KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

ANAK SAUDARA YANG KUSAYANGI



Hai..
Hari ni kita layan gambar 2 orang anak saudara perempuan saya yang bernama Putri dan Aqilah
2 orang nilah pengubat hati saya...tgk keletah dan ragam diorang..sejuk hati saya..
maklumlah..saya belum dikurniakan anak lagi.
lambat atau cepat tu semua ketentuan ALLAH S.W.T
Doakanlah saya semoga saya mendapat zuriat secepat mungkin yek..AMIN





PUTRI AMALIA BATRISYIA



muka putri nak tido ...



sebelum tido sempat lagi melaram dgn cermin mata hitam cekni dia...comel.


putri pakai baju kebaya merah...








NUR AQILAH DAMIA



 

 

 

 
 

 

 




Tuesday, October 20, 2009

Kereta Antik@Volkswagen





 

 



 

 







HOBI



Inilah hobi terbaru saya kumpul Fridge Magnet (FM)..
tapi sekarang saya dah buka semua FM tu..
sebab nampak semak bila byk2 pulak..
dan bila jalan je asyik terlanggar FM tu..ada yang pecah..
sayangnya..bila penat kumpul, FM pecah..
sekarang ni tgh fikir nak lekat kat mana plak..
nak lekat kat mana plak yek FM tu????





ADIK @UMIE with her Family




TUESDAY...




HAI....
Hari ni abis kes awal...esok pun xde kes..
bestnya..
nak update blog ni pun x tau nak ltk entry apa..
PC ni mcm something wrong sikit lar..
wat sakit ati jek..




Monday, October 19, 2009

TIPS MEMBELI BELAH KETIKA JUALAN MURAH

Ikuti panduan ini ketika membeli belah di musim jualan murah



~PERTIMBANGKAN WAKTU DAN KOS PERJALANAN~

Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasar raya terkenal. Malangnya pasar raya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda. Anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk kesana sepeerti petrol, tol, dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah masih berbaloi untuk anda mendapatkan barangan tersebut?



~BANDINGKAN HARGA~

Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barangan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barangan yang ditawarkan dengan harga diskaun.



~CARI MAKLUMAT~

Cari maklumat dalam beberapa laman web pasar raya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasar raya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.



~PERTIMBANGKAN TAWARAN YANG DIBERIKAN~

Misalnya 'buy one get one free" atau "free gift with purchase". Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda memebli barang yang lebih anda perlukan.