KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 19, 2009

AWAL MUHARAM


Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh
 [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
   Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
   Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
 Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
 dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
 dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
 Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
 SAW. dan mengenyangkan perut mereka
.


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.








No comments: