KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 14, 2010

Demam Piala Thomas


Minggu ni balik kerja mesti nak terkejar2 sbb hubby nak cepat sgt balik rumah sebab nak tengok Piala Thomas, tapi saya x berapa mengikuti sangat bab sukan-sukan ni...hurm..x brapa minatlah sukan sejak zaman sekolah dulu...nampak sangat saya x aktif masa sekolah kan?...huhu

Now, saya didepan tv sambil berblog sebab nak tgk tv chanel lain x blh...huhu...hubby dah 'tercongok'depan tv skrg ni nak tengok M'sia (Datuk Lee Chong Wei) Lwn China (Lin Dan), owh...pemain badminton ni mestilah saya kenal....klu x kenal nampak sangat x mengikuti sangat perkembangan sukan...ni tengah game kedua, tadi game pertamaM'sia dah kalah...alamak....go..go..go..Lee Chong Wei..chaiyok..chaiy0k...
bila tengok sukan ni tetiba teringat lagu 'fikirkan boleh' lar... nak tuju lagu ni untuk Pasukan Malaysia lar..

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


* bye..nak teman hubby tengok badminton..

Wednesday, May 12, 2010

SimplySiti



  
Sesiapa yang peminat dengan Datuk Siti Nurhaliza mesti rasa terujakan bila Siti dah launched produk kecantikan dia sendiri...saya pun salah salah seorang peminat fanatik juga, rasa macam nak cubalah produk simplysiti, salah satu sebabnya kata boleh bawa solatkan? and kawan2 saya pun ada yang dah beli foundation dia n dorang kata ok...betul ke?


So semalam saya pergi ke Watson sebenarnya bukan nak cari SimplySiti tapi sebab nak cari Compact Powder brand lain la yang sesuai...sebabnya masa balik kampung aritu Compact Powder yang saya suka guna(Miyami Cosway ajer...) dah tertinggal kat rumah mak...alamatnya x berbedaklah gi kerja cam ni..tu yang bila perasan Compact powder xde terus nak gi cari...sebabnya xnak muka nampak comot..hehe...


Tetiba je teringat SimplySiti ada kat Watson,...sekali tengok banyak produk dia dah sold out...ingatkan nak beli Compact powder SimplySiti..tapi colour yang sesuai dengan kulit saya semua dah sold out..melepas la pulak,ingat baru nak sambar satu..wah-wah, laku betul la produk Siti...Alhamdulillah, bertambah murah rezeki penyanyi pujaan ramai ni...x sia2 Siti keluarkan produk dia ni...harap2 produk Siti ni akan pergi ke peringkat Antarabangsa k...




Friday, April 23, 2010

My New Skin Care~ Clinique Derma White~





Semalam saya pergi Mid Valley untuk mencari2 skin care yg sesuai dgn kulit saya...n saya dapat ini.. Clinique Derma White..tapi x taulah ok ke x...kulit saya sekarang ni kering sangat pastu nampak macam makin gelap...yela umur pun dh nak masuk 30 thn ni, kena jaga kulit betul2 kalau x naik jeragat apa semua...nak tanya pendapat tau...uolls ada yang pernah cuba x skin care ni...ok x?




Thursday, April 15, 2010

Dalissa Sweet Treat Birthday Giveaway


Salam semua...lamanya saya x update blog ni...mood xde la nak update..tapi kali ni tetiba semangat pulak nak update...bukannya apa sebab nak join giveaway ni..teruja sgt nak join giveaway ni sbb nengok kek2 kat blog ni nampak lazat...nyum..nyum..adoyai..x tahan nengok..bestnya kalau bertuah boleh dapat kek..yes..i love it !!!

Giveaway ni dianjurkan oleh Pn Anna dari  



Giveaway ni dianjurkan bersempena Dalissa Sweet Treat ni akan menyambut ulang tahun yang ke 2...Congrats ye Pn Anna! Kalaulah saya bertuah saya nak sangat kek ni...Snickers Cheese Cake



Nak join tak??Syarat-syarat seperti dibawah :

1. Jadilah Follower Blog ni http://www.dalissacuppacake.blogspot.com/
2. Buat simple entry pasal giveaway ni kat blog masing-masing and describe kalau boleh pilih,korang nak kek yang mana satu;
3. Kalau boleh juga include Dalissa Sweet Treat dalam blog list korang; dan
4.Tinggalkan nama, contact number, address, email and blog link yang ada entry ni kat ruangan comment.

Seramai 3 pemenang saja akan dipilih secara random dan tarikh tutupnya 25 APRIL 2010.

Thursday, March 25, 2010

First Time Dapat Award


Teruja sebab first time dapat award...selalunya bila blogwalking nengok blogger2 lain dapat banyak award....tapi memang x dinafikan blogger2 yang dapat banyak award tu bukan calang-calang orangnyer...memang respect kat uolls la...
Tapi, saya x sangka betul ada juga orang yang bermurah hati bagi award kat saya ni...
saya dapat blogger award daripada pia
Thanks pia...sayang kat awak...



Wednesday, March 24, 2010

Cuti-Cuti Malaysia



Lamanya saya x update citer2 terkini hiburan sensasi kat sini...sori kawan2...tuan rumah nak bercuti..cuti2 malaysia ajer...huhu...nak diikutkan banyak perkara nak update, pulak tu pegi sana sini byk amik gambar..tapi i xde masa lagi skrg ni...this week nak gi jenjalan lagi...tengoklah...maybe pas balik jenjalan baru nak update panjang2...
daaaa....xoxo





Saturday, March 13, 2010

Blogku dah berwajah baru



Salam uolls semua....hari ni dengan sedihnya saya menukar background blog saya n header kesayanganku juga sudah di remove....background yg dulu saya suke sgt2 tapi lately saya mcm dah jemu nengok benda yg sama n tangan ni gatal nk menukor background blog ni...tapi colour blog saya mesti nak jugak red colour lor...bcoz red is my favourite colour.....yg dulu nampak mcm vogue sikit, tapi yg terbaru nampak mcm sweet n luvly lor bcoz ada so many love...hehe...owh...hari ni bukan background blog aje yg saya tukar tapi susun atur brg2 kat rumah saya ni pun saya tukar2 gak...huhu..mmg dh xde keje lain sbnrnya n x tau nk buat apa.......daaaa...xoxo




Wednesday, March 10, 2010

Darah Tinggi



Sejak kebelakangan ni, saya selalu pening kepala...saya dah berjumpa dengan doktor untuk check kenapa...adakah sbb saya x pakai cermin mata??atau sebab apa???sekali check rupa2nya saya ada darah tinggi...esoknya pegi klinik lain pun sama gak tingginya.....padanlah kepala ni selalu berpusing aje...mesti salah satu sebab pun agaknya saya ni suka makan daging...selalu buat daging goreng(favourite hubby juga tu)...and mak saya dah membebel kat saya n kata sebab dapat darah tinggi kerana saya dah gemokkk...hikhik..memang betul cakap mak...anak mak ni asyik makan n makan aje...okay2..penat saya mengoogle petua untuk hilangkan darah tinggi..n ini hasilnya...


(1)
................................................................................................................................................................
Dalam segmen petua kesihatan kali ini, saya akan kongsikan cara merawat darah tinggi ni. :)

Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.

Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.


(2)
................................................................................................................................................................

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.


(3)
................................................................................................................................................................


Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.








Ya, daun pegaga itulah yang saya makudkan sebagai ubat darah tinggi tu. Jika tiada aral, tekanan darah tinggi anda turun kelak setelah mengamalkannya.



Selamat Mencuba dan Amalkan Gaya Hidup Sihat!