KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 17, 2009

TIPS BERGUNA UNTUK WANITA



~ ELAKKAN RAMBUT GUGUR~

Ambil segenggam daun bunga raya serta bunganya basuh sehingga bersih. Kemudian, ramas daun serta bunga raya tersebut sehingga mengeluarkan lendir dan perapkan bahan ini diatas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu dan hasilnya rambut akan kekal kuat serta hitam semula jadi.



~NAIKKAN SERI WAJAH~

Untuk menaikkan seri muka, boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari(kalau anda nak berkahwin). Khasiat yang terdapat pada kelopak mawar tersebut mampu menaikkan seri pada wajah.



~SEGARKAN MATA~

Bunga bakawali juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegar dan mencerahkan mata. Selepas subuh,ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Perahan air embun pada bunga bakawali yang disapukan pada mata akan menyegarkan matamu supaya tampak bersinar.




No comments: