KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 13, 2011

7 Tip Turunkan Berat Badan








Berikut beberapa cara membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


1)  Kunyah makanan lebih lama daripada biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas mengurangkan pengambilan makanan.  Bahkan Rasulullah s.a.w  sendiri menyuruh kita mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur sebelum menelannya.


2)  Ramai yang gemar makan makanan yang tidak perlu......Jadi, kurangkan pengambilan makanan tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih dan makanan ringan.



3)  Makan sedikit sahaja nasi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.



4)  Dengan minum lebih banyak air juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadang kala tubuh anda sebenarnya lapar air, bukannya makanan.


5)  Jangan makan lewat malam.  Kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum masuk tidur.



6) Jika anda terbangun daripada tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah epal atau pisang.


7)  Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan dengan tujuan menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini.  Langkah terbaik ialah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.


1 comment:

SYANI said...

Thanks for the tips... Risau badan dah makin dipam-pam ni..