ayg kat mana? kat McD lagi ke?
Me : haah..tengah makan...
hubby : dah siap mkn ke blm?
Me : lagi sikit...pas makan ni ayg nak balik lah ni...naik bas...
hubby : x payah naik bas..tunggu abg kat situ..abg otw dah ni...
Me : erkk..ye ke... yela...(dalam hati sukanyer)

So, lebih kurang pukul 8.00 mlm hubby sampai jemput saya kat McD...bila naik je kereta saya tanya dh mkn ke blm..dia kata belum sebab nak kejar ambik saya..dia x sempat pun nak mkn ngan kwn dia...aduh..kesiannya dia..saya syok2 mkn McD...x tapau pun utk dia sbb igt dia dah makan...

Moral of the story : jangan suka menyusahkan hubby..cepat2lah belajar bawa kereta!!!





Macaron Oh Macaron !!


Korang mesti ada yang dah pernah makan Macaron kan? kan?sedap x?kesiannya saya x pernah cuba lagi Macaron ni..macamana rasanya??macam candy ke..macam biskut?tengok drpd teksturnya mcm wafer je..bila blogwalking ada je yang citer pergi beli Macaron kat Empire Subang...tapi nak pergi Empire tu jauhnya nak pergi sampai kesana....teringin daripada dulu nak try rasa Macaron ni...ada kawan saya, Pn Ariba dah pernah order dengan sorang blogger bernama Pn Rina, tuan punya blog http://angelcupidkitchen.blogspot.com yang buat Macaron ni....ada bermacam2 flavor lagi...Pn.Ariba pun kata sedap..dia suruh saya cuba order ngan Pn Rina ni..saya pun dah contact Pn Rina cuma belum order je lagi...hehe...tapi dalam masa terdekat ni nak order la...(apalah saya ni semua yang nampak sedap dan berwarna warni buat saya terasa nak makan)


 ini macaron yang diorder oleh kawan saya tu...very colourful kan??

ini bread pudding..pun boleh order dengan Pn.Rina
(nak cuba juga ni ....hehe) 


Lirik Lagu Kalau Berpacaran Ana Rafali feat Suhaimi Meor Hasan

Sekarang ni kat radio asyik keluar lagu ni aje...best pulak dengar ..dah jadi lagu feveret pulak..siap boleh hafal lirik...lagu ni bagus sebab ada unsur2 pengajaran bagi orang yang bercinta la...dengar lagu ni teringat pulak kat adik saya yang 2 orang tu yang tengah hangat bercinta....nak tuju sangat lagu ni kat Mohd Faizal dan Nurul Akmal tu :)






Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


Petua Atasi Rambut Gugur


Korang ada masalah rambut gugur x??
tapi memang selalunya rambut perempuan memang selalu ada masalah rambut gugur ni...bila rambut panjang sikit mesti gugur...x pun bila sikat..mak aiii..abis bergumpal rambut kat sikat tu...nak2 kalau jenis rambut yang curly macam saya ni....x sukalah macam ni..boleh jadi botak dibuatnya..dah cuba syampoo macam2 x jadi juga...sedih betul bila tengok rambut dah nipis..nasib baik pakai tudung masa keluar x la malu sangat....
kalau x ok2 jaga alamtnya kena la pegi YUN NAM Hair care tu...tapi ingat murah ke??perrgh..tanya kawan yang pernah pergi sana,habis duit beribu juga untuk treatment yang mcmana kita nak ambik..sayangnya duit...apa2 pun ni saya dah cuba menggoogle petua atasi rambut gugur..nak cuba lah petua ni....

Untuk menghindari rambut kering dan gugur,
beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan.
Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira.
Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

SUMBER: http://www.majalahpama.com.my

Bestnya dapat rambut cantik dan berkilat macam ni....



Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.


Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.


Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan
klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.


Syampu bayi 
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.


PETUA TRADISIONAL

- Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.