KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 21, 2010

Chicken Chop


Biasalah saya....kalau lagi berapa hari lagi nak cuti hari minggu mesti tercari2 resipi yang nak dicuba untuk masak weekend nie.....alang2 semalam balik dari keje..singgah NSK cari barang dapur....stok untuk masak memasak dah ada apa lagi...pikir2 pulak nak masak apa???buka iLuvislam cari resipi...nampak resipi yang simple untuk dicuba...yesss....dah tau dah nak masak apa....hubby mesti suka sangat..favourite dia nih...
Ini resipinya untuk dikongsi bersama...sharing is caring....





Bahan untuk ayam

2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap

1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos

250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

Cara-caranya

1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa.
14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.




3 comments:

♥ p a n y ♥ said...

boleh bukak kedai makan ni. :P

Sharina said...

salam pany,

xleh buka kedai makan sbb x teror masak..nak jadi tokey kedai makan jek..hehehe

fya zainal said...

owhh sedapnya...