~PERTIMBANGKAN WAKTU DAN KOS PERJALANAN~
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasar raya terkenal. Malangnya pasar raya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda. Anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk kesana sepeerti petrol, tol, dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah masih berbaloi untuk anda mendapatkan barangan tersebut?
~BANDINGKAN HARGA~
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barangan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barangan yang ditawarkan dengan harga diskaun.
~CARI MAKLUMAT~
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasar raya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasar raya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
~PERTIMBANGKAN TAWARAN YANG DIBERIKAN~
Misalnya 'buy one get one free" atau "free gift with purchase". Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda memebli barang yang lebih anda perlukan.
No comments:
Post a Comment