KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 27, 2010

ATTENTION


Bagi sesiapa yang merokok tu...especially ditujukan untuk my Hubby..hehe




[Fakta 1]
Percaya atau tak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%.


[Fakta 2:]
Puntung rokok biasanyer dibuang merata-rata, kan? Kan ke tak pasal-pasal dah mencemarkan keadaan persekitaran.

Kalau yang rajin skit tu, lepas buang dipijaknya rokok tu. Nak matikan bara rokok tu kot.

Kalau yang tak berape nak rajin, diorang main buang jer. Tak toleh pun ader orang ke tidak kat belakang, kiri dan kanan.

Kalau yang tukang buang tu duk dalam kereta, silap haribulan boleh terkena kat mamat belakang yang tengah bawak motor. Kalau mamat tu pakai helmet yang ader visor, selamatlah skit. Dibuatnyer mamat tu tak pasang visor, sendiri mau ingatlah!


[Fakta 3]
Asap rokok pun dah mencemarkan udara. Bahaya tak bahayalah kalau asap tu ader lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih parah lagi, 63 daripadanyer (sikit jer tu), boleh menyebabkan kanser!


[Fakta 4]
Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.


Oooo...tak cukup ngeri lagi erk! Ni nak kasi up skit!!


[Fakta 5]
Kat Malaysia ni, merokok telah menyumbangkan lebih daripada 10 000 kematian dalam setahun. Nak tau apa sebabnyer?

- 30% disebabkan akibat menghidapi 10 jenis kanser.

- 50% kerana sakit jantung dan strok.

- 20% adalah daripada penyakit lain yang dihidapi akibat merokok!


[Fakta 6]
Statistik di seluruh dunia plak menunjukkan;

- 1 kematian akan berlaku dalam setiap 8 minit.

- Maknanya, dianggarkan lebih kurang 2.2 juta kematian berlaku dalam setahun.

Ni semuanyer penangan merokoklah!


[Fakta 7]
Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General, mereka telah membuktikan bahawa perokok lelaki akan meninggal 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tak merokok.

Walaupun ajal maut di tangan Maha Kuasa, seelok-eloknya kita berusaha menjaga kesihatan diri seperti yang telah diamanahkan olehNya.

Dengan menjaga kesihatan ni jugak, kita sebenarnya cuba berjimat dalam sesetengah perkara sebelum berdepan kemelesetan ekonomi kelak!




* TQ to jom-jimat blogspot.com..

3 comments:

Amirah Rashid said...

bagus fakta ni
mcm mne la nk suruh org stop smoke kan?
mira x suka tgk ayah mira smoke :(

mie said...

waa..hbt btul merokok ni ek..
bnyk mnderma kt org len..derma asap..haha..pd org yg ayhnye mrokok mcm minah atas ni, sbr jer la..i phm situasi u.. :)

Sheherazade said...

tu ler,utk enche hubby ku jua
bile la hari dia katakan tak nak pd rokok akn tibe