KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2010

Giveaway Barang Deko English Style


Giveaway dianjurkan oleh Mrs Nor dari blog Hobi dan Kehidupan
Tarikh Tutup pada 29.01.2010

 



Sunday, January 17, 2010

Resipi Laksa Johor



Kali ni teringin nak makan laksa Johor pulak..ada orang tanya nape asyik teringin je..ada apa2 ke?..dah berisi ke?...wahai kawan2 sekalian,...saya masih belum ada rezeki lagi...cuma sekarang ni teringin ni bukan sebab ber'isi' yek..cuma untuk saya mengisi perut aje...hehehe..lagipun masak2 ni boleh mengisi masa terluang saya di hari minggu aje...kalau hari bekerja tu kadang2 x sempat nak wat keje kat dapur tu ok...anyway,..kalau ada good news tu..jangan risau saya akan bagitau kat uolls okay...
Ni resipinya hasil apalagi kalau x dari men'google'..gambar pun daripada google image yek..nasib baik ada enjin carian ni..senang aje kan....actually dah pernah buat laksa Johor minta resipi dekat mak dulu...tapi lepas kawin x pernah buat lagi...dah lupa pulak nak wat macamana...hehehe



Laksa Johor





500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)
1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan


Cara: 1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.

2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.

Cadangan Hidangan: 10 ORANG
 Tambahan: Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan







adiella collection giveaway



Cabutan Pertama
Lace Jewelery Box Heart Shape


Cabutan Kedua
Fleece Blanket(Jean Perry)
Size: 120cm *170cm


Sempena p'bukaan blog ini seraca rasmi nye, adiellacollection (azie) menganjurkan giveaway kepada blogger2. Dua pemenang b'tuah akan ditentukan melalui random.org..

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

Step 1: Jadi follower adiellacollection
Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway".
Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda.
Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email.

Tarikh tutup "giveaway" ini adalah pada 20 February 2010 (11.59 pm). Pemenang b'tuah akan diumumkan pada 21 February 2010.





Separuh Jiwaku Pergi by Anang Hermansyah

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Back to Reff

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar ku mencintaimu





~Sekarang ni saya suka bangat dengan lagu ni...~



Saturday, January 16, 2010

The Spy Next Door




dah nengok semalam..nak nengok citer lain sebenarnya tetapi Mr.Jackie Chan ni cam memanggil2 je suh nengok dia..anyway, i memang minat Jackie Chan....


My review about this movie...


~ Mengisahkan Bob Ho(Jackie Chan) dan girlfriend yang bernama Gillian yang ingin dikahwininya..Gillian mempunyai 3 anak...Gillian pulak  terpaksa balik kampung kerana bapanya dimasukkan ke hospital dan Bob Ho dengan sukarela ingin menjaga anak Gillian..hah masa nilah bermacam aksi dan perkara berlaku..antara Bob Ho,anak Gillian dan penjahat daripada Rusia...(x yahla saya tulis panjang2 ek...uolls nengok sendiri la yek)..tapi apa2 pun movie ni best..x rugi nengok especially bagi sesiapa yang minat ngan jackie Chan..~




Wednesday, January 13, 2010

Yang Mana Movie Best ??




PETUA TERHADAP PASANGAN

oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
-------------------------------------------

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
6. Murah dengan SENTUHAN.
7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka -- boleh TEGUR MENEGUR.
13. Berani mengambil risiko emosi -- tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15. Flexible/tolak ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
35. Emotional intercourse.
36. Janga simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji dan 1 teguran.
40. Sebut “I Love You” all the time.
41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku -- SABAR.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat -- bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan daripada segi
~a )Mental/pendidikan/ilmu
~b )Emosi
~a )Fizikal/ekonomi
~c )Sosial
~d )Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza
~a) Pendapat/pandangan
~b) Hobi
~c) Kegemaran
~d)Makanan
~e)Citarasa
~f)Warna pilihan
~g)Dan sebagainya
56. Humor/lawak dari maxa ke masa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.


Bakat Terpendam

Masa birthday Putri aritu..ibu Putri nak sediakan karipap banyak jadi dia decide xnak order takut x cukup..so kitorang pakat baik buat sendiri je blh dapat banyak..tapi saya ni apa je boleh tolong..kalau buat inti karipap dan uli tepung tu pandailah..satu je masalah saya..saya x pandai kelim kulit karipap tu...belajar banyak kali x jadi juga..so nak tau sapa yang kelim karipap masa birthday Putri aritu??
*
*
*
*
*
 *

my hubby tgh kelim karipap..bagusnya.. menantu sapa la ni..hehehe
*
*
*
*

tengoklah cara dia buat karipap senang je... xpayah guna roller..guna belakang piring je terus jadi bulat lagi senang
*
*
*
 *
 *

akak ipar n my hubby tengah bekerja keras buat karipap
*
*
*
*

dalam proses...