KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 24, 2015

Fadhilat Tarawih

saidina Ali r.a meriwayatkan sebiah hadis daripada Rasulullah SAW, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan malam 1 diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan malam 2 diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya malam 3 para malaikat di bawah arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih agar teruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allag mengampunkan dosa-dosa mereka malam 4 Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran. malam 5 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. malam 6 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. malam 7 Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman. malam 8 Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. malam 9 Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. malam 10 Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat. malam 11 a meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. malam 12 la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. malam 13 la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. malam 14 Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. malam 15 Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. malam 16 Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. malam 17 Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. malam 18 Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). malam 19 Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus. malam 20 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. malam 21 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. malam 22 akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. Malam 23 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. Malam 24 Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. Malam 25 Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. Malam 26 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. \ Malam 27 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. Malam 28 Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. Malam 29 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. Malam 30 Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

lamanya menyepi

Assalamualaikum..rasarindu nak baut entri dkt blog yang x seberapa ni.. Alhamdulillah hari ini sudah seminggu ramadhan.. sekejap aje masa berlalu..lagi 3 kita nak menyambut hari raya..InsyaAllah