KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu





Untuk sekian lamanya...ini filem melayu yg tidak mengecewakan saya.....mula2 tu macam x percaya bila ramai yang kata tengok filem ni boleh menangis....tapi tulah kenyataannya, saya n hubby pun mengeluarkan air mata juga tengok kesedihan dan pengorbanan izzah.

Sinopsis Filem Ombak Rindu


Izzah, menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah yang hilang di lautan. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa yang sama Taha memberi alasan kesempitan wang untuk membayar kos pembedahan isterinya, dan meminta untuk izzah bekerja di bandar untuk membantu mencari duit tambahan. tanpa pengetahuan izzah sebenarnya Taha sudah merancang untuk menjualnya dengan tauke kelab malam.

Di situlah dia bertemu  dengan pelanggan pertamanya yang bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu setelah Izzah merayu kepadanya untuk membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz...............




2 comments:

Onesue said...

Sebenarnya, kebanyakan drama atau filem melayu yang hit, mesti yang diadaptasi dari novel. Ombak rindu ni salah satu darinya

Sharina said...

kemungkinan boleh hit sebab ramai yang dah baca novel tu kan??