KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 20, 2010

Cadangan Menu Berbuka Hari Ini


Semalam saya berbuka puasa di rumah kakak ipar di kajang...adik bradik ipar yang lain pun ada sama...best bila berbuka ramai2..masing2 tapau lauk kat PARAM..sebab last minute planned...akhirnya sampai juga kerumah akak ipar yang baru aje pindah kajang minggu lepas....sesat cari rumah dia..nasib baik lagi 10 minit nak berbuka sampai juga akhirnya...macam2 lauk ada..best..tapi paling best rasanya dah berbulan x makan sebab ada BUDU...wlupun saya orang johor tapi saya suka makan budu tau malah sblm kenal hubby lagi dah pandai makan dah...tapikan saya ni malas nak hidang BUDU kat rumah sendiri...tapi klu kat rumah orang@adik beradik ipar yang hidang budu mesti saya lagi bertambah selera... xtau napa kat rumah malas nak hidang budu..maybe sbb hubby pun x minta kot....so hari ni igt nak berbuka dengan lauk mcm ni la...makan nasi panas2...ikan goreng ngan budu+mangga muda dan petai mesti sedap!!!...

budu

ikan goreng

petai

gulai ikan

*pic from google image..tq





Thursday, August 19, 2010

Jangan Lupa Zakat Fitrah





Kadar fitrah ialah satu gantang beras bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri
Negeri.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri:

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis RM6.00
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.50
Johor RM5.00 / 7.50 *
Pahang RM7.00
Terengganu RM5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM5.20
Sabah RM6.80
Wilayah Persekutuan RM7.00

*Mengikut jenis beras

Waktu membayar zakat

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim





Wednesday, August 18, 2010

6 Ramadhan (BBQ& Steamboat)


Baru sempat nak update pasal menu berbuka masa 6 Ramadhan...kali ni lain daripada yang lain,x pernah bebuka mcm ni tau...nasi pun x masak :) actually me n hubby nak test gajet dapur yg kami baru beli tu,hehehe...berkobar2 balik keje pegi Giant nak beli bahan untuk BBQ & Steamboat tu...hubby terlebih excited ok, nak makannya kami je tapi mengalahkan 5 orang nak makan...hubby kata bahan2 x abis xpe...blh simpan dlm fridge,boleh berBBQ lagi esoknya...hurmmm...saya ikut aje :))

Bahan-bahan yang sempat dibeli untuk BBQ & Steamboat


lagi 10 minit nak bebuka puasa kami dah start masak-masak :)

saya buat steamboat tom yam

dah separuh masak...nyum..nyum..


*first time buat macam ni..hasilnya amat memuaskan!





Nak Siput Sedut


Hari Sabtu Ahad haritu balik kampung....2 hari makan berbuka ada lauk siput sedut....lauk ni memang feberet masa bulan puasa..tapi sebenarnya kalau bukan bulan puasa pun feberet gak..uolls suka  x??kalau dapat yg masak lemak cili api atau yg masak asam +keladi pun sodap!!!hehehe...memang cair lah kalau tengok lauk ni kat PARAM..mesti nak beli...hajat dihati nak cari lauk ni kat PARAM petang ni...minta2 ada...hurmmm...sedap!






*benci betul la tetiba aje x blh upload pic :(

Tuesday, August 17, 2010

Nak Berbuka ngan Air Cool Blog


Mesti ramai yang dah pernah minum air drpd Cool Blog kan?sedap kan?kan?....hurmm...minta2 petang ni hubby senang diajak ke Selayang Mall sbb saya nak beli CENDOL Cool Blog pastu letak jelly apple sedapnya.......mak ai...terliur tetiba pulak.... :-))

untuk mengetahui menu air dan stores cool blog ni sila layari http://www.coolblog.com.my








Tak Sabar Nak Dapat Biskut Raya


Dah 7 hari kita berpuasa...rasa sekejap je dah nak raya....uolls dah buat ke persiapan untuk raya??bagi saya semua dalam persiapan....biskut raya dah order n dgr2 dapat next week...ermm bestnya...tahun ni saya beraya dikelantan rumah mertua dahulu, pastu raya ketiga baru balik ke kampung saya di Muar....tahun ni ada rezeki lebih sikit, so saya pun ada beli banyak biskut raya untuk diberi kpd mak mertua n mak saya....actually, biskut raya mmg saya beli aje...x pernah buat pun sbb x reti la nak buat...nak cuba buat, tapi takut beli bahan2 dia mahal2 pastu x jadi....membazir pulak...x pelah bagi rezeki kat kawan2 yg jual biskut ni...lagipun sblm order biskut blh try...rasa sedap barulah order..kat bawah ni la antara pic yg digoogle mcm biskut yg saya order...



Biskut Snow Almond

Biskut Makmur

Tart Nenas

Biskut Almond London

Biskut Coklat Rice

<< x lupa juga order kek dan rempeyek>>

Kek Buah

Banji Roll

Rempeyek





Monday, August 16, 2010

New Gadget '4' my Kitchen


Dalam entri sblm ni saya citer kan yg my hubby suka sgt makan steamboat n grill...akhirnya.........dapat gak pan grill n steamboat drpd cornells ni....beli hari tu masa sesaje jenjalan kat Perfect Livin kat PWTC hari jumaat lepas...nak survey benda lain..last2 dapat ini ha...owh dpt ini x pyh tanya banyak2 ek nak beli...terus je hubby kata ok and bayar aje....x taulah kalau dah bli ni maybe hubby pikir x payah lah dia nak ajak pergi seoul garden atau flamming nak makan steamboat..buat kat rumah je......(macam rajin je bini dia ni nak buat bahan2 tu semua..huhuhu)

(pic digoogle...pic sebenar ada dlm hp tp lupa bawa usb)

Tapi kan tgh pikir2 ni bila nak masak/guna nak letak atas apa ek??dahlah meja makan tu dpd glass...blh ke letak atas tu??alamatnya kena masak kat bawahlah..ini yg buat nak bli meja jepun nih...hurmm...tadi  hubby call dia kata dia nak cari bahan2 utk grill n steamboat semua ptg ni..nak berbuka mkn mcm tu....sempat ke saya nak perap semua bahan2 ptg ni....layankan ajelah hubby saya ni....kang x ikut merajuk pulak...hehe..



Wednesday, August 11, 2010

Amalan Sunat ketika Berpuasa



1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim

“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.

Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Merperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”