KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 29, 2010

Delicate Fingers Giveaway


Berminat untuk mendapatkan beg mcm kat bawah ni? Jom join giveaway nie..Giveaway ini dianjurkan oleh Delicate Fingers kerana menyambut anniversary yang ke 9....untuk mengetahui syarat-syarat giveaway ni sila KLIK SINI


 

 

Entries close on SUNDAY, 21 February 2010, 12pm



NOIR JEWELRY GIVEAWAY


KLIK DISINI  untuk turut serta.

Hadiahnya adalah seperti dibawah ni...bestnya kalau saya yang dapat..


Tajuk Contest: Noir Jewelry Giveaway
Tarikh Tutup: 26 Februari 2010




Thursday, January 28, 2010

Giveaway Sempoi Oya


Nak join giveaway lagi....dianjurkan oleh Oya..untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat mengenai giveaway ni, sila KLIK SINI




Hadiah-hadiahnya ialah:

5 helai alas peti sejuk



3 biji tabung





blanket




 

Wait for me ....~IKEA~




nak pergi...nak pergi.... IKEA.....(umie..jom ikut aku pegi IKEA....ko kan nak masuk rumah baru..aku tunggu ko tau,kita pegi sama-sama...haha..... IKEA pun tunggu kita tu...hehe) 
wah...IKEA ada sales la.....warna yang saya suka pulak tu....apalah saya ni..dulu-dulu tergila2kan CAVENZI...bila ada iklan keluar kat newspaper mesti tunjuk kat hubby...'bang....ayg nak bli ni..tengah murah ni..ada offerlah bulan ni...' hehe... itulah ayat yang saya cakap kat hubby...tapi sekarang dah x pandang dah iklan CAVENZI tu...tak tau sebab apa...sofa ngan rak tv kat rumah yang beli dekat CAVENZI tu pun macam dah jemu pulak...nak let go aje rasanya...(cakap ajelah dah x suka sofa colour tu kan senang...) Cabinet Pintu Kaca RM179 tu macam murah aje...ke ada yang lagi murah??...memang nak sangat kabinet macam tu...boleh letak barang2 perhiasan yang comey2...IKEA..tunggu ek..nanti kita jumpa...



Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Tarian Poco-Poco






Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

diambil dari:-
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: sweetnyedier
Editor: RosNiza Abdullah




ATTENTION


Bagi sesiapa yang merokok tu...especially ditujukan untuk my Hubby..hehe




[Fakta 1]
Percaya atau tak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%.


[Fakta 2:]
Puntung rokok biasanyer dibuang merata-rata, kan? Kan ke tak pasal-pasal dah mencemarkan keadaan persekitaran.

Kalau yang rajin skit tu, lepas buang dipijaknya rokok tu. Nak matikan bara rokok tu kot.

Kalau yang tak berape nak rajin, diorang main buang jer. Tak toleh pun ader orang ke tidak kat belakang, kiri dan kanan.

Kalau yang tukang buang tu duk dalam kereta, silap haribulan boleh terkena kat mamat belakang yang tengah bawak motor. Kalau mamat tu pakai helmet yang ader visor, selamatlah skit. Dibuatnyer mamat tu tak pasang visor, sendiri mau ingatlah!


[Fakta 3]
Asap rokok pun dah mencemarkan udara. Bahaya tak bahayalah kalau asap tu ader lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih parah lagi, 63 daripadanyer (sikit jer tu), boleh menyebabkan kanser!


[Fakta 4]
Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.


Oooo...tak cukup ngeri lagi erk! Ni nak kasi up skit!!


[Fakta 5]
Kat Malaysia ni, merokok telah menyumbangkan lebih daripada 10 000 kematian dalam setahun. Nak tau apa sebabnyer?

- 30% disebabkan akibat menghidapi 10 jenis kanser.

- 50% kerana sakit jantung dan strok.

- 20% adalah daripada penyakit lain yang dihidapi akibat merokok!


[Fakta 6]
Statistik di seluruh dunia plak menunjukkan;

- 1 kematian akan berlaku dalam setiap 8 minit.

- Maknanya, dianggarkan lebih kurang 2.2 juta kematian berlaku dalam setahun.

Ni semuanyer penangan merokoklah!


[Fakta 7]
Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General, mereka telah membuktikan bahawa perokok lelaki akan meninggal 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tak merokok.

Walaupun ajal maut di tangan Maha Kuasa, seelok-eloknya kita berusaha menjaga kesihatan diri seperti yang telah diamanahkan olehNya.

Dengan menjaga kesihatan ni jugak, kita sebenarnya cuba berjimat dalam sesetengah perkara sebelum berdepan kemelesetan ekonomi kelak!




* TQ to jom-jimat blogspot.com..

Tuesday, January 26, 2010

BILA NAK KURUS



Saya dalam dilema..nak diet tapi xleh diet.....saya x dapat nak control pemakanan saya...hua..macammana nak kurus asyik makan malam aje...macammana x makan...balik keje masak pastu makan ngan hubby...sebab rasa seronok bila dapat makan malam bersama...sambil makan boleh bercerita2 pasal keje..kat ofis macammana n dll...tapi hari ni bila timbang berat..malu nak cakap...untuk pengetahuan uolls...selepas saya habis study dulu..berat saya naik dekat 10 kilo...pas kahwin iaitu tahun 2007 sampailah harini berat saya naik lagi dekat 10 kilo...sedihnya..nak nangis pun ada....member2 lama yang dah lama x jumpa n lost contact...tapi sekarang ni dapat jumpa balik kat facebook....ramai yang kata muka saya dah berubah...ada yang kena tgk gambar masa zaman sekolah dulu baru boleh cam saya...sedihhhnyaaa...sekarang ni saya tengah makan macam2 ubat...tapi boleh ke ambik sekali???ubat untuk kurus n ubat untuk pregnant...boleh ke????tolongggg....





 gambar masa beberapa bulan selepas kahwin..masa ni berat badan dah mula nak naik..




 gambar masa raya tahun lepas...dah makin gemok...




Sunday, January 24, 2010

LEGION



Saya tengok legion dekat BIG Cinema di Brem Mall Kepong...first time datang Brem Mall...
pada saya movie ni best!!

Kisah seram 'Legion' adalah diarah oleh Scott Stewart. Filem ini menceritakan sekumpulan orang yang tidak kenal antara satu sama lain dalam satu kedai makan yang terpencil telah menjadi pertahanan pertama apabila Tuhan percaya manusia tidak bernilai lagi, maka membuat keputusan untuk menamatkan kewujudan mereka. Pada masa yang sama, malaikat taraf yang tertinggi bernama Michael secara sukarela jatuh ke Bumi untuk menyelamatkan anak kepada Charlie yang dikatakan boleh menyelamatkan manusia dibumi..


nak pose jugak dengan poster legion wlupun gelap...hehe..ngade2


 lepas habis nengok legion dah kul 3 ptg n terasa lapar sangat....kami makan dekat Marrybrown aje..



Chicken Licious untuk saya..



nasi lemak Marrybrown untuk hubby