KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Puas mencuba tapi masih jua belum hamil



Berkali-kali mencuba untuk hamil namun usaha itu masih tidak membuakhan hasil. Lama kelamaan, semangat juang semakin berkurangan malah perasaan bosan mulai menerjah. Apatah lagi, adik beradik mahupun saudara mara mulai bertanya mengenai cahaya mata. tekanan mahu hamil semakin dirasai. Bagaimana mahu mengurangkan tekanan anda itu? Cuba beberapa kaedah yang boleh mendatangkan sikap positif dalam diri ini.

Belajar Redha
~ Dalam sesetengah kes, keinginan pasangan yang terlalu mengharapkan kehadiran cahaya mata kerapa kali menemui kegagalan. Seandainya diteliti dengan mendalam, ternyata mereka sedang berhadapan dengan masalah tekanan. Apabila dilanda tekanan, tubuh isteri menghasilkan hormon-hormon stress yang menghalang ovulasi. Komposisi hormon LH(luteinizing hormone) dan FSH(follicle stimulating hormon) menjadi tidak seimbang sehingga mengganggu jadual menstruasi. Hasilnya sel telur tidak disenyawakan.
   Sebaik-baiknya belajar menjadi redha. Ia tidak bermaksud berputus asa hingga tidak mahu berusaha untuk mendapatkan anak. Cara yang terbaik adalah anda dan suami masih meneruskan hubungan intim tatkala waktu subur, menjalani kehidupan yang sihat, tidak merokok,tidak mengambil minuman keras,mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secukupnya.

Tenangkan Diri
~ Berzikir adalah salah satu bentuk latihan mengendalikan diri serta menghilangkan perasaan dan fikiran negatif yang ada dalam diri. Sikap tenang ini membantu anda dan pasangan untuk redha. Secara tidak langsung, anda akan terbiasa dengan keadaan tanpa kehadiran cahaya mata.

Tidak Menyalahkan
~ Dalam hal ini, anda tidak boleh menyalahkan suami atau menuduh isteri mandul. Tidak salah sekiranya anda belajar untuk mencari  perkara positif yang ada dalam diri pasangan anda. Cari jalan penyelesaian punca ketidaksuburan yang dialami oleh pasangan.

Bulan Madu sekali lagi
~ Aktiviti ini boleh mengembalikan keromantisan dalam hubungan suami isteri. Pastikan ia benar-benar bulan madu antara anda dan pasangan. Jangan sesekali melibatkan hal kerja mahupun tekanan sepanjang tempoh berbulan madu. Jangan pula sekali-sekala anda memikirkan untuk hamil saat menikmati bulan madu ini. Laluilah saat romantis itu bagaikan sepasang pengantin baru yang baru diijabkabulkan.

Mencuba Posisi baru
~Belajar untuk mencuba posisi baru ketika melakukan hubungan intim. Boleh juga mencari lokasi yang berbeza daripada biasa untuk menimbulkan keghairahan antara anda dan pasangan.

Niat Yang Jujur
~ Apabila isteri tidak hamil setelah mendirikan rumah tangga betahun lamanya, jangan sesekali suami menduakan isterinya. Elakkan mengunjungi kelab malam dan mengambil minuman keras. Ia merendahkan mutu sperma. Amalkan niat yang jujur dengan menyayangi dan mengasihi pasangan masing-masing walau dalam apa juga ujian yang sedang dialami.

Ambil Anak Angkat
~ Ketidakhadiran anak tidak bermakna, kehidupan rumah tangga anda akan berakhir. Anak adalah pelengkap namun bukan semua orang dapat memperolehnya. Setelah berusaha dengan pelbagai cara namun belum diberi keizinan dari Yang Maha Esa, tidak salah untuk anda mencuba mendapatkan anak angkat lalu mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita

Monday, June 7, 2010

Charles & Keith 10% Discount e-Voucher


Siapa suka kasut n handbag Charles & Keith...ada e-voucher..just print voucher ni and presented upon purchase and valid at Sunway Piramid Shopping Mall only...saya ada suka satu wedges kat sini :) nak pergi beli lar....huhu




Discount Duration : Tue, 1 Jun 2010 - Wed, 30 Jun 2010
Company : Charles & Keith
Location : Charles & Keith - Sunway Pyramid
Promotion : Print the e-Voucher to enjoy 10% off at Charles & Keith Sunway Pyramid.



Friday, June 4, 2010

Trip to Cameron Highland Part 2


Rasa malas pulak nak wat entry panjang2..ok, ni nak dipendekkan citer je,destinasi terakhir yang kami singgah sebelum balik ke rumah masing-masing ialah BOH Plantation dekat Sg. Palas...Takde pe yang menarik sangat untuk dilawati kat sini cuma ada kafe dan kita boleh masuk dalam kilang teh...tapi  saya teruja sangat tengok pokok teh menghijau kat sana, dan terpikir juga mcmanalah agaknya pekerja ladang teh ni tanam pokok teh n petik pokok teh ni???huhu


Me n Hubby



Bergambar sebelum nak balik


tengoklah kaum kerabat kitorang aje yang memenuhkan ruang kafe kat 'BOH' ni


masa ni takut2 nak bergambar kat ladang teh ni sebab pekerja sana kata hati-hati sebab banyak ular..eee..takut!

Nak borong teh




Thursday, June 3, 2010

Trip to Cameron Highland Part 1


Cuti Am yang lepas family hubby ada buat family day di Cameron Highland...seronok sebab semua 9 beradik dapat berkumpul beramai-ramai, walaupun perjalanan naik ke Cameron amat memenatkan sebab jalan jem..berjam2 dok dlm kereta daripada Tringkap nak ke Tanah Rata sebab jem...bayangkanlah bertolak dari KL pukul 8 tapi sampai ke Tanah Rata pukul 4 petang...setengah hari dok dalam kereta aje..masing2 dah mengadu  lapar,bukan xde bawa bekal makanan tapi masing2 nak makan ramai2 bila sampai ke Apartment. kami semua menginap di  Apartment Greenhill bersebelahan dengan Hotel Heritage di Tanah Rata..

didepan apartment greenhill...masa ni dah nak balik dah..masa ni hujan renyai2..tapi x nampak cam hujan kan?


Di Healthy Strawberry Farm, tapi ada banyak bunga juga kat sini..murah-murah


bunga apa nama ntah...hehe


pokok strawberi di Healthy Farm


Strawberry Ice Cream dkt ladang ni harga dia RM5 satu..sedap!


Me with my niece Nur Afiqah




Monday, May 24, 2010

Jalan-Jalan ke I-City


* ni entry malas nak tulis apa-apa...jom layan gambar-gambar masa saya pergi ke I-City Shah Alam malam semalam...jalan-jalan pun sebab nak bergambar aje...jom layanzzz...


tuan rmh nak enterframe gak....


bersama ipar duai









Friday, May 21, 2010

A Birthday Treat to My Sister at The Manhattan Fish Market


Sebelum tu nak wish happy belated birthday to my youngest sister yang menyambut birthday yang ke 22 tahun pada 19 Mei haritu...sebenarnya dah wish dah kat dia dalam fb n sms haritu...petang tadi selepas balik kerja, saya jemput adik saya di Mid Valley. Dia datang dari Muar,sekarang ni kan tgh semester break...baru bape minggu kat kampung dah bosan lah tu...mana x nyer asyik makan tido,makan tido aje...memandangkan birthday dia 2 hari lepas x dapat bagi hadiah, belanja makan pun jadilah, my hubby x dapat join sama sbb dia ada hal lain...so, we decided makan kat The Manhattan Fish Market aje..


The Manhattan Fish Market


Me


My youngest sister (Nurul)


The Seafood Platter for 2(strictly for sharing)


Tropical Breeze


Brownies


Birthday Girl tengah makan


x habis makan, seafood platter ni banyak sangat lah pulak, klu tau order for one aje... tapi takut x cukup pulak..hehe


Sanggup ke Buang walaupun Kucing?



tengoklah 3 ekor kucing yang comel untuk dibuang ni...cian kesejukan...bila dah pakai baju sejuk nampak comel pulak...mesti x jadi nak buang kan?? kesian kucing2 nih.....so sesapa yang ada hati nak buang anak tu fikir2kanlah..kalau kucing pun kita x sampai hati nak buang macam tu aje...inikan anak sendiri..walaupun susah/masalah yang timbul sebab kecuaian daripada kita sendiri, masih banyak lagi cara yang boleh kita lakukan......
SAYA SOKONG KEMPEN KAMI PRIHATIN!!!!




Thursday, May 20, 2010

Thank You Nuffnang



Sebenarnya dah 2 minggu dah dapat Cek ni...mula-mula macam x caya je cek macam ni....First time dapat cek daripada nuffnang ni...itupun sikit aje jumlahnya...masa tu sesaje je nak try tebus dan nak tengok brapa lama cek ni akan sampai ke tangan kita...lebih kurang sebulan jugalah baru terima...Blogger2 lain pun mesti dah pernah dapatkan cek daripada nuffnang ni kan??...mesti best kan kalau dapat banyak...lebih2 lagi kalau ada dapat buffered earning....x macam saya ni, kena kumpul berbulan2 baru dapat ciput macam ni...hehe...itupun dah cukup berterima kasih kat Nuffnang...bukan senang tau nak dapat duit dengan cara macam ni....hehe....anyway, THANK YOU NUFFNANG!!!