KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 19, 2009

AWAL MUHARAM


Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh
 [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
   Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
   Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
 Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
 dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
 dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
 Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
 SAW. dan mengenyangkan perut mereka
.


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.








Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun


 Doa Akhir Tahun

Doa dibaca 3 kali pada akhir waktu solat Asar atau sebelum waktu solat Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah





Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas solat maghrib pada malam 1 Muharam. Bagi sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan memeliharanya daripada fitnah Syaitan"






Giveaway Lady In Red



Giveaway Lady In Red

Wah..ini contest ke-2 saya masuk..rasa teruja pulak nak masuk contest ni..sebab ia melibatkan RED colour..
RED colour ni memang wane kegemaran saya sebab tu masa kawin dulu pun saya pilih wane merah untuk baju bersanding..bukan tu aje...cincin kawin pun 'berbatu' merah lagi tau..
itulah sebabnya teruja sangat-sangat nak join contest nih...

Okay pihak penganjur, saya dengan rela hati memilih gambar dibawah nie..Ini adalah gambar kenangan yang terindah dalam hidup saya..Salah satu gambar di hari persandingan saya..banyak lagi gambar tapi saya pilih yang ini jugak..hehe

 
 We LOve RED

So...Bagi sesiapa yang nak hadiah dari UK,bolehlah join giveaway ni..Giveaway ni sebenarnya dianjurkan oleh Bro kepada Penganjur iaitu http://firahadifa.blogspot.com kalau nak tau lebih lanjut, boleh melawat blog penganjur ni yek..Bro kepada penganjur ni akan bernikah new year nanti..

So,bersempena dengan wedding mereka x lama lagi..mereka bermurah hati nak anjurkan giveway nie,caranya upload gambar pakai baju merah!..yes..this is what i like..hehe..x kisah la baju apa pun,t-shirt,baju kurung,jubah or baju kawen..janji merah..

kenapa merah??..coz tema wedding is RED..!

Syarat2..
1. Buat entry bertajuk Lady in Red Giveaway  -  DONE
2. Buat Entry Lady in Red Giveaway nie and upload gamba yang nak dipertandingkan..cuma 1 gambar aje
taw..  -  DONE
3.  Be my follower. nie wajib, senang kalau ade ape2 update..and jgn lupa add dlm blog list and  -  DONE
4. Letakkan banner kat entry ngan sidebar beserta linknya skali  -  DONE
5.  Jangan lupa mention about this contest in your entry with links back to this entry  -  DONE

Pemenang akan dipilih oleh pengantin sendiri..berdasarkan 3 kategori
1. kategori paling mnyerlah
2. kategori paling sweet
3. Kategori paling menarik

lagi ramai join hadiah saguhati mungkin akan dipertimbangkan.. 

Closing Date: 9  January 2010





Kacau Bangat

Dapat gambar ni daripada email..x tahulah nak cakap orang yang jemur 'underwear' diorang ni..agakanya xde perasaan malu ke..kalau sayalah malulah nak jemur kat luar rumah n my hubby pun mesti marah macam nak tayang2 jek..eeee...malunya....apalah agaknya perasaan jiran sebelah ek..








Salam Maal Hijrah














Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

'Midnight Fantasy Britney Spears Giveaway'



I  LoVe   'PERFUMES'




Actually saya memang suka perfume ni..salah satu hobi pun suka kumpul botol perfume yang cantik2...
kalau dulu masa zaman x bekerja lagi slalulah saya inform dekat akak saya(kak kam)kalau ada botol perfume yang cantik2 bagi kat saya..sebab dah tau dah kalau minta perfume mesti x dapat punyer..sebab mesti akak saya sayang nak bagi kat saya..sekarang ni dah kerja bolehlah beli sendiri perfume mana yang saya suker..
So..bila belleshoppingboutique(BSB) buat giveaway ni..mesti lar saya nak try!!!..
Kot2 bernasib baik ker..saya belum ada lagi perfume Britney Spears ni, botolnya pun cantik..boleh buat collection nih (itupun kalau bertuah..hehe)...kalau Perfume Paris Hilton tu dah ada lar..



Anyway..giveaway ini di organize oleh
belleshoppingboutique (BSB)
sempena opening kedai onlinenya pada 10th Dec 2009
pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org yer...

jom join this contest..manalah tau bertuah dapatlah perfume
' Midnight Fantasy Britney Spears' nih..
owh..di belleshoppingboutique ni pun ada bermacam-macam pilihan ODP (One Drop Perfume)
sesapa yang suker ODP boleh lar order di belleshoppingboutique ok..





*first time join contest nih..

Sunday, December 13, 2009

Resipi untuk Dicuba oleh saya

Salam...saya dah lama x post resipi kat sinikan??...sibuk dgn benda2 lain....tetiba je meng'google' resipi terjumpa lak resipi ni..saya pernah buat masakan ni....tapi yang ni nampak cam lain sikit ar..boleh cuba nih.


Ayam Masak Kerutup




Bahan-Bahan

60 ml minyak masak
1 bungkus kecil rempah kerutuk (dibancuh bersama 125 ml air)
1 sudu teh serbuk kunyit
½ ekor ayam (dipotong mengikut ukuran dikehendaki)
3 hiris santan sederhana pekat
Sedikit garam dan gula
1 keping asam gelugur
3 biji cili hijau
3 sudu besar kerisik

Bahan - bahan dihiris :

Bahan-bahan hiris:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia



Cara - cara :

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

2. Tumis bahan dihiris hingga ia terbit bau. Masukkan bancuhan rempah kerutuk bersama serbuk kunyit.

3. Biar hingga terbit minyak dan rempah garing sambil dikacau selalu.

4. Masukkan ayam bersama lengkuas.

5. Kacau hingga ayam sebati dengan rempah.

6. Masukkan santan sederhana pekat bersama garam, gula dan asam gelugur. Kacau ia sebentar.

7. Biar hingga agak mendidih dan kuah agak pekat.

8. Masukkan cili hijau bersama kerisik. Kacau hingga ia sebati.

9. Biar ayam empuk dan angkat.





Sumber : mesra.net