Korang ada masalah rambut gugur x??
tapi memang selalunya rambut perempuan memang selalu ada masalah rambut gugur ni...bila rambut panjang sikit mesti gugur...x pun bila sikat..mak aiii..abis bergumpal rambut kat sikat tu...nak2 kalau jenis rambut yang curly macam saya ni....x sukalah macam ni..boleh jadi botak dibuatnya..dah cuba syampoo macam2 x jadi juga...sedih betul bila tengok rambut dah nipis..nasib baik pakai tudung masa keluar x la malu sangat....
kalau x ok2 jaga alamtnya kena la pegi YUN NAM Hair care tu...tapi ingat murah ke??perrgh..tanya kawan yang pernah pergi sana,habis duit beribu juga untuk treatment yang mcmana kita nak ambik..sayangnya duit...apa2 pun ni saya dah cuba menggoogle petua atasi rambut gugur..nak cuba lah petua ni....
Untuk menghindari rambut kering dan gugur,
beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan.
Antaranya:
Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira.Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.
Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.
Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.SUMBER: http://www.majalahpama.com.my
Bestnya dapat rambut cantik dan berkilat macam ni....
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.
Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.
Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah denganklorin.
Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.
Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.
PETUA TRADISIONAL
- Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
No comments:
Post a Comment