weekend ni..
mcm teringin nak masak sotolah..drpd minggu lepas lagi nak masak tapi x sempat..
kat sini saya post resipi soto (drpd sunber2 yg blh dipercayai) bagi sapa2 yg teringin mcm saya ni..
SOTO AYAM
A.Sup
1. Satu ekor ayam, direbus didlm 1.5 liter air. diangkat dan siatkan daging ayam
dan mskkan semula tulang ke dlm stok .
2. 10 ulas bawang merah (dikisar)
3. 10 ulas bawang putih (ditumbuk)
4. 2 inci haliamuda(ditumbuk)
5. 1 inci lengkuas (ditumbuk)
6. 2 btg serai (dikisar bersama bawang)
7. 1 peket rempah sup adabi(dibuat pes)
8. 3 sudu besar ketumbar (dikisar halus)
9. 20 biji lada hitam, (ditumbuk kasar)
10. 2 biji buah keras, kalau suka
11. 1.5 liter air, digunakan utk memebuat stok ayam- direnih
12. 3 sudu minyak masak
13. gula dan garam
Cara membuatnya :
- Pijarkan minyak
- tumiskan bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
- masukkan ketumbar dan lada hitam,biarkan sehingga pecah minyak
- masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
- masukkan stok ayam(bersama tulang)dan buah keras
- didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya.
B. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. daging ayam(yang direbus-A),disiat2
3. taugeh,dicelur(atau blh dibasuh aje)
4. suhun,(digoreng)
5. bawang goreng
6. daun saderi(sup) dan daun bawang
7. limau nipis(dipotong)
Note : silakan mencuba..nyum..nyum..