KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 16, 2011

P1 Wiggy 39 Plan RM19 for 1st and 2nd bill only....





Baru perasan dalam Harian Metro pasal iklan P1 4G, tengok ada promotion Wiggy 39, RM19 aje until 31.12.2011. tapi kelajuan 1Mbps Kuota 2GB aje....tp ok la kan dengan harga tu.... kalau macam saya ni, buka internet pun cuma hari minggu...tu pun nak tgk resepi atau bermuka muka....download2 movie pun x pernah....tapi ingatkan bayaran RM19 sampai bila2...rupa2nya cuma untuk bayaran bulan pertama dan ke2 ajer....bulan ke3 dan ke4 RM29 dan seterusnya RM39.....sebab tulah namanya Wiggy 39 yerk....huhu. tapi kan untuk sapa2 yang berminat  nak cari broadband baru boleh la try plan ni....














  • The WIGGY 39 Plan offers speeds of 1Mbps and a quota of 2GB.
  • The monthly fee is RM39.
  • For a limited time only, subscribers will pay RM19/month for the first two months, and RM29 for months three and four. This means RM60 off the bill over four months.
  • Subscribers can either choose the UT or UH mobile dongle device.
  • Depending on the P1 mobile dongle device that subscribers choose, they will pay either RM100 for the UT or RM150 for the higher performance UH, for the one-time activation fee.
  • A 2GB quota will allow a mix of any of the following:  Browsing the internet for 60 hours, send out 1300 emails, download 120 music tracks and watch 60 short movies.
  • Subscribers who need more quota can use the easy top-up option available online – RM10 for 2GB.
  • The WIGGY device has a lifetime warranty during the subscription period and there are no rental charges.





 

Betul Ke? Jangan Sign SBPA dulu???? SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011 Oleh G Manimaran December 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya meng...adakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.