....there is only one happiness in life..to be love and be loved... ....love is a never ending feeling...
Wednesday, June 24, 2015
Fadhilat Tarawih
saidina Ali r.a meriwayatkan sebiah hadis daripada Rasulullah SAW, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan
malam 1
diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan
malam 2
diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya
malam 3
para malaikat di bawah arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih agar teruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allag mengampunkan dosa-dosa mereka
malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.
malam 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
malam 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
malam 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.
malam 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
malam 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
malam 11
a meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
malam 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
malam 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
malam 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
malam 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
malam 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
malam 22
akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. \
Malam 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
lamanya menyepi
Wednesday, December 4, 2013
Thursday, August 1, 2013
Malam Lailatul Qadar
Sayunya
hati ini adakah malam ni malam lailatul qadar.?..sesama kita belajar
menambah amal..ya..solat taubat..solat hajat...dll..semoga Allah
mengampuni dosa...mintak hidayah agar selamat di dunia dan akhirat....
“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadis Riwayat Muslim)
Aisyah r.a mengatakan: “Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadis Riwayat Muslim)
Aisyah r.a mengatakan: “Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Trend Baju Kurung Raya 2013
Salam semua...hari ni da 21 Ramadhan maknanya dah 21 hari kita berpuasa.......macamana dengan persiapan raya korang semua??? dah beli baju raya ke??saya tahun ni baju raya beli online je...tapi balik2 baju peplum je....badan macam saya ni x sesuai la peplum...huhu..lagi satu trend sekarang baju dari vietnam yang ada border lace.....dah merata2 jual...silap2 pakai baju nnt masa raya sepesen je...hehehe..cer tengok baju2 ni...yang mana satu pilihan korang???
ni ala2 peplum...tengoklah kaler dia...mmg meriah la..cantik juga
baju kurung border lace...baju ni memang dapat sambutan hangat tahun ni...
x kira lah macamana baju pilihan korang....kalau boleh janganlah berlebihan ye....berbelanja pun biar ikut kemampuan ok...
Thursday, July 25, 2013
Syukur Alhamdulillah...dapat juga bantuan Hari Raya RM500
Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara
P/S- Ada ramai yang kata orang gomen (CUEPACS) ni xde keje lain sikit2 asyik minta kenaikan gaji la...minta bonus la...tapi kalau xde CUEPACS ni susah juga org gomen kan??
Wednesday, June 19, 2013
Jerebu.....sesak nafasku dibuatnya...
Salam semua...tempat korang semua jerebu teruk tak....rasanya jerebu tahun ni paling teruk la....sesak nafas dibuatnya.....rasa malas nak kluar rumah tapi masalahnya dalam rumah pun asap masuk dan ada bau-bauan hangit juga....sekarang ni dah start batuk2...so kepada semua jangan banyakkan aktiviti luar yek dan banyakkan minum air masak...
ini gambar jerebu dari opis saya :-/
Monday, June 10, 2013
Cendol bawah pokok Fasa 4 Bangi
Hari minggu ni turn saya jumpa hubby di rumah kakak ipar di Kajang....macam tu la adat org pjj ni...so dis week ada masa untuk jalan2 sebab hubby minta cuti aritu...kami pun plan nak ke Putrajaya dan Klang....otw nak ke Putrajaya hubby lalu jln reko dan ikut jalan fasa 4, lalu sebelah kiri nampak ramai keta parking tepi jalan sebab ada gerai cendol kat situ........ dia ajak singgah makan cendol la pulak....not bad la cendol kat sini....saya first time makan sini...tapi hubby byk kali dah...sebab dia mmg suka cendol...
kami order cendol 2, bakso dan laksa......rasa bakso dan laksa pun ok....sape nak try boleh la try kat sini...rupa2nya da femes juga cendol bawah pokok ni....saya je ketinggalan...hihi
Wednesday, June 5, 2013
Salam Israk & Mikraj
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
*sumber wikipedia
Wednesday, April 3, 2013
Kita Jumpa Lagi
Assalamualaikum semua :-)
Dah lama x update blog....nak kongsikan disini saya sekarang tidak menetap di KL lagi........doa saya untuk menetap di kampung sudah di makbulkan...Syukur Alhamdulillah....sekarang sudah 4 bulan di muar ni....
Walaupun berjauhan dengan suami buat masa ni, sedih pun ada....tapi saya anggap ini sebagai satu pengorbanan untuk jaga mak abah di sini.....suami pun memberikan sokongan dan dia pun InsyaAllah akan ikut saya balik sini....Alhamdulillah sepanjang duduk berjauhan ni belum ada masalah lagi....semoga berjauhan ni mengeratkan lagi hubungan kami....saya sentiasa berdoa supaya suami saya mendapat peluang kerja di sini supaya dia cepat-cepat dapat duduk dengan saya semula....susah juga suami jauh ni....rindu lagi....heheh....bosan pun ye....xde kawan gaduh...hahaha...
Oklah cukup la buat masa ni...nanti saya update lagi....
Thursday, October 25, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Baskin Robbin tetap bagi ais krim FREE pada 8 Ogos 2012 pukul 8malam - 10 malam
Walaupun Dato Lee Chong Wei tak berjaya mendapatkan emas....tapi kita tau DLCW dah cuba sehabis boleh.......kita tetap kena bangga dengan DLCW walaupun berjaya perak mendapatkan di Olimpik. cuba suruh kita main badminton belum tentu lagi sampai ke sana tu.....main depan rumah pun dah mengah.....hahaha
Ini ada berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Baskin Robbin dah keluarkan kenyataan akan tetap menyediakan Ais kRim FREE walaupun DLCW tidak berjaya mendapatkan emas. tapi 1 scoop je tau...nak lebih sila bayar sendiri ye :-) sila baca dibawah
Thursday, July 26, 2012
Syukur Alhamdulillah....dapat bonus 1/2 bulan gaji untuk raya ni
Semalam PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah buat pengumuman gembira bagi semua penjawat awam.... memang telah dijangka pun :-)
Alhamdulillah dapat juga setengah bulan gaji......bolehlah buat bayar insurans dan roadtax kereta yang nak mati seminggu sebelum raya tu......pembayaran bonus akan dibuat pada 9 Ogos nanti.....selepas tu gaji bulan ogos masuk pada 13 haribulan pulak......kena belanja dengan berhemah ni....tak boleh belanja sakan.........dahlah gaji bulan september lambat lg........
Hari ni dah 6 ramadhan.....cepatnya masa berlalu........Macamana persiapan raya awak semua????mesti dah beli dan tempah baju berpasang-pasang kan??? baru-baru ni masuk shopping mall semua dah pasang lagu raya......time ni rasa seronok masuk shopping mall sebab ada lagu raya.......dia punya feel tu lain mcm..........x beli pun xpe.....janji dpt dgr lagu raya.......dekat radio lambat pasang lagu raya.........huhuh
tahun ni saya akan balik raya muar dahulu...padahal tahun ni turn sebelah hubby dekat kelantan....tapi xpelah.......kitorang dah bincang...sebab kelantan tu jauh, kita raya muar dulu........lepas tu raya kedua atau ketiga balik kelantan sampai habis cuti raya...........boleh lama sikit duduk kelantan tu......dah la jarang2 balik sana.........mil dan fil yang rajin jenguk anak-anak dia kat kl ni.......hehehe
Monday, July 16, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Burger Bakar memang best!!
Semalam ikut hubby ambik dokumen keje dia dekat Wangsa maju, lepas dah settle semua perut lapar tapi tak tau nak makan apa......tiba-tiba je teringat jalan-jalan cari makan pasal burger bakar dekat wangsa maju....cakap dekat hubby, jom la cari burger tu...dia tanya tau ke dekat mana??saya cakap tempatnya xtau tapi kita round ajelah....round punya round akhirnya terjumpa juga dekat Sekseyn 2 Wangsa Maju aje rupanya....bila lalu stall burger bakar, bau burger tu aje dah membuatkan rasa x sabar nak makan......buat rasa lagi lapar.....semalam pergi orang nak kata ramai, x juga.........maybe sebab hujan renyai2....tapi masa sampai tu dalam pukul 9.30 malam, saya dapat nombor 149......bayangkanlah stall burger tu buka dalam pukul 7.30malam...saya sampai maknanya dah 2 jam dia buka dah dapat customer dekat 150.........belakang saya pun masih ramai lagi nak ambik number..........rasa2nya kalau sampai pukul 12.30 malam agak2 brapa customer dia???memang laku betul sebab dah femes masuk neswpaper, jjcm semua.........Alhamdulillah...rezeki anak melayu........
pic google~ mcm nilah yang saya order semalam cuma yang ni double beef....air saya pilih mango, dia letak pati mango+ais krim soda+daun pudina+lemon......sedap juga
Semalam saya oder Single Beef Bacon Cheezy Set RM14 dan hubby order Single Normal Beef Set RM10 (xde cheese), setiap set ada 2 sosej dan air......tak lama juga menunggu sebab pekerja dia 2 orang tukang griil daging, 4 orang maybe lebih tukang bungkus burger....ambik oder dan byr pun dgn org lain...bagus juga sistem mcm tu....xde la org menunggu lama sgt......saya rasa x lama lagi dorang mesti boleh buka restoran.....
Bila dah dapat burger terus balik rumah x sabar nak makan....tapi style saya makan burger makan roti dulu, dah abis mkn roti baru makan daging burger............perrghh.........daging burger tu memang very juicy la.........(bak kata omputih) serius x tipu........(bukan nak bodek) tapi kalau korang cuba memang x rugi....daging dia sedap(x taulah kalau korang rasa x sedap kan....tekak kan lain2........)hehehe...... tapi tulah semalam pegi x dapat amik gambar sebab bawa hp cokia je....bukan nokia.....nak snap gambo pun kelam2 je baik x pyh ambik.........tapi hasil googelan dapat lah gambar2 atas ni dalam facebook burger bakar......ada map lagi kalau2 korang nak pegi beli.........jangan jadi mcm saya main terjah wangsa maju tapi tempat spesifiknya x tau........tapi jumpa juga kan???akhirnya dapat gak merasa burger femes ni....pas ni nak rasa burger mana pulak ye????
Monday, April 23, 2012
Mana Motel yang OK dekat pantai Chenang Langkawi
Nak tanya la.....motel mana yang best ye kat pantai chenang?nak yang ok tapi murah..... huhuhu.....x sabar nak g langkawi....yela....dulu2 pegi masa kecik mana tau apa...... pas gi langkawi, nak survey hotel kat kuching pulak...... duit2....2 bulan ni duit byk abis g berjalan je.....x pelah tahun ni honeymoon je puas2.....sambil celebrate wedding anniversary yg ke 5............sekejapan je rasanya.......tapi yang sedihnya dah nak 5 tahun kami masih berdua lagi........ok2, x nak pikir2 lagi pasal tu.....nanti buat hilang mood!!!
Thursday, April 5, 2012
Dapat beli Tiket Murah ke Langkawi
Saya dah booking tiket AirAsia ke Langkawi....saya rasa tiket paling murah saya dapat beli...........jumaat lepas 3oMac ada promo dari kul 11pagi-4petang je....ehehe...RM21 seorang untuk sehala ke Langkawi.....x sabarnya nak 5th years honeymoon...
AK5328KUL-LGK
XXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXX
Total Fare Price : 42.00 MYR
Total Fees : 0.00 MYR
Total Amount : 42.00 MYR
Subscribe to:
Posts (Atom)














