KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Best Picture Genting Contest


Contest dianjurkan oleh http://mica-tetty.blogspot.com

 
syarat-syarat penyertaan:
(sangat simpe jer)
  1. Membuat spesel entri ttg contest ini- Done
  2. Menjadi follower bg blog ini- Done
  3. wajib (pakse rela) meletakkan blog ini di dalam bloglist anda - Done
  4. sila letakkan banner contest di side bar anda - Done
  5. penyertaan terbuka kepada semua blogger
  6. yang paling penting gambar mestilah berlatar belakang genting highland atau suasana kemeriahan dan kecerian genting. (jika tiada unsur2 kgentingan gambar akan di reject).(1 keping sahaja ) - Done
  7. TIGA orang peserta dengan gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang
  8. tarikh tutup adalah pada 06 FEBRUARY 2010 jam 12:00pm (pemenang akan dipilih secara adil..bukan menggunakan random.org ye..)
  9. setelah selesai, sila tinggalkan link anda di ruang komen.- Done
Gambar yang dipertaruhkan oleh saya

sorry gambar kecik n kabur...actually gambar ni pun adik yang ambikkan drpd luar Snow World..ambik gambar drpd luar cermin lagi....kesian kat adik sebab dia x blh masuk Snow World sebab masa ni dia tgh pregnant...dia dapat tgk kitorang drpd cermin aje..tu pun puas dah lap2 cermin bagi clear.....hehe...so hp n kamera semua dia yang tlg pegangkan...
oppss....ada byk lagi gambar kat genting tapi nak letak gambar yg ni juga sbb susah2 adik saya ambikkan gambar ni......harap2 diterima oleh penganjur contest ni...


Hadiah:
1. sekeping voucher genting bernilai rm 2**
2. beg pouch from vietnam
3.purse made from vietnam

beberapa saguhati bgantung pada owner blog




Friday, January 29, 2010

Delicate Fingers Giveaway


Berminat untuk mendapatkan beg mcm kat bawah ni? Jom join giveaway nie..Giveaway ini dianjurkan oleh Delicate Fingers kerana menyambut anniversary yang ke 9....untuk mengetahui syarat-syarat giveaway ni sila KLIK SINI


 

 

Entries close on SUNDAY, 21 February 2010, 12pm



NOIR JEWELRY GIVEAWAY


KLIK DISINI  untuk turut serta.

Hadiahnya adalah seperti dibawah ni...bestnya kalau saya yang dapat..


Tajuk Contest: Noir Jewelry Giveaway
Tarikh Tutup: 26 Februari 2010




Thursday, January 28, 2010

Giveaway Sempoi Oya


Nak join giveaway lagi....dianjurkan oleh Oya..untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat mengenai giveaway ni, sila KLIK SINI




Hadiah-hadiahnya ialah:

5 helai alas peti sejuk



3 biji tabung





blanket




 

Wait for me ....~IKEA~




nak pergi...nak pergi.... IKEA.....(umie..jom ikut aku pegi IKEA....ko kan nak masuk rumah baru..aku tunggu ko tau,kita pegi sama-sama...haha..... IKEA pun tunggu kita tu...hehe) 
wah...IKEA ada sales la.....warna yang saya suka pulak tu....apalah saya ni..dulu-dulu tergila2kan CAVENZI...bila ada iklan keluar kat newspaper mesti tunjuk kat hubby...'bang....ayg nak bli ni..tengah murah ni..ada offerlah bulan ni...' hehe... itulah ayat yang saya cakap kat hubby...tapi sekarang dah x pandang dah iklan CAVENZI tu...tak tau sebab apa...sofa ngan rak tv kat rumah yang beli dekat CAVENZI tu pun macam dah jemu pulak...nak let go aje rasanya...(cakap ajelah dah x suka sofa colour tu kan senang...) Cabinet Pintu Kaca RM179 tu macam murah aje...ke ada yang lagi murah??...memang nak sangat kabinet macam tu...boleh letak barang2 perhiasan yang comey2...IKEA..tunggu ek..nanti kita jumpa...



Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Tarian Poco-Poco






Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

diambil dari:-
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: sweetnyedier
Editor: RosNiza Abdullah




ATTENTION


Bagi sesiapa yang merokok tu...especially ditujukan untuk my Hubby..hehe




[Fakta 1]
Percaya atau tak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%.


[Fakta 2:]
Puntung rokok biasanyer dibuang merata-rata, kan? Kan ke tak pasal-pasal dah mencemarkan keadaan persekitaran.

Kalau yang rajin skit tu, lepas buang dipijaknya rokok tu. Nak matikan bara rokok tu kot.

Kalau yang tak berape nak rajin, diorang main buang jer. Tak toleh pun ader orang ke tidak kat belakang, kiri dan kanan.

Kalau yang tukang buang tu duk dalam kereta, silap haribulan boleh terkena kat mamat belakang yang tengah bawak motor. Kalau mamat tu pakai helmet yang ader visor, selamatlah skit. Dibuatnyer mamat tu tak pasang visor, sendiri mau ingatlah!


[Fakta 3]
Asap rokok pun dah mencemarkan udara. Bahaya tak bahayalah kalau asap tu ader lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih parah lagi, 63 daripadanyer (sikit jer tu), boleh menyebabkan kanser!


[Fakta 4]
Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.


Oooo...tak cukup ngeri lagi erk! Ni nak kasi up skit!!


[Fakta 5]
Kat Malaysia ni, merokok telah menyumbangkan lebih daripada 10 000 kematian dalam setahun. Nak tau apa sebabnyer?

- 30% disebabkan akibat menghidapi 10 jenis kanser.

- 50% kerana sakit jantung dan strok.

- 20% adalah daripada penyakit lain yang dihidapi akibat merokok!


[Fakta 6]
Statistik di seluruh dunia plak menunjukkan;

- 1 kematian akan berlaku dalam setiap 8 minit.

- Maknanya, dianggarkan lebih kurang 2.2 juta kematian berlaku dalam setahun.

Ni semuanyer penangan merokoklah!


[Fakta 7]
Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General, mereka telah membuktikan bahawa perokok lelaki akan meninggal 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tak merokok.

Walaupun ajal maut di tangan Maha Kuasa, seelok-eloknya kita berusaha menjaga kesihatan diri seperti yang telah diamanahkan olehNya.

Dengan menjaga kesihatan ni jugak, kita sebenarnya cuba berjimat dalam sesetengah perkara sebelum berdepan kemelesetan ekonomi kelak!




* TQ to jom-jimat blogspot.com..

Tuesday, January 26, 2010

BILA NAK KURUS



Saya dalam dilema..nak diet tapi xleh diet.....saya x dapat nak control pemakanan saya...hua..macammana nak kurus asyik makan malam aje...macammana x makan...balik keje masak pastu makan ngan hubby...sebab rasa seronok bila dapat makan malam bersama...sambil makan boleh bercerita2 pasal keje..kat ofis macammana n dll...tapi hari ni bila timbang berat..malu nak cakap...untuk pengetahuan uolls...selepas saya habis study dulu..berat saya naik dekat 10 kilo...pas kahwin iaitu tahun 2007 sampailah harini berat saya naik lagi dekat 10 kilo...sedihnya..nak nangis pun ada....member2 lama yang dah lama x jumpa n lost contact...tapi sekarang ni dapat jumpa balik kat facebook....ramai yang kata muka saya dah berubah...ada yang kena tgk gambar masa zaman sekolah dulu baru boleh cam saya...sedihhhnyaaa...sekarang ni saya tengah makan macam2 ubat...tapi boleh ke ambik sekali???ubat untuk kurus n ubat untuk pregnant...boleh ke????tolongggg....





 gambar masa beberapa bulan selepas kahwin..masa ni berat badan dah mula nak naik..




 gambar masa raya tahun lepas...dah makin gemok...




Sunday, January 24, 2010

LEGION



Saya tengok legion dekat BIG Cinema di Brem Mall Kepong...first time datang Brem Mall...
pada saya movie ni best!!

Kisah seram 'Legion' adalah diarah oleh Scott Stewart. Filem ini menceritakan sekumpulan orang yang tidak kenal antara satu sama lain dalam satu kedai makan yang terpencil telah menjadi pertahanan pertama apabila Tuhan percaya manusia tidak bernilai lagi, maka membuat keputusan untuk menamatkan kewujudan mereka. Pada masa yang sama, malaikat taraf yang tertinggi bernama Michael secara sukarela jatuh ke Bumi untuk menyelamatkan anak kepada Charlie yang dikatakan boleh menyelamatkan manusia dibumi..


nak pose jugak dengan poster legion wlupun gelap...hehe..ngade2


 lepas habis nengok legion dah kul 3 ptg n terasa lapar sangat....kami makan dekat Marrybrown aje..



Chicken Licious untuk saya..



nasi lemak Marrybrown untuk hubby



Friday, January 22, 2010

I'm In Love with Black + Red


Cantik-cantiknya...geram nengok...suka sangat ngan color nie...kan best kalau dapat apa yang diidamkan mcam kat bawah ni..


oppps..saya pakai baju black+red

 
 living room...

 
 nak macam ni..simple but nice

 
nak kitchen cabinet macam ni..mesti selalu nak masuk dapur bila dapat kitchen cabinet mcm ni

 
 nak macam ni juga...simple..i like it..

 
 curtain
 
 mix n match
 
yang ni pun ok..

 
x dapat yang macam atas tu..macam ni pun ok..nasib baik sarung kusyen saya boleh tukar



Thursday, January 21, 2010

Chicken Chop


Biasalah saya....kalau lagi berapa hari lagi nak cuti hari minggu mesti tercari2 resipi yang nak dicuba untuk masak weekend nie.....alang2 semalam balik dari keje..singgah NSK cari barang dapur....stok untuk masak memasak dah ada apa lagi...pikir2 pulak nak masak apa???buka iLuvislam cari resipi...nampak resipi yang simple untuk dicuba...yesss....dah tau dah nak masak apa....hubby mesti suka sangat..favourite dia nih...
Ini resipinya untuk dikongsi bersama...sharing is caring....





Bahan untuk ayam

2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap

1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos

250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

Cara-caranya

1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa.
14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.




Wednesday, January 20, 2010

BeNgaNG!!!!




MyEm0.Com Perghhh...sakit hati betul ari nie..adalah sorang saksi ni..opps..dia ni pengadu dalam satu kes ni tau..kes besar..orangnya pun pangkat besar..kalau sebut kat sini mesti orang kenal..tapi harap maaf xleh sebut kat sini..nnt abis i tau...saksi ni dahlah sombong..tengok muka aje dah tau..bila kita tegur dia buat donno aje..menyirap darah i yang dah tinggi nie tau..
Apalah dia ni sebelum pergi court x tau ke etika dalam court macammana..duduk macamana ke.jawab macammana ke.....bla..bla..tapi xleh salahkan dia gak..dia pun kata dia first time datang court..tapi orang lain pun ramai lagi yang datang first time...dia ni bagi keterangan pun nak x nak..kalau setakat bagi keterangan macam tu baik x payah.. janganlah menyusahkan orang lain dengan aduan yg dibuat tu.. yang paling x puas hati lagi ni sebab dia "menjawabbb" aje..first time jumpe saksi yang sombong macam ni..haa..first time gak story pasal keje kat sini...aaarghhh..macam2 ragam...tension2.......





Tuesday, January 19, 2010

Ole-Ole Bali di Solaris Mont Kiara


Jom jamu mata makanan yang ada kat Ole-Ole Bali di Solaris Mont Kiara...tak rugi tau datang makan kat sini...bila saya nak pergi lagi ni...Oppsss!!!MyEm0.Comnext week dapat gajilah..hehe..MyEm0.Com"hubby..nanti bawa ayang gi sini ek"


Ole-Ole Trio RM38

 
Beef n Lamb RM38

 
Nasi Campur RM33

 
Seafood Platter RM32

 
Barley Lime RM18