KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2010

Teringin lagi..Ketupat sotong

Saya teringin lagi nak makan sesuatu yang x pernah masak..mak saya memang x pernah masak makanan ni..selalunya kakak ipar yang rajin masak ni..hubby saya mesti suka klu saya masak ni..sebab ni makanan orang pantai timur..tapi saya x suka manis 2 sangat..inilah resipi hasil daripada menggoogle...minggu ni rasanya sempat buat x?huhu..





Bahan-bahan

10-12 Ekor Sotong Putih
200g Beras Pulut (boleh dianggar)
Santan Kelapa (dari 1-1 1/2 biji kelapa - sedikit untuk merendam pulut)
2-3 ketul Manisan@Gula Melaka
2-3 Helai Daun Pandan (simpulkan)
3-5 Kuntum Bunga Cengkih
Gula (terpulang)
Garam (terpulang)
buluh/lidi pencungkil gigi

Cara-caranya

1. Rendam beras pulut lebih kurang 1 jam dengan santan.

2. Bersihkan sotong, buang segala isi perutnya.

3. Kemudian masukkan pulut yang telah direndam tadi kedalam sotong lebih kurang 3/4 badan sotong.

4. Sematkan kepala sotong kebadan sotong menggunakan buluh pengcukil tadi agar pulut tidak keluar bila dimasak.

5. Susun sotong kedalam periuk.Masukkan santan dan lebihan santan yang digunakan untuk merendam sotong,garam,gula,manisan@gula Melaka,daun pandan dan bunga cengkih.

6. Kacau hingga mendidih, sehingga pulut masak dan pekat kuahnya. Rasa manis dan lemaknya.

6. Hidangkan(boleh di potong-potong). Selamat Mencuba

Nota:

1. Gula,garam dan cengkih terpulang jika ingin dimasukkan.

2. Santan juga anggarkan



1 comment:

Peri PiA said...

saya juge ingin cube :),umi sy selalu msk ni masa sy kecil2 dulu.sekarang dh jarang :)