KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Puas mencuba tapi masih jua belum hamil



Berkali-kali mencuba untuk hamil namun usaha itu masih tidak membuakhan hasil. Lama kelamaan, semangat juang semakin berkurangan malah perasaan bosan mulai menerjah. Apatah lagi, adik beradik mahupun saudara mara mulai bertanya mengenai cahaya mata. tekanan mahu hamil semakin dirasai. Bagaimana mahu mengurangkan tekanan anda itu? Cuba beberapa kaedah yang boleh mendatangkan sikap positif dalam diri ini.

Belajar Redha
~ Dalam sesetengah kes, keinginan pasangan yang terlalu mengharapkan kehadiran cahaya mata kerapa kali menemui kegagalan. Seandainya diteliti dengan mendalam, ternyata mereka sedang berhadapan dengan masalah tekanan. Apabila dilanda tekanan, tubuh isteri menghasilkan hormon-hormon stress yang menghalang ovulasi. Komposisi hormon LH(luteinizing hormone) dan FSH(follicle stimulating hormon) menjadi tidak seimbang sehingga mengganggu jadual menstruasi. Hasilnya sel telur tidak disenyawakan.
   Sebaik-baiknya belajar menjadi redha. Ia tidak bermaksud berputus asa hingga tidak mahu berusaha untuk mendapatkan anak. Cara yang terbaik adalah anda dan suami masih meneruskan hubungan intim tatkala waktu subur, menjalani kehidupan yang sihat, tidak merokok,tidak mengambil minuman keras,mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secukupnya.

Tenangkan Diri
~ Berzikir adalah salah satu bentuk latihan mengendalikan diri serta menghilangkan perasaan dan fikiran negatif yang ada dalam diri. Sikap tenang ini membantu anda dan pasangan untuk redha. Secara tidak langsung, anda akan terbiasa dengan keadaan tanpa kehadiran cahaya mata.

Tidak Menyalahkan
~ Dalam hal ini, anda tidak boleh menyalahkan suami atau menuduh isteri mandul. Tidak salah sekiranya anda belajar untuk mencari  perkara positif yang ada dalam diri pasangan anda. Cari jalan penyelesaian punca ketidaksuburan yang dialami oleh pasangan.

Bulan Madu sekali lagi
~ Aktiviti ini boleh mengembalikan keromantisan dalam hubungan suami isteri. Pastikan ia benar-benar bulan madu antara anda dan pasangan. Jangan sesekali melibatkan hal kerja mahupun tekanan sepanjang tempoh berbulan madu. Jangan pula sekali-sekala anda memikirkan untuk hamil saat menikmati bulan madu ini. Laluilah saat romantis itu bagaikan sepasang pengantin baru yang baru diijabkabulkan.

Mencuba Posisi baru
~Belajar untuk mencuba posisi baru ketika melakukan hubungan intim. Boleh juga mencari lokasi yang berbeza daripada biasa untuk menimbulkan keghairahan antara anda dan pasangan.

Niat Yang Jujur
~ Apabila isteri tidak hamil setelah mendirikan rumah tangga betahun lamanya, jangan sesekali suami menduakan isterinya. Elakkan mengunjungi kelab malam dan mengambil minuman keras. Ia merendahkan mutu sperma. Amalkan niat yang jujur dengan menyayangi dan mengasihi pasangan masing-masing walau dalam apa juga ujian yang sedang dialami.

Ambil Anak Angkat
~ Ketidakhadiran anak tidak bermakna, kehidupan rumah tangga anda akan berakhir. Anak adalah pelengkap namun bukan semua orang dapat memperolehnya. Setelah berusaha dengan pelbagai cara namun belum diberi keizinan dari Yang Maha Esa, tidak salah untuk anda mencuba mendapatkan anak angkat lalu mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita