KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 23, 2010

Cuti-cuti Cinta


Saya admit dah lama benar tak tengok movie melayu...semalam after office hour,adik ipar saya baik hati nak belanja makan and tgk wayang...so kami pergi TGV yang terdekat di Jusco Kepong....lepas makan kami sampai ke TGV nak dekat pukul 8 mlm...and tgk now showing kat TGV masa tu cuma Cuti-Cuti Cinta...ada movie lain dlm pukul 8.30 mlm rasanya citer RED tapi malas nak tunggu pulak...so,we decide tgk Cuti-Cuti Cinta aje...layan lar :)



Cerita mengisahkan Eava Ealiana(Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava dan Remy ditunangkan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah(bapa kpd Remy) untuk membolot harta Tan Sri Zaini.


Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya dan memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai Morib. Disitulah pelbagai pengalaman Eava lalui dan terpikat dengan seorang pekerja hotel yang budiman bernama Omar Rudy(Farid Kamil)