Sejak kebelakangan ni, saya selalu pening kepala...saya dah berjumpa dengan doktor untuk check kenapa...adakah sbb saya x pakai cermin mata??atau sebab apa???sekali check rupa2nya saya ada darah tinggi...esoknya pegi klinik lain pun sama gak tingginya.....padanlah kepala ni selalu berpusing aje...mesti salah satu sebab pun agaknya saya ni suka makan daging...selalu buat daging goreng(favourite hubby juga tu)...and mak saya dah membebel kat saya n kata sebab dapat darah tinggi kerana saya dah gemokkk...hikhik..memang betul cakap mak...anak mak ni asyik makan n makan aje...okay2..penat saya mengoogle petua untuk hilangkan darah tinggi..n ini hasilnya...
(1)
................................................................................................................................................................
Dalam segmen petua kesihatan kali ini, saya akan kongsikan cara merawat darah tinggi ni. :)................................................................................................................................................................
Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.
Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.
(2)
................................................................................................................................................................Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
(3)
................................................................................................................................................................Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.
Ya, daun pegaga itulah yang saya makudkan sebagai ubat darah tinggi tu. Jika tiada aral, tekanan darah tinggi anda turun kelak setelah mengamalkannya.
Selamat Mencuba dan Amalkan Gaya Hidup Sihat!
2 comments:
Nice tips kak... Byk2 la bersabar. Kdg darah tinggi pun disebabkan tension... t/care.
darah tggi, bahaya tu.
take a very good care of urself okay :)
Post a Comment