KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Sambal Tempoyak Petai cuba sekali...nak lagi...lagi.......lagi.......




Saya baru cuba makan tempoyak petai dengan ikan bilis....selama ni duduk Muar masa dengan family mak x pernah buat masakan tempoyak ke apa....saya banyak belajar makan yg x pernah mak masak bila dah kerja dan bercampur dengan orang negeri lain....kalau dulu mak x pernah masak ikan keli sebab mak x makan ikan keli, jadi dulu2 x pernah makan....so bila dulu dah duduk rumah sewa(zaman bujang), tengok member makan macam sedap je....bila saya makan memang sedap pun....samalah dengan situasi makan tempoyak....bila cuba sekali sedap....pastu nak lagi n lagiiiiii.........so tadi google resepi nak buat sambal tempoyak petai.....petang ni bali keje nak buat lah.....












bahan-bahan
3 papan petai dibelah dua.
3 sudu besar tempoyak.
9 biji cili api.
1/2 biji bawang besar.
1 genggam ikan bilis goreng.
3 sudu besar minyak.
1/2 cawan air

cara-caranya:
tumbuk cili api dan bawang besar sampai lumat,masukan minyak 3 sudu besar biarkan minyak panas.Baru masukan bahan yg ditumbuk dan tempoyak,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,petai,garam,aji,gula secukup rasa.(kalau tempoyak kurang masam tambahkan dgn asam keping) kacau sebentar.akhir sekali masukan ikan bilis,gaulkan dan boleh tutupkan api.



ambik resepi dari sini :-)







Wednesday, January 11, 2012

Yang "MERAH"....Jom serbu Kenny Rogers hari ni!!!!










jom pergi......untuk lebih jimat!!!! buy 1 free 1............
11 January 2012 only











Thursday, January 5, 2012

Siapa Juara Masterchef Malaysia




Saya kadang-kadang je layan masterchef ni....tapi bila dah nak final ni sibuk juga nak tau sapa yang berjaya ke final......x sangka gak sorang doktor gigi dan sorang lagi pekebun berjaya ke final.....mesti sedap dorang masak ni....hehehe


agak-agaknya sapa yang menang ye???










atau
















* apa-apa pun saya tetap #Masterchef# kat rumah :-)









Wednesday, January 4, 2012

Tanda-tanda kehamilan




1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.