KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 22, 2011

Syabas Malaysia

Utusan Malaysia Online - Sukan


Chelsea tabik Malaysia


Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim melakukan percubaan ke arah pintu gol Chelsea sambil dihalang John Obi Mikel (tengah) dan Frank Lampard pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.
Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.
Malaysia menolak peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi A. Thamil Arasu, namun dia gopoh apabila hanya berhadapan penjaga gol Chelsea, Peter Cech dan langsung tidak dicabar oleh pertahanan Chelsea, tetapi dia percubaannya jauh tersasar.
Tidak banyak harapan diberikan kepada skuad Pilihan Malaysia yang menggunakan 13 tonggak Harimau Muda di samping dibantu 9 pemain senior, namun persembahan mereka terbaik jika dibandingkan dengan dua keputusan sebelum ini ketika skuad Harimau Malaya kalah 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool.
Seperti mana yang dijanjikan jurulatih Ong Kim Swee, dia menurunkan semua pemain senior pada permulaan perlawanan dengan hanya dua pemain skuad Olimpik, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi mengisi kesebelasan utama.
Sementara Chelsea tidak menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Peter Cech, Didier Drogba, Ashley Cole, John Obi Mikel dan John Terry sebaliknya memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Ryan Bertrand dan Joshua McEachran pada babak awal perlawanan.
Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.
"Malahan pada babak kedua, apabila saya menurunkan sebahagian besar pemain muda, permainan lebih tersusun malahan kita hampir menyamakan kedudukan.
"Ia merupakan satu persembahan baik daripada skuad negara malam ini sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik," katanya.


Thursday, July 21, 2011

Dapat Sijil Kepujian pulak

Alhamdulillah, tahun 2009 dah dapat APC, tahun 2010 dapat Sijil Kepujian kerana menunjukkan prestasi cemerlang.....huhuhu...cemerlang ke??rasanya bru start tahun ni la ada keluarkan siji macam ni...tahun2 sebelum ni x perasan pulak...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 10, 2011

Masakan minggu ini

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Masak2 minggu ini

Weekend ni bersemangat nak masak sebab kata dok rumah saje kan sbb ada BERSIH...memang menyusahkan orang betul kan....roadblock sana sini...

So, x kluar rumah kita masak2...makan, tgk tv n tido aje....hahaha...lps tu bdn makin kembang sendiri mau ingatlah.....tp x best la...dok rumah sorang je sebab hubby keje.....nasib baik tpt keje dekat dgn rumah lunch hour balik makan, n then dia masuk keje balik......tapi bini dia lagi syok lepas makan tido....baik punyerr bini......


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 9, 2011

Jalan Ditutup pada 9 Julai 2011

Road Closure on Saturday:
· Lebuh Ampang
· KLCC
· Bank Negara
· Dataran Merdeka
· Sogo
· Chow Kit
· Menara Sultan Ismail
· Masjid Negara
· Jalan Raja Chulan
· Jalan Ipoh
· Sentul
· Jalan Tuanku Abdul Rahman
· Jalan P.Ramlee
· Jalan Bandar
· Subang Jaya ( Near Segi )
· Sunway Pyramid and Subang Parade
· The Federal Highway
· LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
· The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan
· Putrajaya to KL
· Towards Kajang toll from Bangi,
· Jalan Enggang towards AU2 and AU3,
· From Damansara toward Penchala,
· After Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang,
· Damansara toll to Kayu Ara,
· Subang airport road,
· Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan, Klang,
· Front of Monash University, towards Cyberjaya,
· Jalan Kampung Pandan into KL




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone