KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 24, 2010

Jalan-Jalan ke I-City


* ni entry malas nak tulis apa-apa...jom layan gambar-gambar masa saya pergi ke I-City Shah Alam malam semalam...jalan-jalan pun sebab nak bergambar aje...jom layanzzz...


tuan rmh nak enterframe gak....


bersama ipar duai









Friday, May 21, 2010

A Birthday Treat to My Sister at The Manhattan Fish Market


Sebelum tu nak wish happy belated birthday to my youngest sister yang menyambut birthday yang ke 22 tahun pada 19 Mei haritu...sebenarnya dah wish dah kat dia dalam fb n sms haritu...petang tadi selepas balik kerja, saya jemput adik saya di Mid Valley. Dia datang dari Muar,sekarang ni kan tgh semester break...baru bape minggu kat kampung dah bosan lah tu...mana x nyer asyik makan tido,makan tido aje...memandangkan birthday dia 2 hari lepas x dapat bagi hadiah, belanja makan pun jadilah, my hubby x dapat join sama sbb dia ada hal lain...so, we decided makan kat The Manhattan Fish Market aje..


The Manhattan Fish Market


Me


My youngest sister (Nurul)


The Seafood Platter for 2(strictly for sharing)


Tropical Breeze


Brownies


Birthday Girl tengah makan


x habis makan, seafood platter ni banyak sangat lah pulak, klu tau order for one aje... tapi takut x cukup pulak..hehe


Sanggup ke Buang walaupun Kucing?



tengoklah 3 ekor kucing yang comel untuk dibuang ni...cian kesejukan...bila dah pakai baju sejuk nampak comel pulak...mesti x jadi nak buang kan?? kesian kucing2 nih.....so sesapa yang ada hati nak buang anak tu fikir2kanlah..kalau kucing pun kita x sampai hati nak buang macam tu aje...inikan anak sendiri..walaupun susah/masalah yang timbul sebab kecuaian daripada kita sendiri, masih banyak lagi cara yang boleh kita lakukan......
SAYA SOKONG KEMPEN KAMI PRIHATIN!!!!




Thursday, May 20, 2010

Thank You Nuffnang



Sebenarnya dah 2 minggu dah dapat Cek ni...mula-mula macam x caya je cek macam ni....First time dapat cek daripada nuffnang ni...itupun sikit aje jumlahnya...masa tu sesaje je nak try tebus dan nak tengok brapa lama cek ni akan sampai ke tangan kita...lebih kurang sebulan jugalah baru terima...Blogger2 lain pun mesti dah pernah dapatkan cek daripada nuffnang ni kan??...mesti best kan kalau dapat banyak...lebih2 lagi kalau ada dapat buffered earning....x macam saya ni, kena kumpul berbulan2 baru dapat ciput macam ni...hehe...itupun dah cukup berterima kasih kat Nuffnang...bukan senang tau nak dapat duit dengan cara macam ni....hehe....anyway, THANK YOU NUFFNANG!!!



Jom serbu The Body Shop





The Body Shop Malaysia 2010 Sale & Members sale

Discount Duration : Fri, 21 May 2010 - Sun, 13 Jun 2010
Company : The Body Shop
Location : All MalaysiaThe Body Shop outlets
Promotion : The Body Shop Sale Up to 70% off from the original tag price for your pleasure." ( 3- day sale mania, 21-23may 2010 for love your body members only Extra 10% off for members on 21-23 May ONLY.)




Available/spotted at:
* The Body Shop - 1 Utama Shopping Centre
* The Body Shop - AEON Taman Equine
* The Body Shop - AEON Tebrau City
* The Body Shop - Alamanda Putrajaya
* The Body Shop - Alor Setar Mall
* The Body Shop - Alpha Angle Shopping Centre
* The Body Shop - Ampang Point
* The Body Shop - Bangsar Shopping Complex
* The Body Shop - Berjaya Kuantan Mall
* The Body Shop - Berjaya Times Square
* The Body Shop - Bukit Bintang Plaza
* The Body Shop - City Square Johor Bahru
* The Body Shop - East Coast Mall
* The Body Shop - First World Plaza
* The Body Shop - Gurney Plaza
* The Body Shop - IOI Mall
* The Body Shop - JUSCO Metro Prima
* The Body Shop - JUSCO Seremban 2
* The Body Shop - Kinta City Shopping Centre
* The Body Shop - Mahkota Parade
* The Body Shop - Maju Junction
* The Body Shop - Mid Valley Megamall
* The Body Shop - Mines Shopping Fair
* The Body Shop - One-Stop Midlands Park Centre
* The Body Shop - Pavilion Kuala Lumpur
* The Body Shop - Plaza Shah Alam
* The Body Shop - Prangin Mall
* The Body Shop - Subang Parade
* The Body Shop - Sungei Wang Plaza
* The Body Shop - Sunway Pyramid
* The Body Shop - Suria KLCC
* The Body Shop - The Curve
* The Body Shop - The Mall



Kehidupan atas Awan

Masya Allah … betapa hebat nya ciptaan NYA … Ana kalau nak nampak awan yang terapung dan mendatar pun masa naik kapalterbang je

Firman Allah yang maksudnya: -
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Surah Al Baqarah 2:164












* Sumber : email


I want to cook Nasi Beriyani




Resipi Nasi Beriyani Ayam

Bahan-bahan:

* 4 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 30 minit dan toskan
* 1 ekor ayam ~ potong kecil
* 1 cawan yogurt
* 3 biji bawang besar ~ dihiris
* 2 biji tomato ~ potong dadu
* 3 biji cili api (nk pedas tambah lagi) ~ cucuk dgn pisau pada bahagian tengah cili tersebut
* 1 sudu kecil bawang putih yg dikisar halus
* 1 sudu kecil halia yg dikisar halus
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
* 2 sudu besar rempah biryani
* 4 kuntum bunga cengkih
* 1 batang kayu manis (dlm 2 inci)
* 4 biji buah pelaga hijau
* 2 biji buah pelaga hitam
* 2 helai daun salam( bay leaves)
* 1- 2 cawan bawang goreng
* 1/2 cawan kismis
* Secubit saffron ~ rendam dgn 1/2 cawan air panas atau susu panas
* 1 cawan daun ketumbar yg dihiris (dlm resepi ni tak letak sbb stok dah abis)
* 4 sudu minyak sapi
* Garam dan gula secukup rasa (gula tu optional)


Cara penyediaan:

Ayam:

1. Panaskan periuk dan tumis bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun salam dan bawang besar. Goreng sehingga kuning dan masukkan paste bawang putih dan halia.
2. Masukkan rempah biryani, garam masalah, serbuk kunyit dan tomato. Masak sehingga terbit minyak, kemudian masukkan ayam, daun ketumbar dan yogurt.
3. Masakkan sehingga ayam masak dan kuah agak pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan jika suka tambahkan sedikit gula. Matikan api dan ketepikan.


Nasi:

1. Didihkan air dan masukkan 1 helai daun salam, 1/2 sudu jintan manis dan 1 sudu minyak.
2. Apabila air mendidih, masukkan beras dan masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak). Nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras.


Nasi Beriani:

1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk nasi elektrik dan ratakan. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, dan sedikit bancuhan saffron tadi ke beberapa bahagian nasi.
2. Masukkan 1/2 bahagian ayam dan ratakan menutupi bahagian nasi.
3. Masukkan pula 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan lakukan keadah yg sama seperti no. 1 dan sudahkan dgn 1/2 bahagian ayam lagi yg tinggal.
4. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan letakkan lebihan kuah ayam tadi ke atas nasi dan taburkan lebihan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, bancuhan saffron.
5. Tutup periuk dan tekan on periuk elektrik tersebut dan masak nasi sehingga masak (sekurang2nya 30 minit).
6. Gemburkan/kacau nasi sebelum dihidangkan. Untuk hiasan taburkan dgn kismis, bawang goreng dan gajus.


Sumber : ResipiMasakanMinang


Wednesday, May 19, 2010

Saya nak Wangi




Agak dah xde idea nak citer apa...balik2 pasal kosmetik lar apa lar...bla..bla..saya baru dpt perfume baru...baru try brand artist pulak..sebelum ni x pernah try yg brand artis ni.....not badlah bau dia...sweet sgt...hehe..perfume ni order kat facebook dengan SHAH FRAGRANCE...ada offer lagi..memang 100 % original...order online RM170 aje utk 100ml...aritu survey kat SOGO RM282..memang berbaloi...




Aku Rindu Padamu


Nur Aqilah Damia binti Mohd Sofian

Wah...tajuk entry macam jiwang x hengat....tapi memang betul...saya sedang merindui....selain drpd mak n abah saya...ada sorang budak kecik di hati saya...saya rindu kat dia...dia ni anak saudara saya tau... budak kecik tu nama dia  NUR AQILAH DAMIA !!!! Sila layari blog dia...kecik2 lagi dah ada orang tolong buatkan blog tau...sapa lagi kalau x makcik dia ni n Mama dia lar orang belakang tabir blog budak kecik ni...hehe....siap dah pernah menang 3 kali contest/giveaway tau....budak kecik ni memang bertuahlah...pulak tu ramai yang sayangkan dia...Alhamdulillah..

me with Nur Aqilah Damia

Sekarang ni kan hari2...saya call Aqilah ni...walaupun dia x brapa pandai cakap lagi...melainkan pandai cakap Mama,Papa,Mak,Abah,Ikan dll sikit2...tapi kadang2 tu terkeluar juga drpd mulut dia panggil nama saya Cik Na  'Ina'.....saya rasa suke sangat....tetiba saya terpikir macam ibu2 kat luar sana tu... macam mana agaknya bila first time dengar anak bercakap???alangkah bahagianya saat itu kan??? inikan saya sebagai makcik bila dapat tau anak sedara pandai cakap pun dah excited...inikan maknya sendiri...
Rasa x sabar nak punya anak sendiri(emo lah pulak)... dan rindunye nak jumpa Aqilah!!!!...




Monday, May 17, 2010

Robin Hood



Semalam baru sempat tengok movie ni...best tau...x rugi tengok...mengisahkan bagaimana Robin Longstride (Russel Crowe) menjadi Robin Hood yang tepaksa tinggal dalam hutan...opps ...x retilah nak buat review psl movie ni...apa2 pun best giler...




Friday, May 14, 2010

Demam Piala Thomas


Minggu ni balik kerja mesti nak terkejar2 sbb hubby nak cepat sgt balik rumah sebab nak tengok Piala Thomas, tapi saya x berapa mengikuti sangat bab sukan-sukan ni...hurm..x brapa minatlah sukan sejak zaman sekolah dulu...nampak sangat saya x aktif masa sekolah kan?...huhu

Now, saya didepan tv sambil berblog sebab nak tgk tv chanel lain x blh...huhu...hubby dah 'tercongok'depan tv skrg ni nak tengok M'sia (Datuk Lee Chong Wei) Lwn China (Lin Dan), owh...pemain badminton ni mestilah saya kenal....klu x kenal nampak sangat x mengikuti sangat perkembangan sukan...ni tengah game kedua, tadi game pertamaM'sia dah kalah...alamak....go..go..go..Lee Chong Wei..chaiyok..chaiy0k...
bila tengok sukan ni tetiba teringat lagu 'fikirkan boleh' lar... nak tuju lagu ni untuk Pasukan Malaysia lar..

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


* bye..nak teman hubby tengok badminton..

Wednesday, May 12, 2010

SimplySiti



  
Sesiapa yang peminat dengan Datuk Siti Nurhaliza mesti rasa terujakan bila Siti dah launched produk kecantikan dia sendiri...saya pun salah salah seorang peminat fanatik juga, rasa macam nak cubalah produk simplysiti, salah satu sebabnya kata boleh bawa solatkan? and kawan2 saya pun ada yang dah beli foundation dia n dorang kata ok...betul ke?


So semalam saya pergi ke Watson sebenarnya bukan nak cari SimplySiti tapi sebab nak cari Compact Powder brand lain la yang sesuai...sebabnya masa balik kampung aritu Compact Powder yang saya suka guna(Miyami Cosway ajer...) dah tertinggal kat rumah mak...alamatnya x berbedaklah gi kerja cam ni..tu yang bila perasan Compact powder xde terus nak gi cari...sebabnya xnak muka nampak comot..hehe...


Tetiba je teringat SimplySiti ada kat Watson,...sekali tengok banyak produk dia dah sold out...ingatkan nak beli Compact powder SimplySiti..tapi colour yang sesuai dengan kulit saya semua dah sold out..melepas la pulak,ingat baru nak sambar satu..wah-wah, laku betul la produk Siti...Alhamdulillah, bertambah murah rezeki penyanyi pujaan ramai ni...x sia2 Siti keluarkan produk dia ni...harap2 produk Siti ni akan pergi ke peringkat Antarabangsa k...