KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2009

Hai..lama x Update.


Salam..
Selamat Pagi..hari ni saya cuti lagi..sebelum tu..nak ucapkan Selamat Hari Raya Adiladha..sebelum ni x sempat nak ucap..bizi sangat..x sempat nak update..rindulah plak..

Hari Raya Aidiladha haritu saya sambut di Segamat rumah Paklang suami saya..Keluarga suami saya memang sengaja nak sambut Hari Raya Aidiladha dekat rumah Paklang sbb Paklang kesunyian..isteri dan sorang anaknya dah pulang ke Rahmatullah..jadi rumahnya sunyi sbb Paklang tgl sorang melainkan anak angkat perempuan dia balik menjenguk dia..nampak Paklang happy sbb ramai yang datang..tapi petang raya tu..Paklang dimasukkan ke wad sbb semput paklang makin teruk..x silap saya sampai hari ni Paklang x keluar wad lagi..maka kitorang duduk rumah paklang tanpa tuan rumahlah..selepas pulang dari segamat.kami singgah di rumah family saya pulak...tidur semalam..mak dan abah saya tgl berdua aje..adik beradik saya yg blk raya aritu dah blk rumah masing2...lepas balik dr muar..kami ke seremban pulak...so...malam tadi barulah saya sampai ke rumah....penat tapi seronok pulak bila jalan beramai-ramai mcm ni...






Tuesday, November 24, 2009

TODAY IS MY 29th BIRTHDAY










Ucapan ini khas untuk diri sendiri...
Selamat Hari Lahir yang ke 29...(dah semakin tua dah saya)
Semoga Panjang Umur dan Di murahkan Rezeki...dan
Semoga hidup saya diberkati ALLAH S.W.T..AMIN....







Monday, November 23, 2009

Bantal Busuk Qila

Petang semalam saya jalan2 kat Billion Kompleks PKNS Bangi dengan adik ipar..saya terjumpa bantal peluk cute wane pink..teringat pulak kat bantal busuk wane oren qila yang dah koyak tu..saya suka tengok dia main2 dengan bantal busuk dia tu..bila qila nak tido mesti dia nak bantal tu..so..saya rasa nak gantikan bantal busuk dia dengan yang baru..wane pink lagi..ala murah je..tu yang tgk terus saya bli..x taulah kalau qila xnak bantal baru..mungkin dia serasi dengan bantal busuk dia yang lama..


tengoklah gambar qila dalam buaian ni..qila peluk bantal busuk dia..nampak x bantal yang dah koyak tu..cian dia..tapi bantal ni juga yang dia suka..siap gigit2 lagi..

 
Inilah bantal peluk baru untuk qila...harap2 qila suka bantal yang makcik ina bagi ni yek..cayang qila...






Friday, November 20, 2009

Suatu Penantian


Dah hari jumaat...esok x keje..esok cuti....yeah..bagi budak-budak sekolah lagi best...arini last day sekolah..esok dah start cuti akhir tahun..teringat pulak zaman sekolah dolu2.....esok cuti nak pi mana yek minggu ni...ingat nak berjalan jek saya ni..minggu depan pulak dah Hari Raya Aidiladha..memang dah tau lah nak pi mana...balik kampung la kan..seronoknya..
K...arini saja nak letak muka saya yang tengah keboringan menanti kepulangan en.hubby untuk ambik saya balik keje..


malu sebenarnya nak letak gambar yang boleh menampakkan 'ketembaman' saya ni..ahaks..


 dah cukup2lah tengok gambar saya ni..(ait..x malu xde sapa pun yang suruh awak letak gambar tau.)..

Bye..See U Next Week..
Happy Holiday..






Wednesday, November 18, 2009

XDE MOOD



Harap Maaf..sekarang ni saya xde mood untuk meletak entry apa2...
saya asyik pening kepala je..semenjak dua menjak ni..darah tinggi makin naik ke atau sebab saya x pakai cermin mata..mata ni pulak makin dah x nampak..tu lah...gatal sangat rabun..tapi xnak pakai cermin mata..bukan x buat tapi buat cermin mata..tapi rasa macam x sesuai ngan muka..ada pulak macam tu ek..nak pakai contact lens x reti pulak..




Wednesday, November 11, 2009

PERINGATAN

Jangan Ambil Panadol/Actifast (terutama mereka yang ada gastrik)

Untuk Pengetahuan...

Ada doktor memberitahu, apabilamengalami sakit kepala mereka sendiri tidak sanggup mengambil panadol atau paracetamol.sebaliknya mereka akan mencari ubatan herba cina atau alternatif lain. ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini berumur 30 an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang(dialisis) setiap bulan.



Alternative Treatment(Tips)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil panadol atau paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yamg "biasa" ini ke dalam mulut anda.


* artikel diambil daripada email.






Kepada Wanita bergelar Isteri


Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

 
Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah




Tuesday, November 10, 2009

N3 saje-saje..




+++++++++++++++++++++++++++

xde idea nak letak n3 apa..juz want to share my pic.....daa..



Monday, November 9, 2009

Model Buah Mangga




Gambar kat atas ni  hubby ngan ikah(anak buah) dah macam model buah mangga pulak...bila dapat petik buah mangga ramai pulak yang nak tangkap gambar...dorang ni mmg suka makan buah mangga...








Saturday, November 7, 2009

Bosannya....bila TV rosak



Hari ini Sabtu...apa nak buat????...bila...

Bosannya saya..dah 2 hari tv saya rosak..nak tengok cerita yang saya suka tengok pun x boleh...ada dengar suara je..gambar xde..mmg ada plan pun nak tukar TV baru...tapi belum sempat kumpul duit..TV ni dah rosak dulu...macam2lah...sume nak duit..nak kena beli tv baru pulak..nak beli baru pun mesti lcd ....sekarang ni musim orang pakai tv lcd ngan plasma jek...aduih..dahlah orang gomen xde bonus..ada balance rm250 je lagi govt nak bagi..mana cukup nak bli tv ni ek...bosannya..susah juga hidup xde tv..xde entertainment...macam orang bodoh je..


Friday, November 6, 2009

Salah Satu Hobi

 

 

Saya memang suka tgk bunga...sebab tu saya gubah bunga ni...menggubah bunga ni pun salah satu drpd hobi saya....sebab bila saya dok ofis,saya tgk ofis saya macam xde seri je... saya pun bawaklah bunga daripada rumah and gubah kat ofis..time freelah..kalo x free x sempat..maka terhasil ler gubahan seperti ini ....okay x?


Rahsia Tadbir Perkahwinan Khas untuk Suami

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,tidaklah setaqwa Aisyah,pun tidaklah setabah Fatimah..

~ Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
~Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
~Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
~Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
~Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
~Isteri adalah murid kamu mursyidnya
~Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
~Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
~Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
~Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
~Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
~Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
~Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. AMIN






Thursday, November 5, 2009

Kesian Dia...


banyak lagi barang2 yang belum dikemas dan disusun


Pandangan dari depan


entah cari apalah tu..


apa ambik gambar ni?..



dah jumpa dah apa yang dicari..

2 hari lepas saya teman hubby saya ke ofis baru dia di bdr sri permaisuri..sebelum ni ofis dia di jln lingkaran syed putra dkt2 ngan mid valley tu..itupun pegi sebab nak ambik barang yang tertinggal kat ofis dia..lepas dia ambik saya kat ofis terus patah balik ke ofis dia plak dahlah hujan... jem plak tu....baru saya tau kenapa hubby saya slalu balik lambat je..rupa2nya banyak keje yang belum di settlekan..barang2 dari ofis lama pun banyak yang belum disusun lagi..x sempat lagi...x teratur lagi ofis tu nampaknya..padanlah dia mengadu penat..saya plak asyik nak membebel aje bila dia balik lambat... cian hubby saya..kena tahan ngan bebel saya..dah pergi ofis dia baru nampak sendiri...










ADIK BERADIK



gambar masa besday qila..




sharina,umi,faizal dan nurul




Kak Betty,sharina,kak faezah,umie,qila,kak zura,kak shida,kak kam dan nurul



* adik beradik saya ramai yek...

Selamat Pagi...

Hai...kejap je rasanya...dah hari khamis dah..tinggal 1 hari lagi nak keje.pastu cuti..
minggu ni nak pi mana yek?...




Wednesday, November 4, 2009

~BIRTHDAY WISHES TO MY HUBBY~



Birthday Wishes..

Hubby...
and hoping that you know..

You'll always mean the world to me..
because i love you so...
Happy Birthday..with my love always..







Tuesday, November 3, 2009

Esok Birthday En.Hubby

Birthday Comments

Personalize & Send This Birthday For Him Ecard
Click Here To Get This Photo-Comment Code

Hari jadi Qila di Muar



Hari Sabtu Lepas saya balik Muar sorang sbb en.hubby kena keje so saya naiklah bas ekspress sehingga sampai ke Muar..dah slalu dah saya balik sorang yang penting en.hubby izinkan saya balik kampung...

Ni semua gara-gara nak sambut besday Qila hari ahad. Qila dah pun setahun pada hari khamis lepas 30.10.2009..yelah excited sbb Qila x pernah sambut besday lagi..baru first time..Balik sabtu tu..sampai muar lbh kurang pukul 1.30 ptg..umie dah ada kat rumah..Qila plak tdo dalam buaian lagi.. mak tgh masak agar2 gula melaka..dadih pun dah siap n karipap pun sama cuma tinggal utk digoreng je esoknya.

Saya pulak mak suruh packing kuih bahulu untuk ditambah dalam goodies bag utk budak2 yg datang esok..Dalam goodies bag tu dah ada 1palstik yg dah ada sumi n gula2, 1 kotak dendang dan 1 plastik yg dalamnya ada pensil,pembaris,gam,sharpener n eraser...ni mak suh tambah kuih bahulu plak dlm tu sbb mak dah beli bahulu tu dkt econsave..

Esoknya..Hari Ahad 1.11.2009..pukul 12.30 jemputan semua dah tiba..bkn org lain pun..adik bradik dan jiran2 je..seronok jugalah ramai yg datang..mak masak tghari lauk asam pedas ikan tenggiri, udang masak lemak dengan kobis,ayam goreng berempah,sambal belacan, ikan kering dan ulam2..sedapnya..untuk budak2 pulak mak masak bihun goreng... seronok sebab dah lama x buat majlis hari jadi jemput org ramai..sebab semua dah besar panjang..kalau sambut besday tu setakat beli kek je..

Oh..lupa plak nak bgtau..kali ni saya balik Qila dah pandai jalan..kalakar tgk dia jalan..comel sangat..mana org pegi dia ikut sampai org masuk dlm bilik air pun dia ketuk2...sekarang ni Qila dah pandai cakap 'abah'..semua orang dia panggil abah..hehe.. i'm gonna miss u Qila...muah..