Peristiwa
Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27
Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat
Islam. Tarikh ini bersamaan
622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum
Hijrah dari
Makkah ke
Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai
Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya
Abu Talib dan isterinya
Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya
Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk
Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam
surah Al-Israa’ ayat 1 (
Al-Quran:17:1).
Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke
Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari
Masjidil Haram ke
Masjid Al-Aqsa di
Baitulmuqaddis di
Israel /
Palestin kini. Arah
kiblat
umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini,
semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di
Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di
Madinah,
Madyan dan
Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah
Nabi Adam,
Nabi Musa dan
Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman
susu atau
arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke
Sidratul Muntaha dan bertemu dengan
Allah di
Arasy. Di
Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya
Nabi Ibrahim
bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga
'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda
pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan
ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan
Nabi Ibrahim,
Nabi Musa dan
Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam
takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau
kufur. Ia sebuah mukjizat dari
Allah S.W.T bagi
Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh
rasul dan
nabi sebelumnya. Hanya
Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh
Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan
Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku
'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),
Nabi Muhammad didampingi Malaikat
Jibril dan
Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut '
Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam
takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
*sumber wikipedia