KLIK! KLIK!

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 24, 2009

TODAY IS MY 29th BIRTHDAY










Ucapan ini khas untuk diri sendiri...
Selamat Hari Lahir yang ke 29...(dah semakin tua dah saya)
Semoga Panjang Umur dan Di murahkan Rezeki...dan
Semoga hidup saya diberkati ALLAH S.W.T..AMIN....







Monday, November 23, 2009

Bantal Busuk Qila

Petang semalam saya jalan2 kat Billion Kompleks PKNS Bangi dengan adik ipar..saya terjumpa bantal peluk cute wane pink..teringat pulak kat bantal busuk wane oren qila yang dah koyak tu..saya suka tengok dia main2 dengan bantal busuk dia tu..bila qila nak tido mesti dia nak bantal tu..so..saya rasa nak gantikan bantal busuk dia dengan yang baru..wane pink lagi..ala murah je..tu yang tgk terus saya bli..x taulah kalau qila xnak bantal baru..mungkin dia serasi dengan bantal busuk dia yang lama..


tengoklah gambar qila dalam buaian ni..qila peluk bantal busuk dia..nampak x bantal yang dah koyak tu..cian dia..tapi bantal ni juga yang dia suka..siap gigit2 lagi..

 
Inilah bantal peluk baru untuk qila...harap2 qila suka bantal yang makcik ina bagi ni yek..cayang qila...






Friday, November 20, 2009

Suatu Penantian


Dah hari jumaat...esok x keje..esok cuti....yeah..bagi budak-budak sekolah lagi best...arini last day sekolah..esok dah start cuti akhir tahun..teringat pulak zaman sekolah dolu2.....esok cuti nak pi mana yek minggu ni...ingat nak berjalan jek saya ni..minggu depan pulak dah Hari Raya Aidiladha..memang dah tau lah nak pi mana...balik kampung la kan..seronoknya..
K...arini saja nak letak muka saya yang tengah keboringan menanti kepulangan en.hubby untuk ambik saya balik keje..


malu sebenarnya nak letak gambar yang boleh menampakkan 'ketembaman' saya ni..ahaks..


 dah cukup2lah tengok gambar saya ni..(ait..x malu xde sapa pun yang suruh awak letak gambar tau.)..

Bye..See U Next Week..
Happy Holiday..






Wednesday, November 18, 2009

XDE MOOD



Harap Maaf..sekarang ni saya xde mood untuk meletak entry apa2...
saya asyik pening kepala je..semenjak dua menjak ni..darah tinggi makin naik ke atau sebab saya x pakai cermin mata..mata ni pulak makin dah x nampak..tu lah...gatal sangat rabun..tapi xnak pakai cermin mata..bukan x buat tapi buat cermin mata..tapi rasa macam x sesuai ngan muka..ada pulak macam tu ek..nak pakai contact lens x reti pulak..




Wednesday, November 11, 2009

PERINGATAN

Jangan Ambil Panadol/Actifast (terutama mereka yang ada gastrik)

Untuk Pengetahuan...

Ada doktor memberitahu, apabilamengalami sakit kepala mereka sendiri tidak sanggup mengambil panadol atau paracetamol.sebaliknya mereka akan mencari ubatan herba cina atau alternatif lain. ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini berumur 30 an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang(dialisis) setiap bulan.



Alternative Treatment(Tips)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil panadol atau paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yamg "biasa" ini ke dalam mulut anda.


* artikel diambil daripada email.






Kepada Wanita bergelar Isteri


Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

 
Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah




Tuesday, November 10, 2009

N3 saje-saje..




+++++++++++++++++++++++++++

xde idea nak letak n3 apa..juz want to share my pic.....daa..



Monday, November 9, 2009

Model Buah Mangga




Gambar kat atas ni  hubby ngan ikah(anak buah) dah macam model buah mangga pulak...bila dapat petik buah mangga ramai pulak yang nak tangkap gambar...dorang ni mmg suka makan buah mangga...