KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Check up ~Day 9



Semalam pergi check up untuk hari ke-9 period, walaupun masa hari ke 3 sudah "bersih"....kali ni doc nak scan tummy and gynae untuk tengok kesan daripada makan ubat clomid tu....tapi kan semalam doc kata "telur" masih kecik lagi.....tapi dia x cakap pulak kecik berapa cm dan sepatutunya kena tunggu bape cm.....so, kena datang lagi untuk scan hari jumaat ni iaitu day~12....ermm, minta2lah "telur" dah besar sebab x sabar nak tunggu next and next step.... :)





tengok ni macam tulah semalam tengok masa scan...nampak macam 3 biji "telur"...tapi kecik2 aje...



tapi kan, doc memang advise saya turunkan berat badan...berat skrg memang naik melampau2...memang salahkan diri sendiri!!!sapa suh makan banyak2....adakah betul saya ni kategori gemuk sebab tu susah nak pregnant??? :'( ??? sebab memang bila badan saya dah "besar" ni, macam ada perubahan hormon berlaku. Badan yang besar biasanya mempunyai masalah hormon.

Bagi wanita, kalau hormon ni tak stabil biasanyer akan effect kat kitaran period kita, betul tak?Jadi, Kitar haid yang tidak seimbang inilah yang akan mengakibatkan masalah wanita yang gemuk tidak boleh mengandung. Ada juga yang gemuk tetapi boleh mengandung, itu terjadi mungkin hormonnya stabil. Bestnya jadi orang macam tu kan? :)


Wanita gemuk juga dikhuatiri >  50% risiko untuk mengalami sindrom PCOS :)





PCOS atau pun dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome merupakan sindrom kesan daripada masalah kegemukan. Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi.










adakah saya tergolong dalam wanita yang mengalami syndrom PCOS???

Monday, December 19, 2011

JJCM ~ Black Canyon Jusco Au2


Semalam pegi makan dekat Black Canyon, ini kali keberapa entah...sebab sebelum ni selalu pegi dengan ofismate, hubby je baru first time. Dekat Jusco Au2 ni banyaka juga kedai makan......pilih je mana2....tapikan selalu masuk Black Canyon ni sebab x ramai orang...heheh. Makanan nyer pulak boleh tahan la....harga pun x mahal sangat lar...

Tapi kan kalau pegi sini mesti makan 1 jenis makanan ni....tapi nama boleh lupa pulak.....dia macam seafood with curry la.....ada ikan, sotong dan udang dimasak campur telur dengan rempah kari.....x tau la, tekak ni rasa sedap pulak....nak tryla buat dekat rumah nanti.....tengok macam senang je...tapi takut2 x menjadi pulak....huhuhu



inilah dia....simple je kan...tapi boleh tahan sedap la... :)



ni set untuk hubby :)




~Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan teman lelaki~Apa Nak Jadi dengan Manusia Zaman Sekarang








Mengucap panjang tengok gambar ni......ishh...x taulah kenapalah si Ariff Alfian Rosli ni yang cerdik pandai boleh jadi macam ni.....org mcm ni dah x nampak dosa, hati dh gelap kerana cinta. apa yg boleh kita buat cuma doakan dia kembali ke pangkal jln lerr, semoga hati nyer menerima kembali hidayah Allah..paling malang mak ayah dia. Pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff....kesian betul....





Mission Impossible :The Ghost Protocol











Ok, Hari minggu lepas memang bosan....balik2 nak menghadap kain baju yang perlu dibasuh dan dilipat aj....so bila semua dah siap ajak hubby keluar tengok wayang dekat wangsa walk, then pegi makan2....jom tengok sinospis ghost protocol ni.....memang x nak terlepas tengok movie kalau ada si handsome Tom Cruise berlakon....


Ethan Hunt (Tom Cruise)yang ditugaskan  untuk menjalankan tugasan yang mustahil. Namun agen rahsia ini selalu berjaya menyelesaikannya dengan baik. Ethan bekerja seorang sendiri, tanpa perlindungan dan bantuan apa pun dari Impossible Mission Force. Status Ethan sekarang adalah buruan. Kalau tertangkap, akan diadili sebagai seorang terorist.

Semuanya dari pengeboman yang terjadi di Kremlin. Ethan hanya menjadi kambing hitam namun semua bukti berkait pengeboman ini seolah-olah selalu berkait pada Ethan dan teamnya. Pemerintah Amerika Syarikat tak punya pilihan lain dengan menuduh Ethan. Team Impossible Mission Force dianggap tidak pernah ada dan Ethan harus bekerja sendiri untuk membersihkan nama baiknya.

Tugas Ethan dan kawan-kawan kali ini memang  berat dari tugas biasanya. Selain harus mencari tahu dalang di balik peristiwa pengeboman di Kremlin, mereka juga harus menghindar dari petugas keamanan. Bukan hanya itu, ternyata salah satu agen yang ada di team Ethan Hunt yang menjadi dalangnya....siapakah dia sebenarnya dengan Ethan??? hehehe....



Friday, December 16, 2011

P1 Wiggy 39 Plan RM19 for 1st and 2nd bill only....





Baru perasan dalam Harian Metro pasal iklan P1 4G, tengok ada promotion Wiggy 39, RM19 aje until 31.12.2011. tapi kelajuan 1Mbps Kuota 2GB aje....tp ok la kan dengan harga tu.... kalau macam saya ni, buka internet pun cuma hari minggu...tu pun nak tgk resepi atau bermuka muka....download2 movie pun x pernah....tapi ingatkan bayaran RM19 sampai bila2...rupa2nya cuma untuk bayaran bulan pertama dan ke2 ajer....bulan ke3 dan ke4 RM29 dan seterusnya RM39.....sebab tulah namanya Wiggy 39 yerk....huhu. tapi kan untuk sapa2 yang berminat  nak cari broadband baru boleh la try plan ni....














  • The WIGGY 39 Plan offers speeds of 1Mbps and a quota of 2GB.
  • The monthly fee is RM39.
  • For a limited time only, subscribers will pay RM19/month for the first two months, and RM29 for months three and four. This means RM60 off the bill over four months.
  • Subscribers can either choose the UT or UH mobile dongle device.
  • Depending on the P1 mobile dongle device that subscribers choose, they will pay either RM100 for the UT or RM150 for the higher performance UH, for the one-time activation fee.
  • A 2GB quota will allow a mix of any of the following:  Browsing the internet for 60 hours, send out 1300 emails, download 120 music tracks and watch 60 short movies.
  • Subscribers who need more quota can use the easy top-up option available online – RM10 for 2GB.
  • The WIGGY device has a lifetime warranty during the subscription period and there are no rental charges.





 

Betul Ke? Jangan Sign SBPA dulu???? SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011 Oleh G Manimaran December 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya meng...adakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Thursday, December 15, 2011

9 Tanda Mengandung Anak Kembar



Seronokkan kalau dapat tau mengandung, nak2 itu sememangnya yang kita harapkan (tapi saya belum dapat merasai lagi keseronokan tu :'(  )...lagi best kalau mengandung kembar....sekarang ni saya suka baca pasal hal2 kehamilan pulak......seronoknyalah kalau dah lama tunggu nak dapat anak....sekali dapat kembar....alangkah bahagianya.....sama-sama doakan saya ye.....









1. Biasanya akan terasa sejak awal bahwa Anda mengandung lebih dari satu bayi. Jangan mengabaikan perasaan hati atau intuisi tersebut. Banyak ibu dari si kembar mengatakan, mereka telah mengetahui sejak awal bahwa mereka mengandung bayi lebih dari satu.

2. Umumnya bila seorang wanita mengandung mempunyai tanda-tanda seperti kepala pusing, perut sebah/tidak enak nyaman, bahkan hingga muntah-muntah di pagi hari. Tapi jika mengandung lebih dari satu bayi, umumnya Anda akan lebih menderita, yaitu di pagi hari sampai malam. Bahkan sepanjang hari.

3.Gejala kehamilan lebih terasa dan dianggap terlalu dibesar-besarkan.
Banyak di antara calon ibu bayi kembar yang mengatakan, mereka merasa lebih tak nyaman, muntah-mual berlebihan, dan amat cepat lelah. Pokoknya, gejala kehamilannya "dahsyat" sehingga kerap dianggap terlalu mengada-ada oleh orang sekitar.

Padahal, semua itu disebabkan sirkulasi ekstra dari hormon dalam tubuh. Payudara menjadi sangat sensitif, lebih sering buang air kecil, merasa lapar sepanjang hari, dan merasa sangat lelah. Ketika usia kandungan mulai 6 bulan, mungkin akan mengalami sulit bernapas, perut terasa sangat berat, bengkak di tangan juga di kaki, berat badan naik sangat banyak (tidak normal), perut sangat besar, dan janin bergerak berlebihan. Umumya, ibu bayi kembar ini menderita anemia atau kadar zat besinya rendah.

4. Berat badan naik pesat di tiga bulan pertama kehamilan. Kenaikannya lebih tinggi dari rata-rata berat ibu hamil satu bayi. Gejala ini dapat disebut sebagai tanda pertama mengandung lebih dari satu bayi. Jika napsu makan baik, berarti tidak ada masalah, karena gizi yang baik sangat diperlukan janin dalam usia tiga bulan pertama kehamilan.

5. Ukuran kandungan besar untuk umurnya. Pada pemeriksaan pertama, dapat dikatakan bahwa perut lebih besar dibanding usia kandungan. Dokter mengatakan Anda hamil 8 minggu (dihitung dari saat terakhir mendapat haid) tapi jika dilihat dengan kasat mata, besar perut/kandungan seperti kehamilan berumur 10-12 minggu.

Jika keadaan seperti ini, biasanya dianjurkan untuk mengecek dengan alat USG untuk melihat ada berapa janin di dalam kandungan. Jika ternyata mengandung lebih dari satu bayi, ukuran kandungan akan terus berkembang lebih besar. Ibu yang mengandung satu bayi bisa mencapai 38-40 cm besar ketinggiannya, dimulai dari tulang pinggang, sedangkan untuk bayi kembar bisa mencapai 48 cm.

6. Kata dokter, AFP Anda tinggi. AFP adalah alpha fetoprotein protein yang dikeluarkan bayi pada waktu pertumbuhannya dan juga terdapat di dalam darah ibu. Protein ini dapat menjadi tinggi karena bayi lebih dari satu. Normal tes darah AFP dilakukan 16-18 minggu sesudah masa terakhir menstruasi . Tes ini kerap dipakai untuk mengetahui kehamilan kembar atau bukan.

7. Kata dokter, tingkat HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) naik dengan sangat cepat. HCG adalah hormon yang menghasilkan telur yang dibuahi. Hormon ini dibutuhkan untuk menjaga kehamilan sampai plasenta berkembang. Hormon dapat dideteksi di dalam darah atau air seni walaupun sebelum Anda berhenti menstruasi.

Dalam kehamilan normal ( satu bayi), pemusatan darah HCG naik dengan cepat dalam 1 minggu kehamilan, berlipat ganda setiap 2 atau 3 hari. Tingkat HCG dapat menjadi lebih tinggi dengan adanya si bayi kembar.

8.Dari alat "pendengar", terdeteksi dua denyutan jantung . Dua denyut jantung dapat dibedakan dengan alat khusus yang dipakai dokter setelah kira-kira 12 minggu masa kehamilan. Sekitar kehamilan 28 minggu, sudah dapat dibedakan bila memang terdapat dua janin.

9.Dengan menggunakan USG, kehamilan kembar dapat lebih dipastikan. Alat ini akan menunjukkan/memperlihatkan adanya dua kantung kehamilan, dua janin, dan dua denyut jantung yang dapat dilihat 6 minggu sesudah hari pertama masa haid berakhir. Bahkan banyak bayi kembar bisa didiagnosa lebih cepat, sekitar 1-5 minggu setelah berhenti mendapat haid.








Resepi hari ini ~Sup Tulang






 gambar ~sumber google :)

Bahan-bahan

500g tulang lembu

  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.