KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 3, 2009

Hari jadi Qila di Muar



Hari Sabtu Lepas saya balik Muar sorang sbb en.hubby kena keje so saya naiklah bas ekspress sehingga sampai ke Muar..dah slalu dah saya balik sorang yang penting en.hubby izinkan saya balik kampung...

Ni semua gara-gara nak sambut besday Qila hari ahad. Qila dah pun setahun pada hari khamis lepas 30.10.2009..yelah excited sbb Qila x pernah sambut besday lagi..baru first time..Balik sabtu tu..sampai muar lbh kurang pukul 1.30 ptg..umie dah ada kat rumah..Qila plak tdo dalam buaian lagi.. mak tgh masak agar2 gula melaka..dadih pun dah siap n karipap pun sama cuma tinggal utk digoreng je esoknya.

Saya pulak mak suruh packing kuih bahulu untuk ditambah dalam goodies bag utk budak2 yg datang esok..Dalam goodies bag tu dah ada 1palstik yg dah ada sumi n gula2, 1 kotak dendang dan 1 plastik yg dalamnya ada pensil,pembaris,gam,sharpener n eraser...ni mak suh tambah kuih bahulu plak dlm tu sbb mak dah beli bahulu tu dkt econsave..

Esoknya..Hari Ahad 1.11.2009..pukul 12.30 jemputan semua dah tiba..bkn org lain pun..adik bradik dan jiran2 je..seronok jugalah ramai yg datang..mak masak tghari lauk asam pedas ikan tenggiri, udang masak lemak dengan kobis,ayam goreng berempah,sambal belacan, ikan kering dan ulam2..sedapnya..untuk budak2 pulak mak masak bihun goreng... seronok sebab dah lama x buat majlis hari jadi jemput org ramai..sebab semua dah besar panjang..kalau sambut besday tu setakat beli kek je..

Oh..lupa plak nak bgtau..kali ni saya balik Qila dah pandai jalan..kalakar tgk dia jalan..comel sangat..mana org pegi dia ikut sampai org masuk dlm bilik air pun dia ketuk2...sekarang ni Qila dah pandai cakap 'abah'..semua orang dia panggil abah..hehe.. i'm gonna miss u Qila...muah..







No comments: