KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Clomiphene Citrate



Semalam pergi Hospital Selayang sebab 2nd day menstrual....bulan lepas sepatutnya dah pegi tapi terkena pulak tarikh raya haji, so Hospital pun tutup...saya pun bersabarlah untuk tunggu for next mens....baru semalam dapat pegi jumpa doc...then, doc dah bagi ubat clomiphene citrate yang saya tunggu2 tu untuk makan selama 5 hari...hopefully masa scan on 10th day ada good news....


(gambar~sumber google)



1. Terdapat dua jenis ubat kesuburan, sama ada pil atau suntikan.
Pil kesuburan mengandungi bahan clomiphene citrate, lazimnya sebanyak 50 mg setiap biji. Cuma, ia diberikan nama glamer berlainan oleh syarikat pengedar masing2 eg Clomid, Clostibergyt, Serophene dll.


2. Clomiphene citrate (yang mengandungi kesan anti-estrogenik)bertindak secara memberi signal negatif kepada otak kita bahawa tubuh kita kekurangan estrogen.

Maka, tubuh (kelenjar pituitari di dalam otak) mula mengeluarkan hormon FSH dalam kuantiti yang lebih banyak.

(Hormon FSH pula akan merangsang kantung-kantung telur di dalam ovari kanan dan kiri. Dah namanya pun FSH ie Follicular Stimulating Hormone)


3. Apabila kantung-kantung (lazimnya lebih daripada 1) berjaya dirangsang dan membesar, kantung-kantung aktif ini sendirinya akan menghasilkan hormon estrogen pula. Hormon estrogen pula bertindak menebalkan lapisan endometrium dalam rahim sebagai persediaan implantasi embrio jika berlaku kehamilan. Jika tiada persenyawaan, lapisan endometrium ini gugur sebagai darah/tisu haid.


4. Pemantauan menggunakan ultrabunyi trans-vaginal (TVS) lazimnya dilakukan mulai sekitar hari ke 12 bagi melihat bilangan dan saiz kantung-kantung (seeloknya di antara 18-22mm) serta ketebalan lapisan endometrium (10mm atau sekurang2nya 8mm).

Ada yang memberi respon sederhana (2-3 kantung besar), ada pula yang berlebihan (lebih banyak kantung), ada pula yang tidak memberi respon memberangsangkan (1 sahaj atau tiada kantung besar).


5. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesan negatif (ie sifat anti-esttrogenik Clomiphene citrate) ini melebihi penghasilan hormon estrogen oleh kantung. Ini menyebabkan sesetengah mendapat kesan samping sedemikian iaitu lapisan endometrium (tempat berlakunya implantasi embrio di dalam rahim) tidak tumbuh menebal, sebaliknya hanya nipis sahaja iaitu di bawah 10mm.


6. Tanpa pemantauan ini, anda tidak mengetahui adakah ubat Clomiphene citrate itu sesuai dengan anda. Lazimnya ia diberi dalam dos 50mg atau 100mg selama 5 hari sahaja (hari ubat dimulakan bergantung kepada kitaran haid seseorang sama ada hari ke-3 dsb). Jika masih tidak berjaya, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan mengandungi hormon gonadotrophin pula.

7. Selain itu, perlu difahami bahawa ubat ini hanya bertujuan membesarkan kantung-kantung telur. Terdapat beberapa punca masalah kesuburan yang lain eg sperma, tiub falopian, kehadiran polip endometrium, penyakit tertentu dll yang juga boleh mengganggu kesuburan.




 * sumber daripada http://dradilah.blogspot.com

No comments: