KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Lama tak makan Tomyam

Harini lunch bihun tomyam kat sogo..lama betul tak makan tomyam..kalau tomyam buat sendiri boleh igt brapa kali je masak tomyam..entahlah berbanding tomyam saya lebih suke sup biasa je..korang suka makan tomyam??

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 26, 2011

PENYAKIT TIBI


APAKAH PENYAKIT TIBI?

* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.

* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.

* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.


Organ serangan

BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?

* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.

* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.

* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.


TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI

*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu

*Kahak berdarah

*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

*Hilang selera makan

*Susut berat badan

*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk

*Mudah Ietih.

BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI

*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-

*Pemeriksaan doktor

*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi

*Pemeriksaan X-ray dada.



Pemeriksaan doktor

RAWATAN PENYAKIT TIBI

*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-

*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari

*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir

*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu

*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan

*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna

*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.

*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

*Mendapatkan rehat yang cukup.

*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit


KEMUDAHAN KESIHATAN

*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara

percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.



Kemudahan Kesihatan

FAKTA PENTING

*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.

*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan

*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.

*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.



Tidak berjangkit melalui makanan






Doakan semuanya selamat...INSYAALLAH

Rasa sedih bila dengar abah yang baru je nak sihat selepas jatuh bilik air aritu disuspek kena penyakit tibi pulak..mungkin ini dugaan dari ALLAH S.W.T

Mulai minggu lepas abah setiap hari kena pergi hospital dgn mak sebab kena makan ubat dekat sana selama 2 bulan..mak kata abah baru dijangkit..kalau tidak mesti dah kena tahan wad..nasib baik abah sihat nak drive kereta ke hospital hari2..klu x susah juga abah nk ke hospital sbb anak2 semua jauh2..ubat tibi mmg x blh mkn dkt rumah ke?kesian abah

Doakanlah semoga abah saya cepat sembuh..Insyallah..Amen



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 24, 2011

Makan-Makan kat William Corner Kelana Jaya

Air soda herbs..first time cuba..selalu minum ribena longan je ;)


Mesti ramai yang dah pernah makan kat William kan? Walaupun kita tau macamana keadaan kedai dia tu dan harganya tetap jugak nak makan sana..macam saya ni jenis x memilih tempat sgt..yg penting x kotor sangat dan makanan best saya 'on' je..

Dah lama tau x makan kat William ni sebenarnya..sampai sana jadi blur x tau nak order apa..haha..tgk2 kat meja org lain makan apa semua macam best je..last2 order air soda herbs, nasi goreng ketam dan seafood resotto(betul ke x ejaan)hehe




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumpa Putri dan Awish

Hari ni pegi precint 15 sbb nak jumpa anak sedara putri ngan awish..dah lama x jumpa dorang..hubby baru ni ada masa nak berjalan2 hari minggu..slalu tiap2 minggu je kena keje..so minggu ni dpt lepaskan rindu kat diorang..comel sangat..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Testing



Baru nak cuba update blog guna bb ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone