KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Hari Kejadian Semalam




Semalam celebrate birthday kat seoul garden lagi...dah jemu dah sebenarnya pegi situ..tapi hubby nak belanja ikut ajelah...kat entri yang lepas2 saya pernah citer kan yang hubby suka sangat makan grill n steambot...padahal kat rumah dah ada dah alatan nak buat grill tu semua...blh buat kat rumah aje klu nak save cost...xperlah...kang x ikut dia merajuk...hehe ;) tapi semalam saya makan sikit je sebab kenyang sampai ke petang akibat makan McD masa lunch tu...rasa rugi je tapi xpelah disebabkan birthday semalam dapat 50% diskaun...rasa berbaloi jugala..

first time order cupcake :)


masa lunch semalam, bos belanja McD...thank you bos


kat seoul garden

feveret hubby








Wednesday, November 24, 2010

30 years in da world :)








24 November 1980-24 November 2010
Sudah genap usiaku 30 tahun.....rasa macam x percaya je ;) 
x tau macam mana nak expresskan feeling time nih......saya sudah tua :( tapi rasa bersyukur sangat kepada ALLAH S.W.T kerana masih panjangkan umur saya untuk menikmati kebahagiaan di dunia ini...ALHAMDULILLAH
apa-apa pun tetap kena celebrate juga...xde plan apa2 lagi untuk malam ni...tapi kek sudah ada...nak tunggu present daripada hubby ni...huhu ;)











Tuesday, November 23, 2010

Tak Sabar nak tunggu esok :)



Ada apa dengan esok???












tunggu!!!!!!!!!!











Saturday, November 20, 2010

Tengah Sibuk...... :)


Saya buat2 sibuk je..cuti 5 hari yang ada ni kalau boleh nak siapkan hantaran adik saya ni...saya tolong buatkan hantaran kedua-dua pihak...actually adik saya nak bertunang 25 Dec ni...tapi kalau boleh nak siap2kan awal...dah penuh 1 bilik ngan barang2 diorang ni...ngan bunga-bunga,reben,bakul2...huhh...tema adik saya warna pink dan tema sebelah lelaki warna merah putih...semua tgh separuh siap...last2 minute ada je yang x cukup...nak kena cari lagi ni...







Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha Kepada Semua



Esok kita akan menyambut Aidiladha...ada sesapa yang buat korban esok? mesti ramai juga yang balik kampung kan walaupun dapat cuti Aidiladha 1 hari je kita boleh sambung cuti rehat kan...tapi saya sedih tahun ni x dapat balik kampung padahal dah apply cuti untuk khamis dan jumaat ni...plan mula2 ingat nak balik kampung tapi tetiba hubby kena kerja, x pelah berkorban tahun ni untuk x balik raya...maknanya tahun ni 1st time x balik raya haji...kalau hari raya puasa agaknya macam manalah perasaan...x sanggup rasanya kalau x balik raya puasa kat kampung.....so, di kesempatan ini saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan blogger saya...dan yang pulang ke kampung tu, semoga berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.....





Thursday, November 11, 2010

Makan-Makan sempena besday hubby


Sebenarnya x rancang pun nak buat makan2 masa besday hubby aritu, tapi disebabkan tahun ni x sempat nak beli hadiah,cuma sempat beli kad besday n 1 slice cake secret receipe aje..rasa mcm x puas hati pulak..mula2 ingat nak makan2 kat luar kami berdua aje..tup2 masa besday hubby tu kami nak ke rumah kakak ipar pulak..so lebih baik sambut besday kat sana ramai2 lagi meriah...so, dengan penat2 baru balik keje sempat singgah kedai sate Haji Samuri utk beli sate, beli kek n order dominos...tapi sempat lagi kak ipar buat macaroni goreng...best, wlupun simple je tapi meriah..bulan ni ramai ahli keluarga saya yg sambut besday termasuklah saya 24hb ni...agak2 hubby ada plan apa2 x?hehe


pizza classified  chicken dan meat mania kalau x silap..


antara juadah yang ada..abaikan tangan saya tu ye..


acara nak tiup lilin...bagi peluang sama kat si kecik nak tiup lilin juga...hehe

saya pun tumpang potong kek sekali..


my dear hubby

Thursday, November 4, 2010

Happy 33rd Birthday to My beloved Hubby







Another year has passed for you, sweetheart;
It's time to cut the cake and celebrate.
And once again, my love, I start to think
Of things about you I appreciate.

It means so much to have you in my life;
Your loving care fills up my days with pleasure.
Your warm and giving nature helps create
Close, special times together that I treasure.

I live within a safe and steady world,
Because you love me unconditionally.
Your easygoing ways mean that I'm blessed
With peace and joy and blissful harmony.

To me your birthday is a precious day;
I hope it brings you joy in every way.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!!!




Wednesday, November 3, 2010

Asmara







Korang tengok tak cite asmara setiap hari selasa kul 9.00 malam?saya tiap-tiap minggu memang dok tunggu cite ni...wlupun ASTRO ada movie best malam tu pun x layan sebab nak layan cite ni...mula-mula tengok cite ni panas je tengok si Zalia( Faezah Elai) ni asyik nak marah2 kat Asmara dahlah si Asmara tu pun bukannya tau dia kena jadi pak sanggup...yang si Asmara ni pun macam tunggul diam je, kena marah n kena herdik ngan bini dia tu...dahlah kena kahwin paksa...masih boleh bersabar lagi...hehe...meluat gak tengok cite ni..tapi nak layan gak...tapi semalam dah episod yang best, Si Asmara bawa balik bini dia yang kurang ajar tu ke rumah nenek dia..nenek Asmara tengok si Zalia ni punya kurang ajar ngan Asmara padahal dah jadi suami pun...mulalah nenek dia 'sound' si Zalia abis-abisan supaya jangan kurang ajar ngan Asmara sampai si Zalia 'tersedar'....barulah rasa best tengok Asmara...apa lagi bila tengok Asmara dah berbaik ngan Zalia and masing-masing dah boleh tersenyum tengok muka masing2.....x sabar nak tengok next episode...huhu




* ramai yang fanatik ngan 'chinta'...tapi saya tidak...x sukalah...



Sunday, October 31, 2010

HAPPY 2nd BIRTHDAY TO NUR AQILAH DAMIA






Saya baru balik daripada Melaka, semalam sambut besday anak sedara saya yang ke 2 tahun, kejap je Aqilah dah besar,pas ni boleh le Mama qila bagi adik kat Qila...hehe..rasa x puas nak main ngan Qila semalam sebab terpaksa balik awal sebab hubby dan adik saya ada kerja yang perlu dibuat...apa blh buat terpaksa la ikut balik KL cepat...xpe kalau xde aral masa cuti Deepavali nak balik kampung jumpa Qila lagi...



Besday kek Qila,cantikkan ada rumah dan sungai lagi...masa Qila tengok kek dia x sabar nak pegang and makan...geram la tengok keletah Qila ni...Cik Na rindula kat Qila.....





Friday, October 29, 2010

Nak beli Hadiah


Petang ni saya akan balik ke Melaka rumah adik saya...x balik kampung kat muar sebab mak abah pun datang Melaka juga..untuk apa?untuk meraikan besday girl budak kecik nama Nur Aqilah Damia...esok dia akan berumur 2 tahun...ala...la...tecik lagi....x pandai cakap pun lagi...baru tau sebut sikit2 je...hehe...
pening juga nak kasi hadiah apa untuk budak kecik ni....sebab dah selalu sangat bagi dia mcm2...sampai x tau nak bagi apa lagi dah....huhu..
dalam kepala mcm2 nak belikan dia..mentang2lah dia tempat menumpang kasih...sedih pulak tetiba...kalau korang nak beli hadiah untuk budak kecik umur 2 tahun apa yang akan korang belikan?

Nur Aqilah Damia...tengoklah gaya budak kecik ni..bukan main lagi...

Qila...kalau Qila pandai cakap boleh juga Cik na tanya Qila nak hadiah apa? pening kepala Cik na pikir nak belikan apa untuk Qila ni...kalau belikan makanan mesti Qila suker kan...hehe...nanti makin debab la anak sedara Cik na ni...huhu..x blh..x blh belikan makanan..apadaa..mak sedara dia ni..kihkih..


*

*


*





cantiknya dress ni kalau Qila pakai kan??

*


*


*


kalau belikan ni pun bagus juga..xde la qila kacau laptop mama qila lagi...hehe

*

  *  

*


*



*



tara...dah beli dah hadiah Qila....cuba teka apa dalam ni?..hehe


Lama tak Breakfast kat Rumah


Hai..selamat pagi...harini saya x pergi kerja ok...demamlah katakan...tapi bila dah masuk kul 10 lebih pagi tadi rasa mcm dah ok pulak..camne ni nak g klinik ambik MC ni...duss...doktor terima ke x alasan demam ni...
pagi tadi masa nak makan ubat sempat buat ini aja untuk breakfast...punya la lama tak breakfast kat rumah..bila hari keje breakfast kat ofis, bila weekend pagi2 aje dah merayap...camne nak buat breakfast untuk suami..hehe...klu buat breakfast ringkas dan mudah mcm ni pun sesiapa aje blh buat....muahaa..
Alhamdulillah..kenyang...






Saturday, October 23, 2010

Cuti-cuti Cinta


Saya admit dah lama benar tak tengok movie melayu...semalam after office hour,adik ipar saya baik hati nak belanja makan and tgk wayang...so kami pergi TGV yang terdekat di Jusco Kepong....lepas makan kami sampai ke TGV nak dekat pukul 8 mlm...and tgk now showing kat TGV masa tu cuma Cuti-Cuti Cinta...ada movie lain dlm pukul 8.30 mlm rasanya citer RED tapi malas nak tunggu pulak...so,we decide tgk Cuti-Cuti Cinta aje...layan lar :)



Cerita mengisahkan Eava Ealiana(Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava dan Remy ditunangkan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah(bapa kpd Remy) untuk membolot harta Tan Sri Zaini.


Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya dan memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai Morib. Disitulah pelbagai pengalaman Eava lalui dan terpikat dengan seorang pekerja hotel yang budiman bernama Omar Rudy(Farid Kamil)




Thursday, October 21, 2010

Berterus Terang adalah lebih baik





KUANTAN 20 Okt. – Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd. Yusoff berkata, atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah bergegas ke Bukit Bintang, kira-kira pukul 12.30 tengahari hari ini.

“Kita kemudian ke sana dan menjumpainya. Pihak polis kemudian membawa pulang Rozaliya untuk bertemu keluarganya di Kuantan,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuantan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha; bapa bakal pengantin itu, Mat Lazim Mat Ismail; tunangnya, Mohd. Hilmi Mohd. Nor dan beberapa ahli keluarga.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu.

Pada hari itu, Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar ke bandar bersama tunangnya yang berusia 24 tahun dan kemudian hilang selepas ditinggalkan bersendirian.

Sebelum menghilangkan diri, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya yang kononnya menyatakan dia diikuti oleh orang tidak dikenali.

Mohd. Jasmani berkata, hasil soal siasat awal, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.

“Pihak polis dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Rozaliya dipercayai melarikan diri disebabkan mempunyai masalah untuk berkahwin dengan tunangnya,” katanya.

Hasil siasatan polis juga mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku terhadap kes ini.

“Cuma hanya salah faham dan masalah keluarga. Pihak polis juga akan merakam percakapan mangsa selepas ini,” jelasnya.

Sementara Mat Lazim ketika ditemui berkata, dia amat gembira kerana anak keduanya daripada empat adik-beradik itu dijumpai dalam keadaan selamat.

“Kami amat gembira apabila dia ditemui semula dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, keluarganya mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat selepas pulang ke rumahnya nanti.

Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.

“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.

“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.


Monday, October 18, 2010

Minat baru


sekarang ni saya dah gila english style...huhh...skrg tengah giat kumpul barang2 yang ala2 english...pantang nampak Romantika atau KK Home Deco mesti nak masuk sbb suka tengok barang2 dlm tu...sayang rumah sewa saya ni sempit...ikutkan dah boleh terlaksana dah impian nak mendeco-deco rumah...tapi terpaksa berpada2 takut nanti jadi makin semak pulak rumah ni...hubby saya x kisah dengan minat saya ni..tapi dia ada cakap nak tengok sampai bila minat saya ni...jgn sekerat jln je..pastu simpan barang2 tu dlm kotak pulak....sebab nak tukar style lain...hehe..xpe lah wait n see ...

frame gambar kahwin...ribbon frame ni order dpd http://amfeaz.blogspot.com


hanging plate ni beli kat Romantika...

faux cupcake order dpd http://iriscottage.blogspot.com
dan fabric cupcake dpd http://amfeaz.blogspot.com


 tempat lilin 

 brg2 comel ku...

pas ni nak ajak hubby cat console table tu jadi putih...

langsir pun nak bunga2 gak..tapi x sesuai n x cantik la...