KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 9, 2010

Happy Birthday to Putri Amalia Batrisyia


 Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi...
*
*
*
*
Hari ni Birthday anak saudara saya Putri Amalia Batrisyia yang ke 2 tahun.. Cikna dan Ayah Lan harap Putri akan menjadi anak yang berguna kpd ibu dan ayah ye..


nak hadiah x.....??
jeng..jeng...
*
*
*
*
*
tara.....

inilah hadiah yang x seberapa dpd Cikna & Ayah Lan



Thursday, January 7, 2010

Lepak at 'Q' Bistro

Ni story minggu lepas..masa malam nak sambut New Year..sementara nak ke KL tengok bunga api tu kami lepak2 di 'Q' Bistro di Bdr Sri Permaisuri..punyer le ramai orang mlm tu..sebelum keluar semua dah mkn dulu tapi disebabkan nak menunggu husband saya pi antar kereta ke car wash..kami lepak2 dulu kat situ n terpaksa gak la order apa2 wlupun masing2 masih kenyang..

my brother(pejal) n my hubby


my hubby n me..

 
first time nih keluar skali ngan gf pejal..baizura nama dia..

 
Baizura n me..


Buku menu yg dah buruk diluar tp cantik di dalam..

 
ABC yang boleh tahan rasanya..

 
Roti Nan Cheese best..

 
 Rojak mamak

Carriers

Semalam saya dah tengok Carriers preview screening di GSC Mid Valley..so far pada saya not badlah..story mengisahkan 2 beradik lelaki (Danny dan Brian) dan 2 lagi kawan perempuan(Bobby dan Kate) mereka berusaha keluar dari tempat tinggal mereka bagi mengelakkan wabak penyakit yang melanda di tempat diorang..bermacam2 rintangan yang tepaksa mereka lalui dan akhirnya hanya Brian dan Kate sahaja yang dapat meneruskan perjalanan mereka..





Wednesday, January 6, 2010

' Carriers 'at GSC Midvalley (Preview Screening)

Malam ni hubby ajak g tgk movie carrier dkt GSC pukul 9.30 malam ni  (Preview Screening). Filem ni akan mula ditayangkan di pawagam pada hari esok...kitorang dapat tiket free sbb tukar dengan keratan Harian Metro..rasa malas nak pegi tapi hubby beria2 nak tengok..ntah best ntah tidak..pelakonnya pun x kenal..layan ajelah..







Lunch Dominos

Hari ni murah rezeki lagi sbb ada orang belanja pizza..thanks to najib..semoga najib dimurahkan rezeki lagi hendaknya..hihi boleh belanja lagi ek..jom layan gambar k..



 

 






Tuesday, January 5, 2010

Bubur Asyura...my style

Akhirnya..hari minggu lepas sempat juga saya buat bubur asyura tapi cara sayalah..ermm..tapi pedas sikit lah saya buat sebab saya letak lada hitam..hubby x blh makan banyak sebab dia x kuat pedas..cian dia..dapat juga saya sedekah kat jiran n kwn yg dekat2 rumah tu..




bubur baru nak mendidih ni..


 
dah nak masak..nampak x lada hitam sebijik2 tu..pedas x hengat..




Teringin lagi..Ketupat sotong

Saya teringin lagi nak makan sesuatu yang x pernah masak..mak saya memang x pernah masak makanan ni..selalunya kakak ipar yang rajin masak ni..hubby saya mesti suka klu saya masak ni..sebab ni makanan orang pantai timur..tapi saya x suka manis 2 sangat..inilah resipi hasil daripada menggoogle...minggu ni rasanya sempat buat x?huhu..





Bahan-bahan

10-12 Ekor Sotong Putih
200g Beras Pulut (boleh dianggar)
Santan Kelapa (dari 1-1 1/2 biji kelapa - sedikit untuk merendam pulut)
2-3 ketul Manisan@Gula Melaka
2-3 Helai Daun Pandan (simpulkan)
3-5 Kuntum Bunga Cengkih
Gula (terpulang)
Garam (terpulang)
buluh/lidi pencungkil gigi

Cara-caranya

1. Rendam beras pulut lebih kurang 1 jam dengan santan.

2. Bersihkan sotong, buang segala isi perutnya.

3. Kemudian masukkan pulut yang telah direndam tadi kedalam sotong lebih kurang 3/4 badan sotong.

4. Sematkan kepala sotong kebadan sotong menggunakan buluh pengcukil tadi agar pulut tidak keluar bila dimasak.

5. Susun sotong kedalam periuk.Masukkan santan dan lebihan santan yang digunakan untuk merendam sotong,garam,gula,manisan@gula Melaka,daun pandan dan bunga cengkih.

6. Kacau hingga mendidih, sehingga pulut masak dan pekat kuahnya. Rasa manis dan lemaknya.

6. Hidangkan(boleh di potong-potong). Selamat Mencuba

Nota:

1. Gula,garam dan cengkih terpulang jika ingin dimasukkan.

2. Santan juga anggarkan



Friday, January 1, 2010

~SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 ~


~STICKY MODE~
Please Scroll down 4 new entry