KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 27, 2009

TIPS UNTUK HARI INI...

MEMBERSIHKAN BOTOL SUSU..

-Untuk memudahkan proses mencuci botol susu,masukkan beberapa butir beras ke dalam botol susu. Campurkan dengan sedikit air panas atau air sejuk. Goncangkan botol kuat2. hasilnya botol susu akan lebih bersih dan daki lama juga hilang..


ELAKKAN PERCIKAN MINYAK SEMASA MEMASAK..

- Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Setelah itu, barulah mula menggoreng. minyak tidak akan terpercik.



CEREK KELIHATAN BARU..

- Masukkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam cerek. Tuangkan sedikit air suam dan goncang kuat-kuat. Bilas dengan air. Hasilnya warna keperangan akan hilang sendiri



BLENDER SENTIASA TAJAM

- Kisar garam biasa di dalam blender selama beberapa ketika. Amalkan lankah ini setiap bulan. Hasilnya blender akan tajam


MENAJAMKAN GUNTING

- Guntingkan beberapa helai daun sirih satu persatu. Gunting yang tumpul akan tajam semula



No comments: