Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali(Bahasa Hindi) merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipsi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krisnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai Deepavali.
Di Malaysia, Hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepasa upacara penyucian yang melambangkan permulaan baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada Pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam" hiasan bungaan halus yang dilakarkan diatas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan 'kolam ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi hiasan "kolam" dipintu masuk rumah mereka.
"kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
Sumber : Wikipedia Malaysia
No comments:
Post a Comment