....there is only one happiness in life..to be love and be loved... ....love is a never ending feeling...
Thursday, October 25, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Baskin Robbin tetap bagi ais krim FREE pada 8 Ogos 2012 pukul 8malam - 10 malam
Walaupun Dato Lee Chong Wei tak berjaya mendapatkan emas....tapi kita tau DLCW dah cuba sehabis boleh.......kita tetap kena bangga dengan DLCW walaupun berjaya perak mendapatkan di Olimpik. cuba suruh kita main badminton belum tentu lagi sampai ke sana tu.....main depan rumah pun dah mengah.....hahaha
Ini ada berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Baskin Robbin dah keluarkan kenyataan akan tetap menyediakan Ais kRim FREE walaupun DLCW tidak berjaya mendapatkan emas. tapi 1 scoop je tau...nak lebih sila bayar sendiri ye :-) sila baca dibawah
Thursday, July 26, 2012
Syukur Alhamdulillah....dapat bonus 1/2 bulan gaji untuk raya ni
Semalam PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah buat pengumuman gembira bagi semua penjawat awam.... memang telah dijangka pun :-)
Alhamdulillah dapat juga setengah bulan gaji......bolehlah buat bayar insurans dan roadtax kereta yang nak mati seminggu sebelum raya tu......pembayaran bonus akan dibuat pada 9 Ogos nanti.....selepas tu gaji bulan ogos masuk pada 13 haribulan pulak......kena belanja dengan berhemah ni....tak boleh belanja sakan.........dahlah gaji bulan september lambat lg........
Hari ni dah 6 ramadhan.....cepatnya masa berlalu........Macamana persiapan raya awak semua????mesti dah beli dan tempah baju berpasang-pasang kan??? baru-baru ni masuk shopping mall semua dah pasang lagu raya......time ni rasa seronok masuk shopping mall sebab ada lagu raya.......dia punya feel tu lain mcm..........x beli pun xpe.....janji dpt dgr lagu raya.......dekat radio lambat pasang lagu raya.........huhuh
tahun ni saya akan balik raya muar dahulu...padahal tahun ni turn sebelah hubby dekat kelantan....tapi xpelah.......kitorang dah bincang...sebab kelantan tu jauh, kita raya muar dulu........lepas tu raya kedua atau ketiga balik kelantan sampai habis cuti raya...........boleh lama sikit duduk kelantan tu......dah la jarang2 balik sana.........mil dan fil yang rajin jenguk anak-anak dia kat kl ni.......hehehe
Monday, July 16, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Burger Bakar memang best!!
Semalam ikut hubby ambik dokumen keje dia dekat Wangsa maju, lepas dah settle semua perut lapar tapi tak tau nak makan apa......tiba-tiba je teringat jalan-jalan cari makan pasal burger bakar dekat wangsa maju....cakap dekat hubby, jom la cari burger tu...dia tanya tau ke dekat mana??saya cakap tempatnya xtau tapi kita round ajelah....round punya round akhirnya terjumpa juga dekat Sekseyn 2 Wangsa Maju aje rupanya....bila lalu stall burger bakar, bau burger tu aje dah membuatkan rasa x sabar nak makan......buat rasa lagi lapar.....semalam pergi orang nak kata ramai, x juga.........maybe sebab hujan renyai2....tapi masa sampai tu dalam pukul 9.30 malam, saya dapat nombor 149......bayangkanlah stall burger tu buka dalam pukul 7.30malam...saya sampai maknanya dah 2 jam dia buka dah dapat customer dekat 150.........belakang saya pun masih ramai lagi nak ambik number..........rasa2nya kalau sampai pukul 12.30 malam agak2 brapa customer dia???memang laku betul sebab dah femes masuk neswpaper, jjcm semua.........Alhamdulillah...rezeki anak melayu........
pic google~ mcm nilah yang saya order semalam cuma yang ni double beef....air saya pilih mango, dia letak pati mango+ais krim soda+daun pudina+lemon......sedap juga
Semalam saya oder Single Beef Bacon Cheezy Set RM14 dan hubby order Single Normal Beef Set RM10 (xde cheese), setiap set ada 2 sosej dan air......tak lama juga menunggu sebab pekerja dia 2 orang tukang griil daging, 4 orang maybe lebih tukang bungkus burger....ambik oder dan byr pun dgn org lain...bagus juga sistem mcm tu....xde la org menunggu lama sgt......saya rasa x lama lagi dorang mesti boleh buka restoran.....
Bila dah dapat burger terus balik rumah x sabar nak makan....tapi style saya makan burger makan roti dulu, dah abis mkn roti baru makan daging burger............perrghh.........daging burger tu memang very juicy la.........(bak kata omputih) serius x tipu........(bukan nak bodek) tapi kalau korang cuba memang x rugi....daging dia sedap(x taulah kalau korang rasa x sedap kan....tekak kan lain2........)hehehe...... tapi tulah semalam pegi x dapat amik gambar sebab bawa hp cokia je....bukan nokia.....nak snap gambo pun kelam2 je baik x pyh ambik.........tapi hasil googelan dapat lah gambar2 atas ni dalam facebook burger bakar......ada map lagi kalau2 korang nak pegi beli.........jangan jadi mcm saya main terjah wangsa maju tapi tempat spesifiknya x tau........tapi jumpa juga kan???akhirnya dapat gak merasa burger femes ni....pas ni nak rasa burger mana pulak ye????
Monday, April 23, 2012
Mana Motel yang OK dekat pantai Chenang Langkawi
Nak tanya la.....motel mana yang best ye kat pantai chenang?nak yang ok tapi murah..... huhuhu.....x sabar nak g langkawi....yela....dulu2 pegi masa kecik mana tau apa...... pas gi langkawi, nak survey hotel kat kuching pulak...... duit2....2 bulan ni duit byk abis g berjalan je.....x pelah tahun ni honeymoon je puas2.....sambil celebrate wedding anniversary yg ke 5............sekejapan je rasanya.......tapi yang sedihnya dah nak 5 tahun kami masih berdua lagi........ok2, x nak pikir2 lagi pasal tu.....nanti buat hilang mood!!!
Thursday, April 5, 2012
Dapat beli Tiket Murah ke Langkawi
Saya dah booking tiket AirAsia ke Langkawi....saya rasa tiket paling murah saya dapat beli...........jumaat lepas 3oMac ada promo dari kul 11pagi-4petang je....ehehe...RM21 seorang untuk sehala ke Langkawi.....x sabarnya nak 5th years honeymoon...
AK5328KUL-LGK
XXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXX
Total Fare Price : 42.00 MYR
Total Fees : 0.00 MYR
Total Amount : 42.00 MYR
Friday, March 16, 2012
Nak Cuba Ke tak ni??
Sekarang ni saya stop kejap treatment infertility....entahlah, bukan fed up...tapi tiba-tiba rasa malas nak ulang alik hospital.....nak kata rasa "down" sebab dah makan clomid banyak kali tapi x "jadi2", maybe bukan tu sebab utama....susahlah nak cakap....
haritu ada tengok Wanita Hari Ini.....ada produk dari Ambar Kenanga...set hamil untuk suami isteri makan untuk 2 bulan, macma nak try......orang kata x cuba x tau.....sepatutnya memang kena mencuba selagi boleh.....walaupun tahun ni masuk tahun ke 5........ :'(
SET HAMIL SUAMI ISTERI membantu pasangan suami isteri yang berkahwin untuk memiliki cahayamata atau zuriat termasuk pasangan yang telah mempunyai anak namun sukar untuk menambah cahaya mata seterusnya dan atau pasangan yang mengalami keguguran lebih setahun.
Ramai pasangan suami isteri yang gagal untuk mendapat zuriat sering menyalahkan pasangan masing-masing. Jangan mudah putus asa kemungkinan yang dicuba tidak sesuai untuk anda dan pasangan. JADI APAKAH PENYELESAIANNYA? Cuba SET HAMIL SUAMI ISTERI AK kerana ia sesungguhnya lain daripada produk-produk yang berada dipasaran SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berasaskan rempah ratus Arab atau Timur Tengah. Amalkan SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berterusan dan sentiasa berdoa serta bermohon kepada Tuhan agar dikurniakan cahayamata. Setiap doa hendaklah disusuli dengan USAHA dan KESABARAN. Ikuti penjelasan kami :-
SET HAMIL SUAMI ISTERI?
SET HAMIL SUAMI ISTERI AK adalah pemakanan lengkap selama 2 bulan atau 60 hari untuk pasangan suami dan isteri yang ingin hamil atau menambah anak termasuk pasangan yang isteri keguguran lebih setahun dan ingin hamil. Terdapat produk untuk isteri dan juga untuk suami dan penyapuan luaran. SET HAMIL SUAMI ISTERI AK hendaklah diambil oleh isteri dan juga suami untuk kesan optima memudahkan mendapatkan zuriat walaupun salah seorang pasangan tiada sebarang masalah tanpa mengira saiz badan.
APAKAH PANTANG-LARANG SEMASA MENGAMALKAN SHSI?
1. Hendaklah minum Air Masak Kosong 2 – 3 liter sehari. Hindari minuman yang berkafein seperti teh dan kopi serta minuman bergas atau
berkarbonat. Elakkan minum minuman masam dan berasid seperti jus mangga, jus oren, jus asam jawa dan sebarang minuman yang tajam.
2. Elak makan buah-buahan yang berasid seperti Mangga, Limau, Nenas dan Oren dll.
3. Elakkan makan makanan bercuka, berjeruk dan tapai.
BOLEH CAMPURADUK DENGAN PRODUK LAIN?
Pracampuran produk hanya dibenarkan untuk ubatan hospital atau vitamin sahaja. Tidak dibenarkan campuran produk-produk berasaskan herba kerana lebihan pengambilan produk berasaskan herba akan menyebabkan keracunan. Untuk ubatan hospital atau vitamin jarakkan masa pemakanan selama Tiga (3) jam sebelum atau selepas makan ubatan.
BOLEHKAH MAKAN SEMASA ISTERI KEDATANGAN HAID?
Isteri hendaklah terus mengambil AK WANITA dan AK TIMOYAN walaupun kedatangan haid. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan darah-darah kotor dari rahim. Semasa kedatangan haid rahim atau urat saraf sedang kembang dengan mengambil produk tersebut membantu membersihkan kotoran didalam rahim. Memandangkan produk kami berasaskan rempah ratus bukan herba jadi tiada masalah mengambilnya semasa haid.
APAKAH TINDAKBALAS DARIPADA PENGAMBILAN SHSI?
1. PENING – Pasangan kurang minum air masak dan hendaklah minum air 2-3 liter sehari sebab proses pembersihan dan pembaikan
memerlukan air putih yang lebih. Sapu MINYAK AMBAR KENANGA pada bahagian yang sakit.
2. PERJALANAN DARAH HAID TIDAK MENENTU – Teruskan pemakanan SHSI kerana proses pembersihan dan pembaikkan sedang
dijalankan.
MASALAH FIBROID DAN CYST?
Sekiranya isteri ada masalah fibroid atau cyst, selain mengikuti pantang larang semasa mengamalkan SHSI hendaklah :
1. Isteri hendaklah hentikan pemakanan daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan juga bahagian dalaman daging tersebut. Tapi boleh
makan Ayam, Ikan dan Makanan Laut.
2. Hentikan pemakanan sebarang bentuk kekacang dan produk berasaskan kacang seperti kacang soya, kacang tanah, tempe, tauhu dan
sebagainya. Insyaallah mampu membantu masalah fibroid dan cyrst. Apa-apapun dapatkan nasihat Doktor Pakar
.BERAPA LAMA HARUS AMBIL SHSI & NAMPAK HASILNYA?
Setiap individu adalah berbeza bergantung kepada masalah dalaman. Ada yang mengambil Satu (1) Set sudah berjaya hamil dan ada juga yang mengambil Empat (4) set baru berjaya. Yang penting jangan stress, ini akan menyukarkan kehamilan. Jadi perlu ada kesabaran dan keyakinan semasa mengamalkan SHSI. Insyaallah sekiranya serasi dengan anda dan doa diperkenankan oleh Tuhan ANDA PASTI HAMIL!!
***(masukkan doa suami atau isteri yang ingin menimang cahaya mata)
APAKAH HARUS DILAKUKAN APABILA DISAHKAN HAMIL?
1. Bila isteri disahkan hamil selain daripada pemakaian MINYAK AMBAR KENANGA dan suami AK LASAK berterusan. Pasangan suami
isteri dinasihati berjumpa dengan Doktor Pakar Bidan untuk membuat pemeriksaan keatas kesihatan Ibu, rahim dan janin.
2. Hendaklah mengambil dan memakan sebarang vitamin seperti asid folic, obumin atau sebagainya yang diberi oleh Doktor Pakar untuk
kebaikan isteri dan janin berterusan. Jangan mengelakkan pemakanan vitamin tersebut untuk kebaikan bersama.
3. Dalam tempoh 5 bulan atau sehingga janin dan rahim sudah stabil dinasihati, jangan mengangkat benda-benda berat, buat kerja keras atau
banyak berjalan atau berjalan jauh. Nasihat kami elakkan atau tangguh dahulu sehingga kandungan anda sudah besar. Ini adalah untuk
mengelakkan keguguran sebab rahim masih belum kuat lagi.
BILAKAH PERLU BERHENTI AMALKAN SHSI?
ISTERI - Apabila tidak datang haid atau lewat daripada masa yang ditentukan. Hentikan makan AK WANITA & TIMOYAN serta merta. Tapi teruskan penyapuan MINYAK AMBAR KENANGA pada perut, pinggang, kaki dan bahagian yang sakit untuk mengeluarkan angin badan dan menguatkan rahim.
SUAMI - Walaupun isteri telah hamil suami hendaklah meneruskan pemakanan AK LASAK berterusan agar apabila mengadakan hubungan kelamin maka sperma suami masih sihat dan aktif.
Monday, March 12, 2012
Xde Mood Nak Berblog.....Sekian
Entahlah bila nak sampai mood untuk update blog.....malas je rasanya....
Wednesday, January 25, 2012
Sambal Tempoyak Petai cuba sekali...nak lagi...lagi.......lagi.......
Saya baru cuba makan tempoyak petai dengan ikan bilis....selama ni duduk Muar masa dengan family mak x pernah buat masakan tempoyak ke apa....saya banyak belajar makan yg x pernah mak masak bila dah kerja dan bercampur dengan orang negeri lain....kalau dulu mak x pernah masak ikan keli sebab mak x makan ikan keli, jadi dulu2 x pernah makan....so bila dulu dah duduk rumah sewa(zaman bujang), tengok member makan macam sedap je....bila saya makan memang sedap pun....samalah dengan situasi makan tempoyak....bila cuba sekali sedap....pastu nak lagi n lagiiiiii.........so tadi google resepi nak buat sambal tempoyak petai.....petang ni bali keje nak buat lah.....
bahan-bahan
3 papan petai dibelah dua.
3 sudu besar tempoyak.
9 biji cili api.
1/2 biji bawang besar.
1 genggam ikan bilis goreng.
3 sudu besar minyak.
1/2 cawan air
3 papan petai dibelah dua.
3 sudu besar tempoyak.
9 biji cili api.
1/2 biji bawang besar.
1 genggam ikan bilis goreng.
3 sudu besar minyak.
1/2 cawan air
cara-caranya:
tumbuk cili api dan bawang besar sampai lumat,masukan minyak 3 sudu besar biarkan minyak panas.Baru masukan bahan yg ditumbuk dan tempoyak,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,petai,garam,aji,gula secukup rasa.(kalau tempoyak kurang masam tambahkan dgn asam keping) kacau sebentar.akhir sekali masukan ikan bilis,gaulkan dan boleh tutupkan api.
ambik resepi dari sini :-)
Wednesday, January 11, 2012
Monday, January 9, 2012
Thursday, January 5, 2012
Siapa Juara Masterchef Malaysia
Saya kadang-kadang je layan masterchef ni....tapi bila dah nak final ni sibuk juga nak tau sapa yang berjaya ke final......x sangka gak sorang doktor gigi dan sorang lagi pekebun berjaya ke final.....mesti sedap dorang masak ni....hehehe
agak-agaknya sapa yang menang ye???
atau
* apa-apa pun saya tetap #Masterchef# kat rumah :-)
Wednesday, January 4, 2012
Tanda-tanda kehamilan
1. Payudara membengkak, terasa sakit
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.
2. Keletihan
Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.
Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.
3. Berlaku pendarahan
Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.
Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.
4. Loya atau muntah
Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.
5. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
6. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
7. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
8. Tidak datang haid
Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.
9. Suhu badan meningkat
Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.
10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)